Amirah anak sedara saya, iaitu anak kepada sepupu saya Kak Na.. remember Kak Na yang kasi Baby Q gaun kaler putih yang sangat comel tu, and Mirah ni kakak Zaid @ Dr. Zaid dan Dr. Aishah yang kenduri beberapa bulan lepas. So dah 3 orang menantu Kak Na dapat tempoh setahun. Alhamdulillah, meriahlah rumah time raya nanti.
Ok, meh kita tengok Baby Q @ kenduri (sila klik utk tengok lebih besar..boring la upload pic pakai blogger nih)
Tadaaaaaa
Pengantin cilik, diaorang pulak rasmi pelamin..ehehehe, actually kami nak amek pic Baby Q sorang je atas pelamin ni, tiba-tiba omak budak lelaki comei ni terus angkat anak dia, dan ajak bersanding.. eheheh kena lak tu pink sama pink.. ahaks.. tengah kitaorg bodek-bodek diaorang suruh posing, official photographer pun masuk rumah, dan terus dia pun berhenti snap-snap pic diaorang, langsung budak berdua ni tanak pandang kamera omak-omak diaorang.. oh sungguh pandai.. diaorang pandang kamera canggih sajork.. dan masa ni ramai orang kerumun dok snap-snap pic sebelah photog tu,
tak sempat mama nak amek pic elok-elok, baby Q dah moody, terus mintak di angkat.
Ni pengantin ambik berkat ni.. Insya-Allah..
Gambar-gambar pengantin sikit je.. sebab tukang ambik gambar ni Mak Su, setting kamera tah hapa dia godek, tak lawa jadi pic, and gelap, blur, gegar, pastu pengantin tak pandang kamera pon..
Okeh dah abeh wedding mama kena balik awal, sebab nak siapkan tempahan cupcakes..
Ni semua cupcakes yang mama kena siapkan untuk esoknya Ahad..
And lagi, semalam abang, babah dan mama pegi potong rambut abang kat mamak, kali ni this big boy dah ada taste sendiri untuk potong macam mana dia nak, sebelum-sebelum ni botak je pesennya, member dah ada beso, so nak pilih patern apa dia, nak, so that, masa kat mamak tu, dia siap pilih patern mana dia nak... soooooo inilah dia rambut baru abang.
Macam biasa, abang sangat peramah occay, dengan mamak pun dia leh borak tau, dia bising mamak asek tukar-tukar mata pemotong, dia cakap kat mamak, dia geli, pelan-pelan sikit, pastu dia siap cakap kat mamak, perghh baru kacak, bila mamak tu guna gunting, member siap demand, alaaa tak yah gunting la..geli la... dan ntah hapa dia merepek, sampai ada satu brader kat sebelah tu terkekek gelakkan dia, bila rambut dah pacak, brader tu cakap, "tu kalau cicak jatuh, mati tak sempat mengucap" ehehehe. Ermm tapi tengoklah si abang ni skrang tak suka gambarnya di ambil, ni mama curi amek, tu pun dia cepat alih muka ke arah lain. Masa dalam kedai mamak tu dia siap sound "mama, jangan nak ambil gambar kita," uhuhuhu
And semalam, Mak Tok, dan Mak Su dah balik SP, lama mak stay kali ni, hampir sebulan, tak berdiet ahkak tau.. naik balik berat i sekilo u ouls... okeh dah bodek encik Hubby belikan Herba Life semula, belum mula lagik nih, and start diet semula.. target nak turunkan lagi 5 kilo dalam dua-tiga bulan nih.. Ishkkk boleh ke nih...
Malam tu sebelum tido Najmi down, dia ingatkan Mak Tok, terpaksa call Mak Tok yang yang baru beberapa jam naik bas tu, (emak naik bas pukul 9 malam, and Najmi dah 11.00 malam masih belum tido, sebab teringatkan Mak Tok, dia suruh bibik tido dengan dia, mengaji kat dia, macam Mak Tok selalu buat, last-last pujuk dia ajak tido sekali dalam bilik kami, cian dia.. dah siap tengok kalendar mengira bila nak cuti sekolah, nak balik kampung.
AJL 23
Suker tau MUH menang AJL semalam, alaa ahkak ni walau anak dah dua, umur pun dah sipi, tapi masih rock tau.. suka band-band indi.. ye la dedula memuda, ahkak suka ikut ex-bf pegi jamming tau.. (erkk tu jaman muda remaja occay..) band-band macam MUH, HUJAN, memang ahkak suker tau... And Estranged,bebudak ni masih mentah lagik masa aku keja kat kolej muzik tempat diaorng belajar tu, Hanafi tu jek, rambut memang patern tu je dari dulu. Ehh ramai tau bebudak ni masa hingusan dulu selalu kena marah dengan saya masa keja kat kolej muzik dulu, sekarang dah glamour gitu.. Vince, Az Samad, bebudak Estranged, Noryn Aziz, ermmm Noryn, teringin nak jumpa dia, dulu-dulu masa dia berkrisis rumah tangga, dengan sayalah Noryn sering menceritakan masalah, kira a shoulder to cry on la. Kesian dia masa tu. Agak-agak kalau dapat jumpa dia sekarang, dia masih nak peluk-peluk saya macam dulu-dulu tak??
Tepuk-tepuk untuk MUH, and Pejal Tahir tu, ahkak suka lagu dia, tapi tak suka kat dia.. eiii maca m muka pondan baru nak belajar mekap pun adoooo, bukan kutuk ooo tp betul, awat dia celak-celak bagai tu.. geli la tengok..
Tapi actually saya berharap lagu Aizat menang, tapi takder rezeki nampaknya, lagu Aizat tu memang best.. tapi belum cukup kuat nak beat MUH, apa pun, suka juga persembahan Elyana, comel sangat.
Cuma saya masih confuse, apa kena mengena ahkak pink dengan AJL?? motif???? tak kenal Ahkak Pink?? Ermmmmm tak prihatin la korang...
0 Komen:
Post a Comment