Monday, April 14, 2008

Manusia..


U all baca tak pasal sorang budak lelaki chinese yang umur 10 tahun yang ditinggalkan hidup seorang dalam rumah flat yang macam pusat pelupusan sampah je. Kesiannya aku baca, tak kisah la anak cina pun, tapi dia sangat kecil lagi untuk ditinggalkan begitu je. katanya emaknya tinggalkan beberapa bulan lepas dengan satu kad atm, dan akan bank in setiap minggu 30 ringgit untuk duit belanja dia, tapi dua minggu lepas dia dah tak terima lagi duit dari ibunya dan tak tau ibunya ke mana. Mujur ada jiran membantu bagi dia makan.

Ishhkkk aku tak faham le kenapa ada emak sanggup tinggal anak begitu, tak ke dia risau anak dia demam ke? sakit ke? kesian budak itu hidup keseorangan. Kalau rasa tak mampu bela, hantarlah ke rumah anak-anak yatim.

Bulan lepas ada berita mengenai kes budak umur 5 tahun yang kena dera, kena pukul dengan kayu sebesar lengan katanya, kena pukul dengan tali pinggang, sampai satu tahap, budak tu dah tak heran kena pukul. bila jiran menegur emaknya marah jiran dan bergaduh. Satu tahap jiran ni tak tahan melihat budak ni kena dera dan dia buat aduan, akhirnya emak budak ni kena tahan. Pompuan meroyan ni ibu kandung dia. Gila sungguh, kau hamilkan anak tu, kendong dalam rahim ko ke sana sini, dah lahir, kau dera budak tu. kejam sangat la kan. Tengok dalam surat khabar kesian nengokkan luka dan lebam-lebam di badan budak tu, betapa seksanya dia menanggung segala kesakitan kena belasah.

Rumah
Kami masih geram dengan kontraktor yang renovate rumah kami. Dia buat bumbung polycarbonate kat luar tepi rumah dan porch kereta tu macam ampeh. dari jauh mmg nampak kemas, tapi kualitinya ampeh sangat. Kat tepi dinding gamnya tak rata and berlaku sedikit kebocoran. Berkali sudah maklumkan pada dia, dan berjanji nak betulkan, berbulan, dia buat tak peduli. Dan ada lagi beberapa perkara yang geram sangat.

Pengajaran juga untuk cik abang, mudah sangat percaya orang. Aku dah pesan sebelum langsaikan baki bayaran renovate rumah, aku cakap tunggu dulu, check betul-betul mana tak puas hati, delay dulu payment, bukan kita tak nak bayar, tapi sebagai cagaran kalau ada benda-benda cacat cela dan perlu dibaiki. Tapi knowing him, dia tak suka berhutang dengan orang, dan percayakan orang. Akhirnya orang janji tinggal janji, konon janji apa juga masalah call je dia akan baiki. Ampeh!!! Masa kami renovate rumah pun ramai kawan-kawan aku pesan, jangan percaya sangat janji kontraktor ni, aku selalu remind benda ni, tapi itulah my darling ni selalu fikir semua positif je. Ermm padahal manusia ni bukan sama, tak semua selalu nak jujur macam kita sangka.

Kontraktor ni pun satu, aku tak nak kata bangsa melayu, sebab bangsa lain pun sama gak, ada kawan aku renovate puluh ribu dengan kontraktor cina, last-last rumah terbengkalai, and dah siap pun banyak kecacatan, and the end terpaksa keluar modal lagi untuk upah kontraktor lain betulkan, bumbung bocor, paip slow pressure. Tapi aku tengok kadang-kadang orang berniaga ni tamak, sampai satu tahap, orang mintak buat itu, buat ini dai terima, jangi bukan main manis, itu ok, ini ok, itu boleh ini boleh. Tapi ampeh, pekerja tak reti jaga, akaun tak manage, entah pelik. macam kami dulu janji payment ialah 30% selepas sain agreement, 30% bila rumah dah 50% progress, and baki 40% bila rumah dah siap. Tapi kontraktor ni, kejap-kejap minta duit, nak beli tu, nak beli ini, tak bagi, kerja tak jalan. Kalau ikutkan projek dia dapat bukan sikit-sikit, dapat tender lebat-lebat, tapi macam mana dia manage akaun dia.

Entahlah, orang Melayu bukan tak boleh berjaya, tapi pengurusan selalu out. kadang-kadang rugi tengok budak melayu ada modal, dan dapat peluang berniaga, bisnes macam hidup segan mati tak mau, kalau bukak kedai runcit tu, alahai, tengok kedai pun tak selera. Last-last bungkus, kalau tak percaya masuk kedai runcit mamak, bezakan cara dia susun barang, cara dia layan kita, berbeza. Kedai melayu kita tanya mana kicap, dia cakap je, kat rak belakang, dia duduk kat kaunter tekan sms. kalau mamak siap pegi tunjuk, atau siap tanya, apa kicap akak mau, saya angkat.

Hari jumaat lepas, aku pegi pasar tani kat sini, singgah gerai jual nasi lemak, Najmi nak beli nasi lemak sebungkus seringgit, gerai ni jual segala nasi campur, nasi kerabu semua, aku cuma hendak nasi lemak yang siap dibungkus dan aku sediakn duit seringgit cukup, budak gerai ni sibuk bungkus customer lain punya order, bukan sorang dua tiga orang kalut bungkus, aku cakap elok-elok, 'dik akak nak ambil nasi lemak ni ye, ni duitnya," apa salahnya dia hulurkan aku plastik dan aku boleh ambil sendiri dan serahkan duit pada dia. Dia cakap kejap ye kak.. Aku sabar lagi, dia bungkus lagi nasi yang orang order, aku berpaling kat kawan dia yang tengah hiris telur masin, aku cakap nak ambik nasi ni, kawan dia kata kejap.

Lama juga aku tunggu semata-mata nak sebungkus nasi lemak seringgit dan dah ready depan mata, dan aku ada duit secukupnya. last-last aku sound, "dik, akak nak ambil nasi sebungkus ni je, susah sangat ke nak hulur akak plastik, akak boleh buat sendiri, lamanya nak tunggu ko buatkan" budak ni sengih dan hulur, tak cakap sorry ke apa, Aku ambik plastik dan masukkan nasi lemak dan kasi duit, sempat aku cakap "plastik tu letak je la kat situ, orang boleh ambik sendiri, kalau dah rasa sibuk sangat" Pehtu ada mamat sebelah aku cakap, "ntah lembab betul diaorang ni, saya tunggu nak dapat duit baki pun lama.

Dan macam aku pernah cakap sebelum ini, aku memang jenis suka cakap depan kalau aku tak puas hati,kita cakap tu, bukan untuk jatuhkan orang yang berniaga, tapi untuk dia baiki diri, terpulang la pada dia untuk improve. Kalau jenis sengal dan rasa dia dah hebat, mmg kekwat la dia nak improve. Ingat aku komplen taska Ab*m yang Najmi transit dulu tu? langsung takder improvement, last-last jiran-jiran aku yang transit anak-anak diaorang kat situ pun ikut jejak langkah aku, hantar kat rumah Kak Ani juga.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino