Thursday, April 03, 2008

Cinta Tiga Segi, Jam Najmi Yang Hilang :-(


Korang dah baca blog Dr. Khir Toyo? pegilah baca, berilah sokongan kepada blog dia.eheheh, best...menarik..........

erkkk bukan blog tu..tapi komen-komen dari pembaca, interesting tauuu..

Cinta Tiga Segi

Korang ada tak terbaca kat internet isu lagu Cinta Tiga Segi nyanyian Arwah Mohd. Hazwan Wafiy, banduan yang dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan membunuh berbapa tahun yang lepas. Menarik juga kisah konterversi lagu ni. Macam-macam versi dan spekulasi mengenai lagu ni, dan aku sebagai ni terlatih sebagai information provider, dan kerja-kerja menggali maklumat memang lumrah gitu. So hasil pencarian aku temui beberapa version story mengenai ini. Story asal, mengatakan lagu ini diciptakan dan dinyanyi oleh Arwah, sehari sebelum kematiannya. Arwah ni, dikatakan membunuh bekas teman lelaki tunangnya, dan cubaan membunuh tunangnya juga, katanya seminggu sebelum berkahwin tunangnya minta putus, kerana hendak kembali kepada bekas kekasihnya. Sangat kecewa dengan perkara ini, arwah membunuh bekas teman lelaki tunangnya. Dikatakan, sehari sebelum menjalani hukuman mati, warden bertanya apa permintaan terakhir dia, arwah minta gitar, dan rakamkan lagu, and minta warden ni beri pada serahkan pada bekas tunangnya (ini menimbulkan spekulasi, dia cuba membunuh, tapi ex nya tak mati, maybe) So lagu ini tersebar sudah diinternet, dan aku sudah dengar dan save.

Tak reti la aku letak lagu tu kat sini, (nanti aku bodek kalau engineer blog aku free aku suruh dia letak) korang carilah kat internet lagu dan lirik lagu tu, memang sedih, dan betapa kecewanya mamat ni. Tapi bila sudah tersebar, maka timbul version lain pulak mengenai lagu ini, ada budak dari Singapore yang mengaku mencipta lagu ni masa dia umur 13 tahun, malah akak nya pun beri keterangan dan bukti. dan katanya Arwah cuma nyanyikan semula tapi satu yang pasti, lagu ni memang sedap, dan kalau buat recording semula, memang boleh malatops. Mendayu-dayu dia menyanyi, inilah kata kak Ogy, nak nyanyi kena feeling dan gali makna. Memang sebak aku dengar lagu ini. Cumanya kalau arwah lebih tenang dan redha, ketentuan jodoh, semua ini tak berlaku la kan.

Korang carilah, dan akan jumpa pelbagai version, ada kata, ex tunang dia tak mati, tapi dah jadi sakit mental, ada kata kes ni kat Kedah, ada kata kes ni kat Pahang, ada kata dia tak sempat mati di tali gantung, kerana pengsan sehari sebelum dan meninggal dunia. (logik juga kerana katanya dia meninggal jam 5 petang, kalau hukuman mati digantung selepas subuh) Aku memang tak tau mana satu version cerita yang betul, tapi ianya menarik bagi aku. And aku teringin nak tau version sebenar cerita ini.

Najmi
Kesian Najmi, hari Ahad tu, aku belikan dia jam baru, jam 10 ringgit je, tp budak-budak la kan, dapat jam sepuluh ringgit pun seronoknya bukan main. Aku belikan dia sebab jam lama dia sudah rosak. Sebenarnya babah marah aku belikan jam tu, sebab sebelum ini babah sudah belikan jam transformer kat dia, jam tu sepuluh ringgit gak pun, masa kat Taiping, sebelum raya tahun lepas, tp tak pasti, jam tu abeh bateri atau rosak, dia tak pakai, so sebagai hargai dia dapat hadiah 5 pelajar tahun satu terbaik sekolah agama tu, aku beli lah jam baru kat dia, rupanya masuk dalam kereta dia kena marah dengan babah, sebab masa beli jam dulu tu dia dah janji tak nak beli jam lagi, dan nak jaga jam itu elok. aku diam je, sebab geram juga, babah bunuh kegembiraan budak tu. Tapi malas nak bising-bising kan, depan anak.

Aku diam sampai dah balik rumah, aku cakap kat babah, naper marah sangat, jam tu sepuluh ringgit je, bukan berpuluh ringgit, aku cakap kat babah, sepuluh ringgit tu kalau tak beli jam pun abeh gitu juga takder nampak apa pun, babah dok beli rokok sekotak berapa? kalau seminggu berapa kotak? dia beli jam sepuluh ringgit, bukan seminggu sekali, bukan sebulan sekali. Aku jadi queen drama la kejap. Babah pun diam, eheheh betul kan kan aku cakap. Pehtu babah cakap elok-elok kat dia, nanti jaga jam tu elok-elok, jangan bagi rosak, jangan bawak pakai kelaur main kat luar. Najmi pun nampak ceria sikit. Dan dia sangat excited membelek jam sepuluh ringgit tu sampai bawa tido atas katil. Korang tengoklah harga sepuluh ringgit tu kecil je kan, berbanding kegembiraan dia, dan kebahagiaan yang dia cipta. Aku tau babah bukan kedekut, tapi babah tak suka manjakan dan mewahkan anak. Tapi aku ini emak, tak sampai hati, lagi pun aku bukan belikan jam tu harganya puluh ringgit.

Mulanya aku mmg tanak layan dia beli jam tu, tapi sebelum tu aku ada membeli pasu-pasu hiasan, dan bunga-bunga, berpuluh ringgit abeh kat situ, then bila dia mintak jam aku tak belikan, aku rasa tak adil, aku boleh spend berpuluh ringgit untuk hobi aku menghias rumah, takkan aku tak boleh keluarkan sepuluh ringgit untuk beri kegembiraan pada Najmi, so aku belikan.

Tetapi, hari Selasa lepas, jam itu sudah hilang. Kata Najmi masa balik dari sekolah kebangsaan, kat rumah Mak CIk Ani, dia bukak jam letak atas meja, masa pegi sekolah agama, dia tak pakai jam, balik dari sekolah agama, dia pegi balik rumah Mak Cik Ani, jam itu tak ada, dia menangis, dua sebab dia menangis, satu kerana takut babah marah, dan satu dia sedih sebab dia sayang sangat dengan jam itu. Dia runsing, aku suruh dia solat dan pergi semula rumah mak cik Ani dan bertanya. Dia cakap kat aku, dia sudah solat kat sekolah agama, aku cakap, aku nak call ustazah tanya, dia cepat-cepat ngaku dia kata eh belum, belum solat. Pantang betul aku dia menipu, aku cubit pipi dia, dan tanya kenapa tipu, dia menangis dan cakap, dia tak tau, dia runsing, dia ingat jam, nak cepat pegi rumah mak cik Ani cari jam.

Aku marah dia, dan suruh dia solat. Lepas solat aku suruh dia pegi tanya, dia pegi dan katanya jam itu tak ada, kak Ani pun call aku, bagitau dah cari tapi tak ada. Aku pun oklah, dah hilang nak kata apa, cuma aku tanya dia betul ke letak atas meja, kata dia betul, aku pun confuse, entah-entah dia letak tempat lain. Malam tu dia sedih sepanjang malam, dia ambil jam lama yang rosak tu, dan dia pegang dan belek, kemudian slow dia cakap, boleh tak mama hantar kedai repair jam ini? aku buat tak layan. Kemudian dia tanya babah, babah cakap tengoklah. Dia pun sedih. Alahaiii bila dia sedih aku pun sedih. Aku jadi tak sampai hati tau... Babah buat kering je. Dan aku rasa aku nak beli jam baru untuk dia... Uhuhuhu betul ke tindakan aku, ni?

Semalam masa tengok Bersamamu kat TV3 tu, dia sedih tengok keluarga susah tu. Ada sorang anak keluarga tu, yang ada sukan kat sekolah dan dapat ayam goreng, dia tak makan ayam tu kat sekolah, sebab nak bawa balik ke rumah, bagi adik-adik dan emaknya merasa makan ayam tu. Sedih sangat kan, selalunya mereka makan ubi kayu rebus gaul dengan kelapa dan garam je, sebab bekala beras habeh. Sesekali dapat ayam goreng kat sekolah, dia sanggup tak makan sebab nak bawa balik ke rumah, makan sorang sikit. Maknya kata tak nak makan, makanlah depa adik beradik, anak ni kata, dia tak boleh nak telan, kalau emaknya tak jamah walau sikit. Menangis aku dengarnya ketulusan hati anak beranak ni. Orang kata biar miskin harta tapi kaya kasih sayang. Masa ini aku tengok Najmi matanya berkaca-kaca, sedih. Itu sebab sekarang ni dia jarang tak abehkan makanan dia, aku selalu cakap, kena hargai makanan yang ada, orang miskin dalam bersamamu itu, tak dapat makan nasi macam Najmi.

Dan semalam dia cakap, "mama, lepas ni kita beli la beras Faiza, sebab nanti bila beri beras Faiza, kita boleh bagi duit kat orang miskin dalam bersamamu," terima kasih anak, mengingatkan...aku sendiri tak prihatin. So lepas ni aku bertukar dari beras kebiasaan itu, kami beli beras Faiza pulak, at least boleh menyumbang. Moh le kita...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino