Friday, February 20, 2009

Cabaran nak besarkan anak-anak


Last week kan anak buah hubby si Syazwan tu datang umah kan, so on Ahad petang tu kitaorang hantar dia balik ke kolej (British Malaysia Institute) kat Gombak, sebelum hantar dia kitaorang singgah pekena satay padang kat area gombak tu, Satay padang ni memang sedap, dulu ada satu kedai belah main road tu sedap, tapi macam tak takder pulak, sudahnya kami makan kat ada satu kedai ni, apatah nama kedainya. Masakan minang dia, malatop ouls... dengan rendang hati lembu, limpa, rendang ayam minang, pergghhh kalau tak berdiet, haruslah meks makan nasi... lupa lak nak amek pic, kalo tak leh tunjuk kat sini, satay padang ni, lain rasanya dari satay biasa, dan specialnya ialah kuah dia, sedap.. bukan kuah kacang, tp kuah tu pekat, ada campuran tepung beras, tepung kanji (ahkak ingat tepung jagung) tapi akak menjelajah porum, rupanya pakai dua tepung tu..hiks..dah dapat resepi weii nanti ahkak try ekkk

Ok, balik dari hantar jejaka kacak si Wan tu, kitaorang tak masuk MRR2, kitaorg lalu jalan Gombak lama, lalu Jalan Pahang, then masuk kot Taman Tasik Titiwangsa. Aduhhh masa lalu kat Taman Tasik tu..sedeyyyy oo nengok anak-anak muda, mat-mat rempit ni bersepah kat Taman Tasik tu (erkk saya kan duduk Ulu sikit, jarang pegi KL sinun, jadi jarang nengok situasi gitu hiks.. kata tempat tinggal kami masih suci, gejala sosial tak teruk, mintak gomen tak der buat pembangunan lebey-lebey yang boleh menyumbang gejala sosial nih) Masa nengok mat-mat rempit bersidai sepanjang jalan kat Taman Tasik tu, dengan beratus motosikal, tiba-tiba saya fikirlah kan, kalau diaorang ni bergaduh sesama sendiri, kecoh camner la gayanya, nengok pun takut, dengan rambut merah, dengan bersubang, bertindik. Yang pompuan usah cakaplah, memang muka bohsialah terus terang cakap, dengan baju sendat, seksi meksi bukan main la.. usia belasan tahun je tu.

Takut la saya fikir masa depan anak-anak, risau occay. Terus je saya pesan kat si Abang, "Abang, abang tengok Mat Rempit tu semua, ni dah dekat maghrib, patut diaorang kat mana?" si abang jawab "kena balik rumah nanti emak dia risau, dah maghrib nanti nak semayang, kalau pegi masjid lagi bagus" aduhh harap-harap jawapan tu kekal dalam otak dia sampai bila-bila. Maghrib, balik rumah, jangan bagi emak bapak risau, dah malam tak elok keluar.. please abang jangan buat yang bukan-bukan ye nanti. Serius, saya takut sangat tengok benda-benda macam tu, semasa bawa emak mertua pegi berubat, tukang ubat tu cakap, "gejala sosial, rempit/dadah/seks semua tu punca aids. Anak melayu, rempit, menang dapat pompuan, tukar pompuan tu pompuan ni, lepas 3-4 tahun kena Aids, muda-muda dah kena Aids.

Mujur juga saya ditempatkan di Putrajaya, beli rumah kat area sini, hubby sanggup berulang jauh dulu dia keja KL, pastu Shah Alam, pastu Kelana Jaya, tak kesah itu pengorbanan dia, asalkan kami dapat satu environment yang baik untuk anak-anak membesar. Takut ooo kenang-kenangkan masa depan anak-anak kita ni. Semua parent pun hendak anak dia jadi baik-baik, even ko tanya perompak yang dah kena masuk penjara pun sure dia cakap, hendak anak dia jadi orang berguna kan. Siapa pun la kan..

Saya terbaca blog sorang kawan ni (Wa) kisah anak tiri dia yang AL-Hafiz lagi, imam, kalau ikutkan bekalan agama tu lebih dari cukup untuk dia jadi terbaik, apa lagi nak, AL-Hafiz, imam, jadi guru agama..belajar agama sampai ek Thailand bagai, tapi itulah orang lagi kuat ilmu agama, lagi kuat ujian Allah pada dia, bila baca kisah Angah yang terpengaruh dengan dadah, saya rasa sedih sangat-sangat, rasa sayu. Itu ANgah yang cukup bekalan agama ALlah uji dia dengan terjebak ke jurang itu. Moga ALlah turun bantuan, Angah pulih semula ye Wa. Looking foward nak dengar cerita Angah ni.

Gerun lah.. dalam hal ni saya respect sangat orang-orang yang berjaya mendidik anak, dia tengah bandar besar macam KL ni dengan baik. Ye lah KL apa tak der, segala neka hiburan maksiat ada, kawan-kawan pulak aduh, pilih je nak specis camner. Harap-haraplah kita-kita semua antara ibu bapa yang mampu menggalas cabaran membesarkan anak-anak ni, tak kira lah di bandar or di kampung cabaran datang sama je. Kalau duk kampung pun, salah pilih kawan, terjebak bahana jugak, duduk KL pun kalau pandai jaga diri, ingat ajaran dan amalan orang tua, Insya-Allah elok jadinya.

Ok, selamat berhari Jumaat. Esok hari cuti, mertua saya balik kampung kejap, ikut abang ipar balik nengok ayam-ayam ternakan di ladang baru masuk. So leh la saya tido lama sikit pagi hahahahah, selalu lepas subuh saya dah tak tido, terus siapkan sarapan pagi, pegi pasar, eheheh minggu ni leh la kenen-kenen ajak cik abang sarapan kat luar je sebelum pegi pasar, eheheheh kan darling kan...

Eh lupa, update terkini yg order acuan pie tee tu...
1. Syau*
2. Kawan hang rass (sapa nama wei)
3. Eina
4. Intan
5. Ila
6. Azah
7. Zuriana*
8. Farihah*
9. Hidayah*
10. Ida
Erkk yg bertanya * tu saya dah ada no tipon u all, yang lain belum ada no tipon, sila beri ye.. Nanti boleh sms no akaun bagai, plis ek..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino