Ok selain picture lama saya, kami jumpa album gambar Najmi kecik-kecik dulu, ehehe kami tunjuk pada bibik, tanya bibik, ini gambar siapa, dengan confidentnya bibik jawab, gambar Adik, iya adik.. eheheheh bila kami cakap itu gambar Najmi bibik cakap "Ya Ampun...sama aja dengan abang ya... mirip sekali," ehehehh ok tengok la pic diaorang
*Sila klik untuk gambar lebih besar
sebenarnya banyak lagi, tapi saya malas nak mix and match pis kedua-duanya..eheheh nanti-nanti bila free saya buat.. oh sila percaya saya sangat sibuk occay.
dan inilah ada picture alesya yang dikerjakan oleh Mak Su, macam biasa, ada saja aksi dera dari Mak Su untuk Alesya posing..adehhh sabau je la.. saya sangat perasan bahawa Alesya sangat comel dipakaikan tudung hitam ini, sungguh comel.. hahahah sungguh perasan mama Alesya ni.
Si Abang
Di hari Sabtu nan silam, si abang terkena minyak panas, akibat kedegilan dia, Mama sangat marah, dan babah pulak cool, babah kata, let him learn a lesson. Anak lelaki yang dalam proses membesar begitu sangat menguji kesabaran occay, mak tok, mak su dan bibik sibuk buat karipap (seee emakku masak je kerja dia, kejap buat itu, kejap buat ini, mana cucu dan anak menantu tak gendut) ok, diaorg buat karipap, and kemudian bibik goreng karipap, puas di tegah, si Najmi amat sebok nak membalik-balik karipap dari kuali yang panas. I know it, saya tak salahkan bibik, sebab dia sendiri memang nakal. Masa kejadian tu saya tengah lepak dalam bilik, layan internet dan kemudian landing atas katil, tup-tup terlelap..ehehehe..
Ok, yang si Najmi boleh-boleh tanak kasi kitaorg tau, jadi dia jerit-jerit bila mak tok nak bagitau kami, uhuhu, rupanya bila terkena minyak panas, dia pergi lalukan air sejuk ke tangan dia, and bibik pulak panik, terus dituang minyak gamat kemudiannya, beberapa minit selepas itu, baru saya tau, ermm agak terlambat nak bawa ke klinik, tapi saya tetap bawa. Doktor basuh tangan dia, and sapu krim.
Dalam bilik doktor sempat lagi dia borak mesra dengan doktor, doktor cakaplah, "budak lelaki bukan duduk kat dapur, budak lelaki pegilah tengok tv ke apa," dia boleh jawab, "boring, dah tengok tv, biasalah doktor budak lelaki, mesti nakal sikit," ishkkk saya yang kat sebelah saya macam nak dushhh je, then doktor kata la, mujur tak kena muka, kalau kena muka, dah tak hensem, nanti takder perempuan nak," dia cakap kat doktor tu, "takper, kita suka kalau takder girlfriend, tak der la kawan ejek, kalau ada girlfriend susah, nanti kawan ejek," ishkkk grrr je..
Then doktor tu cakap pulak, ada budak lagi teruk kena kari, kemudian si Najmi menyampuk, "doktor tau tak, ada anak cikgu kita kan... dia buat makan-makan kat rumah dia, pastu kan, diaorang masak kari dalam periuk besar, pastu kan.. anak dia lari-lari...jatuh dalam periuk kari yang panas tu, abeh luka-luka," ehehe pastu doktor tu cakap "eh, tau pun ceritanya, abeh tu tak reti nak duduk jauh dari dapur?" dia boleh jawab, "ye la, kita nak tengok macam mana karipap tu dari tak masak jadi masak," aduhhhhh dalam dia sakit boleh dia bersoal jawab dan loyar buruk dengan doktor.
And atas kejadian itu, semalam emak dan bibik membakar ikan (seeee again aktiviti emak menambah lemak kami, ikan bakar cicah air asam lagi tu), ok masa bibik membakar ikan, dia duduk jauh berdepa eheheh takut dah dengan api. aman damai diaorang buat kerja di dapur. Itulah emak kata, "macam tu la bela anak, sementara depa nak cerdik, ada saja lah yang depa buat nanti," ehehehe.. bila fikir balik, ermm itulah semuanya nikmat ALlah beri, peluang merasai membesarkan anak-anak. macam-macam kerenah, macam-macam perangai, ada kalanya mencemaskan. sabar je la...
Pssst.. teruskan berdoa dan berdoa agar bumi Palestin terus dibantu, akhbar semalam melapor UAE telah berjaya mengumpulkan RM301juta untuk disalurkan kepada Palestin, banyakkan baca surah ini, dan berdoa agar Allah turunkan bantuan dengan pelbagai cara untuk bantu Palestin, dengan doa kita mana tau, kot-kot askar Israel kena taun ke, kena penyakit gatal, sampai mati ke... ishkkk bomoh dan pawang kita yang handal tu, tak boleh ke hantar santau kepada tentera Israel tu?? kot-kot mati askar-askar laknat tu kena santau...
ok banyakkan baca surah ni
0 Komen:
Post a Comment