Wednesday, January 14, 2009

Cicah pelam dan kisah rumah tangga


Ini tatapan encik H, yang jauh di perantauan, iaitu di Vancouver.. dengan ucapan..
sedapnya pelam cicah sambal cicah buatan sendiri ni..
yummy.. ehehe ni bebudak opis buat ni, saya pembekal pelam je, sedap tau bebudak ni buat sambal cicah tu, home made lagik... ermm kuah rojak Mak Bee yang dijual kat sini, tak sedap tau..sangat tak ori, berbanding kuah ori yang dibeli di Kedah, umpama orang mengaku jual keropok losong di KL, langsung tak sama dengan yang dijual di Terengganu. Alamak...salah ke?? kang orang kat Vancouver teringin pula nak makan keropok lekor..

kalau pun kat Voncouver tu ada belacan, gula, garam dan cili padi..tapi adakah pelam sedap begini di sana.. lalalalalala sangat kejam kan... katanya nak balik bulan 7 kan...ermmm bulan 7 kami nak cuti beramai-ramaila ehehheehe

Dan kata Cik Ad*na-kalau asam pedas makan dengan nasi panas-panas pun sedap kan..








Saya nak serius sikit, saya memang ada join beberapa forum-forum diinternet, dan sering join topik-topik perbincangan keluarga. Manusia ni lumrah, kadang-kadang kita perlu tempat untuk meluahkan isi hati kita, cuma sebagai orang Melayu/Islam, kita tak digalakkan bercerita kisah rumah tangga kita kepada orang lain, doa buka aib suami/isteri kepada orang kan?

Ok sekarang dengan internet, kita punya ramai kenalan, walaupun tak pernah bersua, dan berporum guna nama samaran dan identiti tidak diketahui, so pelbagai kisah rumah tangga yang saya baca dan ambil ikhtibar, demi keharmonian rumah tangga. Ada kisah forumer bermasalah dengan mertua, ipar, bengang dengan sikap suami dan etc la.. semua saya baca dan sentiasa ingatkan diri, beberapa kesilapan orang, kalau boleh jangan saya buat. Dengan internet juga saya sering menerima email, daripada adik-adik yang sering meluahkan masalah-masalah mereka, dan saya nak nasihat pun, saya bukan yang terbaik, cuma saya berkongsi tips saja apa mereka boleh buat.

Tahun ni usia perkahwinan kami akan memasuki 9 tahun, dan semalam saya berbual dengan darling, dan saya katakan pada dia, saya bangga 9 tahun saya jadi isteri dia, bukan senang nak handle suami yang baran. Kalau isteri tak kental, dan meroyan sikit, mau bercerai berai. Dan dengan penuh kasih sayang dia cakap, "terima kasih kerana selalu bersabar dengan dia, dia hargai sangat," Saya cakap pada dia, marah macam mana pun dia pada saya, tak pernah saya tak bertegur sapa sampai beberapa hari, jangan kata beberapa hari, beberapa jam pun tak akan sampai.

Sebabnya kalau kita sudah tau perangai dia begitu, usah layan, kita mengalah. Lagi pun dia bapa kepada anak-anak kita, nak atau bawa hati ke mana? tak kemana punya. Dan saya juga lembut hati, dalam geram macam mana pun, saya tak gamak tengok dia makan sorang diri, tetap saya akan duduk teman dia makan. Marah macam mana pun, baju dia tetap saya gosok, makan minum dia tetap saya sediakan, walau sudah ada bibik sekarang, tapi part makan minum tetap saya yang sediakan. Walau sudah ada bibik, kalau saya dirumah, saya mandikan anak, saya yang hidang makanan, cuma kerja-kerja rumah seperti mengemas sudah ada pembantu, so saya punya banyak masa duduk bersantai depan tv, layan dia berborak.

Jangan tak tau, kami suka borak, selalu tidur jam 2-3 pagi, sebab berdua berborak di dapur, atau sesekali kami keluar minum berdua di mamak sampai 1-2 pagi. Kadang-kadang saya pelik, benda yang kami borak tu benda yang sama berulang cerita, tapi kami tetap suka bercerita. Walau cerita yang sama, tetapi saya tak jemu berborak dengan dia. Sampai emak saya pun hairan, pukul 2 pagi, kami masih di meja dapur berborak dan gelak ketawa. Emak kata macam tak ada esok nak bercerita. ehehehe

Lagi satu yang saya rasa penting ialah, jangan berkira. Maksudnya di sini, berbuat baik dengan keluarga dia macam kita buat baik dengan keluarga kita. Sentiasa call/tanya khabar emak ayah dia, walau dia tak suruh pun. Bila balik kampung, picit dan urut mak mertua. Masak makanan kegemaran mereka. Insya-Allah suami kita sendiri pun akan baik dengan keluarga kita, dan layan kita sebaik-baiknya. Penting tau kalau dia tengok kita layan emak ayah dia macam mana.

Macam sekarang emak darling sakit tua, saya tak kisah bila dia bercadang untuk membaca emaknya tinggal sekali, malah saya pulak suspen, boleh ke saya buat yang terbaik untuk emak? Mampu kah? Kami dah plan, pagi sebelum pergi kerja, darling akan mandikan emak, malam saya akan masak siap-siap untuk esoknya, jadi bibik hanya perlu panaskan lauk sahaja, atau masak sayur dan goreng ikan atau ayam saja. Tengahari saya akan jemput Najmi dari sekolah, bawa balik rumah, time ni saya akan bagi emak makan, cuci berak/kencing emak kalau dia sudah membuang.

Petang jam 4.30 saya kena segera pulang (waktu kerja saya ialah 7.30-4.30 ptg) balik saya kena terus jenguk emak dulu, kemudian solat asar, dan ready masak untuk malam. Itu yang dalam minda saya apa saya akan buat. harap Allah permudahkan segala urusan. Sesungguhnya mungkin ini antara jasa-jasa terakhir kami untuk emak, bila emak uzur begitu, darling cakap, sebenarnya Allah beri peluang kita untuk mengutip pahala, Allah panjangkan umur emak walau dah uzur sangat, supaya ALlah nak bagi kita pahala lebih. Kita kena ambil peluang ini, tak semua orang ada peluang. Alhamdulillah.

Saya tulis ini sebab saya terbaca ada forumer yang bercerita, dia kalau bergaduh dengan suami sampai 2-3 hari tak bertegur, makan asing-asing, aduhh saya rasa saya tak boleh la macam tu, and saya rasa itu bukan cara menyelesaikan masalah pun, malah boleh berlarutan. Macam saya, saya akui, kalau dia marah dan saya pun marah, memang sedikit saya berontak, dan masing-masing akan cakap apa yang terbuku, tapi habis tu habislah.. lepas dah lepas geram semua, kami boleh gelak-gelak dalam masa beberapa jam je.. kebiasaannya sayalah mengalah, dia tengah marah macam mana pun saya boleh selamba pegi peluk dia, pegang tangan dia.. cuit-cuit pipi..eheheh end up dia pun gelak sama, ikut hati marah tak koser la nak gedik-gedik dengan laki lepas kena marah, tapi!! percayalah, kalau kita buat jugak begitu, dia pun tak boleh marah lama, dia pun rasa bersalah, kan babah kan..kan..kan.... kan babah...

(psssttt...babah jangan lupa tau janji nak belanja mama tukar langsir...)


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino