Thursday, March 27, 2008

Rezeki Allah tak sama


Saya suka menjadi blogger,
Saya suka menjadi seorang penulis blog, kerana dapat ramai kawan.
Ya fakta yang betul.

Remember masa entry sebelum2 ni aku ada mention pasal dok mencari helper kan, so ada one one blogger yang baca blog ni sms aku memberikan no telefon agensi yang membekalkan helper yang di bayar mengikut jam, Syaulawati, thanks for your help. 2 orang pekerja yang dihantar agen ni sangat cekap dan terlatih, banyak kerja mereka bereskan dalam masa 3 jam sahaja.

Then aku tulis mengenai tangan2 ku yang sangat kebas-kebas, sampai tahap aku boleh menangis bila kebas lebih 2-3 minit, dan benda ni berlarutan sepanjang hari dan malam, atau mengikut hasil bacaan aku di internet, kebas ni hanya akan hilang selepas bersalin. Terima kasih kepada Suri yang baca blog ni dan sms maklumkan dia juga alami kebas yag teruk masa pegnant and kena refer doktor pakar untuk diagnosis, bial dpt sms tu, aku pun sms dua doktor sakit puan bertanya hal ini, doktor ni juga yang juga dikenali melalui blog, terima kasih kerana penjelasan melalui sms dan juga Doktor Max siap bagi info untuk aku gali dalam internet, dan ini yang aku dapat dan senang faham BACA KAT SINI saja nak share info dengan orang lain yang baca blog ni. Thanks Dr. Max dan Doktor Wanda.

So selepas ini kalau anda seorang bos, ada staff anda tengah pregnant dan prestasi kerja dia tak bagus semasa pregnant kalau dia kata dia kebas tangan, sila percaya, ianya menyakitkan tau, bukan kebas biasa, bila terasa kebas samapi 3-4 minit, rasa macam sakit sangat2. Kalau anda suami dan isteri anda mengandung dia menangis tengah malam time tido sebab sakit kerana kebas, sila simpati dan urut dan belailah dia kerana dia memang tengah sakit. Jangan terus membuta dan marah kata isteri mengada-ngada. Aku hampir setiap malam kejutkan cik abang tengah tido minta dia urut belakang bahu, sampai ke lengan, terpaksa kejutkan dia, sebab manalah tangan aku sampai nak urut belakang sendiri kan, dan dia pun urut dengan rasa simpati. Bayangkan kandungan ni baru 5 bulan lebih, kalau nak tempoh lagi 4 bulan? uhuhuhu pengorbanan kan untuk dapat seorang baby pun.

Anak
Seperti yang aku tulis entry yang lepas, aku nak sebut bab anak dan ketentuan Allah bab ini. Kepada yang membaca blog ini, sila sensitif dengan perkara ini selepas ini. Kalau ada kawan atau sedara mara korang yang bertahun-tahun kawen tak ada anak, jangan la dok sebok bertanya mereka bila nak beranak, atau perli2 mereka, sebutlah kata-kata yang mungkin akan makbul seperti doa. Contohnya kalau dia beli rumah besar, tetapi belum ada anak, katalah perkara yang baik seperti "esok hang pa ada anak-anak, seronoknya rumah ni selesa, ni rezeki rumah besar dah dapat, nanti lepas ni rezeki anak pulak hang pa dapat, aminnn" jangan kata, "ishkk rumah besar-besar pun buat apa, duduk berdua je," tak ker sedih orang tu dengar.

Kalau diri sendiri sudah ada 2-3 anak, maka belajarlah bersyukur, kerana ramai orang lain yang tak ada walau sorang anak pun. Kalau pun ada satu anak pun bersyukur juga, kerana ada orang jangan kata nak ada satu anak, jodoh nak bersuami pun tak ada lagi. Aku dulu sedih dan tertekan selepas beberapa tahun aku try untuk pregnant lagi tapi tak berjaya, kalau pun dua kali aku berjaya, tapi keguguran pula. Tapi dalam pada itu, aku tetap redha dan bersyukur, kerana sekurang-kurangnya aku tau, aku boleh hamil dan tidak ada masalah untuk hamil, cuma rezeki Allah belum tiba. Insaf sendiri bila kenangkan ada orang yang rahim terbalik la, rahim ke belakang la, rahim rendah la,tak ada tiub follopian la, kilang ovari rosak, tersumbat la.segala macam masalah yang risiko untuk hamil sangat rendah.

Memujuk hati kenangkan ada orang langsung tak diberi peluang hamil dan ada anak, sedangkan aku sudah ada satu anak, cuma ingin menambah anak. Bila berfikir positif begini aku jadi tenang dan redha. Tapi itulah rezeki Allah, sebelum ini kami berdua mmg komited dalam usaha menambah zuriat, nasihat doktor ikut, makan ubat subur ikut sampai aku gemuk ya amat-amat, disiplin dalam menentukan masa-masa yang doktor advice untuk bersama, tetapi ALlah tidak mahu kurniakan rezeki juga. Bila aku stop semua tu, dan berdiet sungguh2, sehinggalah period aku jadi regular, dan rezeki rumah baru barangkali, tak sampai sebulan kami berpindah aku hamil lagi. Tergamam sebenarnya masa doktor bagitau aku positif pregnant, sbb mmg tak dijangka, kerana aku dan hubby tau selepas kami sibuk berpindah dan mengemas, kami kurang komitmen bersama, apa yang boleh dikatakan rezeki kali ini ialah kalau Allah nak bagi.

Bila hamil lagi dengan dugaan darah tinggi, dengan dugaan kebas tangan dan sakit-sakit, aku terfikir, inilah hikmahnya Allah tak bagi aku kerap mengandung dan beranak seperti orang lain, asyik sakit, dan mc, macam mana prestasi kerja, macam mana kemampuan aku hendak harungi kehamilan kalau ada anak kecik-kecik aku hamil lagi. Allah Maha Mengetahui kesakitan aku lalui tempoh-tempoh kehamilan ni, Dia tau kemampuan aku bagaimana, jadi Dia susun elok-elok ketetapan yang terbaik untuk aku.

Itu lah yang katakan kalau Allah nak bagi, dia tetap akan bagi, sebelum ini puas kami ikhtiar dan disiplin, tapi gagal. Jadi kepada kawan-kawan saya di luar sana yang masih belum rezeki, jangan la sedih sangat-sangat, kita patut bersedih, tetapi jangan biarkan sedih itu mengatasi kepercayaan kita kepada ketentuan Allah. Saya ada sorang kawan yang usia perkahwinan dia lebih kurang saya belum ada anak. sorang kawan yang lain pernah bertanya pada dia, ko tak risau ke tak der anak? Jawab kawan sy yang belum ada anak, "mula-mula aku risau, tapi bila fikirkan balik, ada hikmah mungkin aku tak der anak, mana tau kalau sakit beranak, mati ke, atau anak lahir tu cacat ke, Allah tau aku tak cukup kuat untuk lalui semua itu, jadi Dia tak bagi aku anak sebab mungkin Allah tau hidup aku lebih baik tanpa anak, daripada beri aku anak tapi membebankan, atau aku tak boleh hadapi nanti," terdiam aku dengar kata-kata dia.

Tambah kawan yang sorang tu, "ko tak takut ke laki ko kawen lain sebab ko tak beranak" "kalau dia nak kawen lain biarlah, kalau dia mampu dan adil, aku pun kena sedar diri kekurangan aku, siapa aku nak halang kalau Allah takdirkan macam tu, kalau betul terjadi dia kawen ada anak, boleh jugak aku tumpang gembira dan tumpang kasih anak," so cool ek.. Setiap orang ada cara dia sendiri kan nak atasi setiap masalah dia kan.

Jangan kata orang lain, emak aku sendiri pun pernah bercakap pada Mak Ndak aku, Mak Ndak aku ni sudah ada dua org anak perempuan, yg sulung dan form one, sorang lagi dah darjah 3 kot, mak aku pernah cakap, "beranak la sorang lagi Mah, kot-kot la boleh dapat anak lelaki pulak, lepas tu berhenti lah," kemudian aku cakap kat mak, "mak..mak ni kakak ipar dia, mak jangan la cakap macam tu, mana mak tau dia dah usaha nak beranak lagi tapi tak ada rezeki, mak ndak dan pak ndak tu memang la teringin nak anak lelaki, kalau dak takkan depa dok pinjam anak *mak su saja bawa balik rumah depa, tak baik tau mak sebut macam tu, orang pun ada orang cakap anak dah besar bila nak beranak lagi, orang sakit hati dengar, macam tu juga orang lain rasa, kalau orang dok sibuk tanya pasal anak " (*mak su aku pulak ada 3 hero, belum ada girl lagi) Pehtu mak diam, mak kata, dak la..mak kata masa tu tak dak orang, cuma mak dengan mak ndak je. tapi aku cakap kat mak, lain kali mak tok sah sebut tau..

Ada sorang kakak ni, dah berbelas tahun kawen tak der anak, tapi rezeki dia murah betul, kejap ke hubby dia naik pangkat, satu takuk ke satu takuk, duit banyak, diaorg spend duit untuk rumah dan rumahnya memang cantik, travel, makan angin, kata akak ni, Allah bagi rezeki kat akak ke jalan macam tu, nak tunggu ada anak tak tau bila, enjoy la hidup berdua. dia kata dah lali dengan orang bertanya. Kata dia kalau ikut dari usaha dia moden dan tradisional, dan lebih dari boleh dia nak beranak, tapi Allah tak bagi, nak kata apa, IUI dah buat IVF pun buat, tapi gagal, sampai satu tahap, hubby dia kata, ok enough kita enjoy saja hidup berdua. Dan akak ni banyak kelebihan dia yang membuatkan hubby dia sayang dia, dia pandai memasak, pandai menghias rumah, pandai bergaya, comel, peramah, suka bergaul, mesra jadi aku rasa seribu kelebihan dia berjaya menutup satu kekurangan dia. Aku kagum.

Kita hidup memang tak lari dari bualan orang, kalau tak dapat anak pun orang berkata, beranak ramai pun orang kata, kak I, kat opis aku ni sampai over limit hak dapat cuti bersalin, gomen limit cuti bersalin 60 hari tu sampai anak ke lima je, akak ni anak nak masuk 7, anak no 6 dia baru berusia setahun lebih, dan cuti bersalin pulak. Masa dia mula hamil tu dia ckp kat aku dia malu, dah tua mengandung lagi, malu orang keliling kata, ermm aku cakap kat dia, biarlah kak rezeki akak macam tu, macam saya, setiap tahun teringin nak mengandung tetapi belum pun Allah nak bagi, dia bagi sorang je dulu, akak syukurlah, dapat peluang beranak ramai, seronok riuh rendah rumah akak. Baru dia senyum lepas aku cakap macam tu kat dia.

Ada sorang lagi staff muda belia la kat opis ni pregnant juga, masa dia pregnant 4 bulan dia dah pakai baju mengandung, pun orang mengata dia, the senior2 cakap, "excited sangat, perut belum nampak dah pakai baju mengandung," laaa tu pun di kata kan..tentulah dia excited, anak pertama. Aku no comment la..sebab aku sendiri ni dah masuk 5 bulan lebih pun aku belum pakai baju pregnant ke opis, eheheh ye la sbl ni kan berat aku teruk naik, gemuk ya amat, kemudian aku diet dan turun berat lebih 20kg, so banyak la baju2 aku yang longgar, so still masih boleh pakai baju kurung, kecuali kain kat pinggang je ketat dan pakai pin. And kalau berseluar ke opis, aku pakai sepasang, jubah seluar, yang bergetah kat pinggang. Hahaha itu pun ada orang bertanya, "Ko ni bila nak tukar uniform, takkan dok pakai baju kurung lagi, masa ni lah nak melaram baju kembang" manusia kan..macam-macam la. ehehehe

Bila aku sebut nanti bila saya masuk 6 bulan, saya nak beli barang baby dah, terjegil biji mata sorang kakak ni, dia kata awalnya dok beli, tunggulah 7 bulan baru start beli, tak elok beli awal-awal kata dia. Bila aku cakap kat mak, mak kata "Kalau 7 bulan dah beranak, kakak tu nak pegi beli barang baby kat hang ka? Ingat Najmi dulu keluar sehelai sepinggang, dalam pantang hang dok merayap beli baju, kali ni toksah lagu tu dah, beli dulu sikit, buat spare, dok dengar cakap orang buat apa, esok bukan depa tu mai beli kat kita, pehtu mak tambah "beli awal tak pa, sekurang-kurang itu doa dan harapan kita, kita beli dengan harapan dan doa baby ni akan lahir selamat dan sihat, boleh pakai semua yang kita dah beli, kalau takdir ALlah sebaliknya, sedekah la pada orang, dapat pahala, tapi Insya-Allah selamat semuanya kata mak," sayanggg mak, selalu memahami hati anak-anak kan...

Jadi semua, kita hidup untuk diri sendiri dan kerana Allah Taala, orang boleh berkata apa saja, yang laluinya adalah diri kita, jadi biarlah apa orang kata, asalkan kita sentiasa bersyukur dan redha dengan apa ketentuanNya. Kalau kita tau hikmah disebalik semua yang Allah tak beri kepada kita apa yang kita hendak, mungkin kita menangis atau sujud syukur Allah tak beri kita peluang itu. Kalau Allah uji kita dengan ujian berat pun, kita redha dan syukur Allah pilih kita untuk diuji, kerana Allah tau hambaNya yang kuat untuk hadapi ujian itu, dan kita adalah orangnya.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino