Tuesday, April 08, 2008

hadiah Johan membaca Lancar


"A journey of a thousand miles begins with a single step." by Confucius

Betul beno kata-kata Confucius itu kan..

And Najmi dapat hadiah lagi semalam, and kali ini ini hadiah dia dapat

Photobucket

Ok close up sikit...
Photobucket

Alhamdulillah, at least dalam aku dok komplen dia malas membaca dia dapat johon membaca lancar. Yang aku tak pastinya, bila dia masuk program ini, tup-tup bawa balik hadiah, johan pulak tu..bertuah sungguh la kan.. Bila aku tanya baru dia cerita, dia kena naik pentas baca buku apa tah, susah kata dia, perkataan panjang-panjang, dia kena baca tak boleh silap. Ishkkk sungguh tidak diberitahu langsung. Sabau je la...

Moga-moga hadiah ini motivasi untuk dia terus sukses, macam aku tulis sebelum ini, dia sudah letak satu bench mark untuk diri dia sendiri, dan aku hendak dia bersaing dengan diri dia sendiri terlebih dahulu sebelum bersaing dengan orang lain. Nak aku terangkan pada dia lebih-lebih pun bukan dia faham sangat. Harap-harap dia akan terus sukses, aku and babah will always bagi yang terbaik dan termampu untuk dia. Dan so far, Alhamdulillah, dia boleh bersaing dengan rakan-rakannya yang lain juga, tidak ketinggalan walau tidak terlalu di hadapan. Syukurlah pada Allah, setelah ujian-ujian hebat masa aku mengandungkan dia, melahirkan dia, Allah bagi anugerah yang tidak ternilai ini.

Pasal AF la pulak..
Minggu ni minggu rock kapak, tah hapa je persembahan budak-budak dalam AF6 minggu lepas, kecuali Nadia, Riz, Rina, Stacy, si Stanly tu palsu sungguh, dipaksa-paksa menjadi rock. Pakaian mmg outlah, terutamanya Lufya, sungguh meroyan designer yang cipta baju tu, dan sangat tak masuk akal orang yang suruh Lufya pakai baju menyanyi lagu rock. Siap baju berlobang kat ketiak, setelah dua minggu lepas minah Arab tu pakai baju yang Wani design dan basah kat ketiak, hiks..dengar khabarnya Wani tanak amek balik baju tu, siap nak hantar bil ke Astro, katanya kalau amek balik, takder orang nak pakai baju tu dah lepas ni..eheheh... (note:-Wani menang design baju lelaki glamour masa ABPBH baru-baru ni, Ijoi pakai, last year Mawi. Good Job Wani. Wani ni kawan Febie, aku pernah jumpa and lepak-lepaking makan minum dengan diaorang, and sangat cumil orang.. )

Berbalik pada AF, yezza mama Rina Rock bebeh!! Cayalah..aku suka mama Rina ni, sedang-sedang aje, tak over mana pun, bak kata Adlin Aman Ramli, kalau lepas ni orang kata dia nenek tak sedar diri..pedulikan orang... ye betul, jangan peduli orang kata mama rina, bukan orang tu bagi kita makan, mama juga kena menyanyi cari duit besarkan anak-anak, orang yang mengatakan tu tak pernah tau pun, berapa ringgit ada dalam poket kita masa kita susah, tak pernah tau pun bila susu anak kita abeh, bila beras kat umah kita abeh...kan mama kan... go hot mama..hiks... kempen katanya.

Hospital
Korang baca tak beberapa hari selepas dilantik jadi Menteri Kes*hatan Datuk L*ow T*ong Lai, keluarkan kenyataan, masa menunggu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gomen 60 minit. Ayoooo ini Samy Ve*lu versi Cina ka?? Pengalaman aku dok pegi spital gomen ni, 60 minit tu takat masa menunggu, nak amek nombor giliran, nak daftar pegi klinik sajork.. pehtu pegi kat depan klinik mana kita nak jumpa doktor, register lagik, pehtu nunggu la ko, sejam, dua jam, tiga jam, malah mungkin 4 jam. Ko nak salahkan doktor lembab? idak jugak, mereka buat kerja dengan baik, check, scan, amek darah, mano ada lima minit, tapi tak cukup doktor la encik Menteri. Tak payah le buat kenyataan gitu, kalau doktor tak cukup, tapi pesakit bertambah-tambah. Aku pegi check up pregnant, boleh tengok dua doktor sebilik, sebab nak cepat, bilik doktor tak cukup, doktor tak sempat makan. Nurse kelam kabut, kejap doktor ni panggil, kejap doktor ni panggil, kejap suruh bawa patient pegi amek darah, kejap suruh bawak patient pegi scan, kejap suruh nurse amek tu, amek ni. Encik Menteri pegi tambah doktor dan besarkan hospital la dulu. Macam kat hospital Putrajaya ni, asalkan dibuat untuk penduduk Putrajaya je, tapi akhirnya polisi tu tukar, tak kira siapa asal ada surat rujukan boleh buat rawatan, maklumlan segala pakar katanya ada kat sini, terutamanya kanser. (ye lah Arwah Endon dulukan kanser, and dapat treatment kat sini, so facitities untuk rawatan kanser katanya terbaik di sini)

Kalau 4 tahun lepas pegi hopsital lengang je, tunggu tak sampai sejam, sekarang punyalah ramai, sampai tak cukup kerusi nak duduk. Bab tempat duduk pun satu, para suami yang temankan isteri pegi check up tu...sedar-sedar diri, bertenggek jugak dia kat kerusi tempat pesakit tunggu turn tu, sedangkan nampak kaum ibu yang terboyot, bengkak kaki ni berdiri tak der tempat duduk, selamba badak siap baca surat khabar, makan minum sebelah bini, sampai hati biar bini orang lain berdiri lama-lama..apa daaaa tak gentleman langsung. My darling kalau temankan aku, memang jarang nak menempek sebelah aku, dia duk belakang-belakang tah mana-mana dia duduk, dekat kaunter bayaran biasanya sebab situ tak ramai orang, bila nampak turn aku baru dia temankan masuk jumpa doktor. Aku pun segan kalau laki dok sebelah kalau nampak ramai lagi kaum ibu seangkatan aku berdiri. kecualilah dah petang banyak kerusi kosong, barulah kami duduk sekali.

So aku rasa kenyataan Encik Menteri itu ialah kenyataan meraih publisiti, doktor sendiri pun gelak baca kenyataan dia. Encik-encik menteri tak apalah, mana ada amek nombor nak jumpa doktor. Cuba dia menyamar, pakai seluar pegi kebun duduk kat hospital, dan tengok macam mana hazab orang jumpa doktor kat spital gomen. Ermmm aku takat check pregnant je la kat sini, kalau check lain, dan anak, memang kami gunakan kemudahan perubatan yang company darling provide, pegilah je lah hospital swasta dah kemudahan itu ada gunakan je la. Kata cik abang, company untung jota-jota tak luak pun bayar perubatan staff dan keluarga. eheheh.. kira kebajikan la tu kan.. Itu yang ada kemudahan gitu, camner dengan orang lain yang hanya bergantung kepada klinik dan hospital kerajaan.

Aku tengok staff aku kat opis ni, kekadang pagi-pagi sms bagitau lambat masuk sebab pegi klinik, dia punya lambat sampai dekat tengahari. Nak kata apa, memang betul menunggu lama di klinik tu, bukan saja-saja. Kami pernah tunggu nak dapatkan mc sbb sakit mata, (biasalah doktor klinik swasta tak boleh bagi mc lebih 3 hari kan?? so kena pegi klinik gomen nak dapatkan MC seminggu) kami tunggu dari pukul 8 pagi, sampai pukul 1 tghari baru dapat jumpa doktor..eheheh semata-mata nak dapatkan mc je...sedangkan kami dah ada pun segala neka ubat mata kat rumah amek dari klinik panel. Hazab occay...

Kawan aku kat kampung, anak Mak CIk Zarah, Not, jadi doktor, mula-mula jadi doktor hospital gomen, abeh je tempoh 'edah' dengan gomen, terus lompat jadi doktor swasta. Tak tahan katanya jadi doktor gomen, kerja teruk,kadang-kadang sampai 48 jam tak balik rumah, terutama masa dia kena posting kat hospital kecik, yang doktor tak ramai. Sekarang dia jadi doktor swasta, malah boleh buat kebajikan lagi, setiap minggu dia check bp orang kampung, check kencing manis, check darah, kalau kena hantar darah ke lab, dia amek minima kos je, kalau perlu ubat dia charge harga ubat je, tak der konsultation fee apa pun, jadi sukalah makcik-makcik kat kampung dengan doktor Not. Yang lawak Not cerita masa dia jadi doktor kat hospital kampung, bila check darah tinggi, kencing manis orang tua-tua, dia tanya makan apa ni makcik kencing manis tinggi..kata makcik makan rambutan, makan manggis..Not gurau cakap, tok sah makan la, kata makcik tu buah banyak, sayang... Not kata, hantar mai hospital bagi misi dengan doktor makan, rupanya sungguh-sungguh orang kampung hantar buah ke hospital, sampai seguni kata Not.

Bagus kerja doktor kan, mulia macam kerja cikgu, aku dulu-dulu bercita-cita nak jadi cikgu, tapi tak tercapai, nak jadi doktor kenalah sedar diri, spm pun hampir bungkus kan..hiks...harap-harap Najmi nanti jadi doktor, senang mama dan babah boleh pegi check macam menteri, tak payah pakai nombor-nombor...ehehehehe

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino