Thursday, March 06, 2008

Happy Birthday Najmi !!!


Photobucket

Ini entry khas untuk Najmi

Assalamualaikum anak mama dan babah Mior Adha Najmi.

Hari ini Birthday Najmi. Mama dan babah bersyukur kepada Allah, kami masih panjang umur untuk bersama-sama sambut birthday Najmi pada tahun ini.

Sudah 7 tahun usia anak mama dan babah yang sangat handsome ni. Bertuah mama dan babah dapat anak yang handsome, dan baik. 7 tahun yang lepas, masa mama mengandungkan Najmi, baru 30 minggu atau 7 bulan 2 minggu, Najmi sudah pun dilahirkan pada hari ini. Tak puas mama mengandungkan Najmi, tapi takdir Allah, lepas 7 bulan 2 minggu Najmi dalam perut mama, Najmi lahir ke dunia, berjumpa mama dan babah.

Masa Najmi lahir kan, kecil je anak mama ni, berat Najmi masa 1.215kilogram je. Najmi bayangkan mama beli gula sebungkus tu, beratnya 1 kilogram, Najmi lebih 215 gram je dari gula sebungkus tu. Tapak kaki Najmi masa lahir sebesar ibu jari tangan mama dan babah je. Jari-jari tangan Najmi kurus sangat, tak ada isi pun, ada kulit je melekat kat tulang-tulang jari Najmi. Mata Najmi masih tertutup, kening pun tak ada lagi, masa pertama kali mama tatap Najmi, mama menangis, menangis sebab kasihan Najmi kurus, kecil dan duduk ditiarapkan dalam inkubator.

Kemudian ada doktor perempuan pujuk Mama, doktor tu kata suruh mama tengok anak orang lain yang lebih kritikal. Doktor kata ada bayi lahir besar, berat normal, tapi sakit jantung, sakit paru-paru. Doktor kata Najmi sihat semuanya, paru-paru pun matang sepenuhnya, dan Najmi kuat, Najmi bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen. Doktor itu juga cakap pada mama, biasanya budak lahir tak cukup cerdas budaknya. Dan Alhamdulillah, mama bersyukur Najmi anak yang mudah belajar. Najmi ingat selalu tau, itulah kuasa Allah Taala, kalau dia izinkan semuanya berlaku, dia terjadi seperti yang Allah rancangkan. Walaupun Najmi lahir kecil, kurus tapi Alhamdulillah dengan izin Allah Najmi sihat semuanya. Cuma menantikan berat lebih dari 1.7kg baru doktor bagi mama bawa Najmi balik.

Masa mama mengandungkan Najmi sejak dari mama mengandung 26 minggu, mama kena tahan di wad tak boleh balik-balik langsung sehinggalah Najmi lahir. Kita kena naik ambulan, dari hospital kat Cheras ke Hospital Besar KL, kerana hospital awal tu tak cukup incubator untuk baby lahir tak cukup bulan.

Ok, Najmi duduk dalam incubator tu 38 hari tau sayang, selepas berat Najmi cecah 1.5kg, Najmi di keluarkan. Mama happy sangat sebab boleh terus belai Najmi, dan menyusukan Najmi terus dan boleh dodoikan Najmi bila-bila masa, tak payah melalui lubang balang incubator lagi. Genap 41 hari, usia Najmi, berat Najmi sudah cecah 1.69kg, jadi doktor tanya mama, hendak balik atau tidak, dah tentulah mama jawab nak balik, doktor ok, ok tunggu esok,kalau 1.7kg beratnya boleh balik. Masa ini mama siap telefon mak tok di kampung suruh mak tok datang hari tu juga ke KL, sebab esok Najmi boleh balik.

Wah, mama seronok sangat, terus mama cakap dengan Najmi minum susu mama banyak-banyak, supaya berat naik, dan jangan berak banyak-banyak.. Ehehehe, esoknya pagi-pagi suspen je mama bawa Najmi ke penimbang, mama sangat happy bila tengok penimbang tu gerak ke angka 1.712kg. Syukur Ya Allah. doktor kata kena last check up sebelum keluar, doktor nak scan otak, mata, test patu-paru, syukur Najmi normal semuanya.

Najmi tau tak, masa Najmi lahir tu, boleh di katakan Najmi sehelai sepinggang, tak der baju pun, yang ada pun hanya sepasang, dan stokin dan sarung kaki baby, itu pun arwah moyang yang belikan Najmi untuk cicit pertama dia. Itu pun dia belikan masa dia pertama kali datang rumah kita kat Cheras dulu. Itulah satu-satunya barang baby yang Najmi ada, diapers sekeping pun tak der, botol susu pun tak der. Sampaikan masa mama dalam pantang pun boleh mama dan babah merayau belikan baju untuk Najmi sebab kesiankan anak mama takder baju langsung. Cerita kelakar pulak, babah pertama kali beli diapers tu, betul-betul babah beli brand Pampers, dah tu jenis baby dry pulak, mahal sungguh, sekeping seringgit lebih, sehari pakai berkeping-keping, sampaikan nurse di wad kanak-kanak tegur, bagitau beli je diapers murah, sebab Najmi tak kencing banyak pun, sikit je, titis2 saja, walaupun 2,3 titis kencing, tetap akan ditukar diapers, sebab doktor takut ada jangkitan. Ehehe kemudian tu barulah babah belikan diapers yang murah-murah. Lucu la masa tu, sebab mama dan babah tak tau apa nak dibeli, dan apa perlu ada. Losyen, bedak baby satu pun takder.

Ada lagi satu perkara lucu berlaku masa mama dan babah beli barang baby untuk Najmi, masa tu dalam sakit-sakit mama dan babah pegi shopping barang baby kat Jalan Masjid India, babah jalan dulu bimbit semua beg-beg barang yang dibeli, mama jalan perlahan-lahan sebab masih sakit, pertengahan jalan, mama tengok ada beg plastik tercicir tengah jalan, mama kata dalam hati, "Eh, orang ni cicirkan barang, barang dia sama je dengan barang aku beli, baju baby sama, botol susu sama, getah pelapik pun sama.," eheheh dekat nak sampai dekat kereta, babah kelam kabut, datang pada mama bagitau ada barang tercicir, la..rupanya yang mama nampak tadi barang untuk Najmi rupanya, tapi bila babah patah balik hendak ambil barang tercicir tu sudah tak ada, orang lain dah ambil, mama menangis tau, terpaksa berpatah balik beli semula barang yang telah di ambil orang. Kelakar pula bila mama ingatkan.


Itu sebab untuk adik Najmi nanti, kita belikan adik barang sikit ye sebelum adik lahir, sekurang-kurang adik ada diapers sendiri, ada kain napkin, ada dua tiga baju. Najmi pun tahu kan, mama ada darah tinggi semasa mengandung, thanks Najmi sebab selalu take care mama, bila mama tak sihat, adik Najmi pun doktor kata adik nanti akan lahir tak cukup bulan juga, jadi kita sama-sama buat persediaan adik awal-awal ye, kita beli baju adik dua tiga pasang, beli stokin, beli diapers adik, losyen. Najmi yang pilihkan ye nanti. Doakan semoga adik selamat lahir tau. Mama rasa happy sebab Najmi selalu cakap kat adik, adik kena kuat macam abang, nanti bernafas sendiri, tak payah pakai balang oksigen, kalau adik lahir tak cukup bulan macam abang.

Najmi tau tak kenapa bila setiap kali hari raya haji mama belikan atau buatkan kek untuk Najmi? Sebabnya Najmi special, Najmi lahir pada hari raya haji. Cabaran juga bila lahir hari raya haji, sebab kat hospital masa tu tak cukup doktor, dan nurse tapi kes kecemasan ada dua tiga pada hari itu, awal pagi tu, jam 5 pagi, doktor bagitau mama, dia akan buat pembedahan untuk keluarkan Najmi dari perut mama esok pagi,jam 8.30 pagi, kata doktor tu, Najmi kena dikeluarkan kerana kalau terus di simpan dalam perut mama, mungkin Najmi tak selamat, kerana air dalam perut mama tu dah kurang, dan takut nanti bekalan oksigen ke otak Najmi tak dapat terima sebab tekanan darah mama sudah naik. Doktor kata, Najmi lebih selamat, dikeluarkan, di jaga di luar dari di simpan dalam perut mama. Mama rela sahaja yang terbaik untuk Najmi.

Tau tak, doktor call babah jam 5 pagi tu, babah mamai lagi, tapi lepas subuh babah sampai, kami berdoa sama-sama agar Najmi selamat lahir, mama takut sangat dan suspen. Jam 8.30 pagi doktor bagitau tak dapat buat kerana ada kes kecemasan lain, ada ibu orang lain dah tumpah darah, jadi doktor kena selamatkan orang itu dahulu dan baby tu, jadi kita belum lagi, jam 11.00 pagi doktor kata mungkin kita kena tukar wad lagi, kerana ventilator baby yang doktor standby untuk Najmi sudah kehabisan, doktor call beberapa hospital, doktor kata mungkin kita akn dipindahkan ke Hospital Selayang, sedih sangat masa tu. Dalam doktor buat persiapan kita hendak pindah, tiba-tiba doktor terima panggilan dari Unit NICU Kanak-kanak, doktor sana maklumkan, ada satu baby sudah dapat keluar dari ventilator, dan mereka simpan ventilator tu untuk Najmi. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kelahiran Najmi.

Doktor kata bersedia untuk masuk dewan bedah jam 2 petang lebih kurang. Mama takut sungguh, menggigil satu badan mama, sampai akhirnya doktor itu terpaksa biuskan mama sampai mama tak sedar apa berlaku. Dan Tepat jam 3.54 ptg, Najmi dilahirkan, doktor pakar kanak-kanak yang menyambut Najmi cakap, Najmi miracle, Doktor tu kata pada babah, 'your baby is very strong, dia tak perlukan bantuan oksigen, paru-paru dia kuat, jantung normal, cuma dia kecil sahaja, dia tak perlukan ventilator, dia hanya perlu duduk dalam inkubator sahaja,' Syukur pada Allah kerana menciptakan keajaiban ini. Subhanallah..Besar kan kuasa Allah Taala. Jadi Najmi kena sentiasa bersyukur pada Allah.

Dan hari ini, anak mama yang handsome ni dah besar, dah usia 7 tahun, perut pun dah gendut. Hehehe.. Tahun lepas antara harapan mama ialah untuk melihat Najmi melangkah masuk ke sekolah rendah. Alhamdulillah, panjang umur dapat melihat the most handsome boy masuk darjah satu. Dan syukur betul juga kata doktor di hospital tu dulu, mama syukur dapat anak 'good boy' macam Najmi. Cukup bersyukur Najmi diizinkan Allah Taala, pada usia 4 tahun kenal semua huruf dan sebelum usia 5 tahun sudah boleh membaca buku cerita sendiri.

Dan mama happy dengan Najmi dalam periksa di sekolah baru-baru ini, Najmi lulus beberapa subjek dengan bagus. Mama dan babah sangat happy. Nanti mama beli hadiah untuk birthday Najmi dan sekali hadiah dapat keputusan bagus. Tapi ingat, Najmi sudah letakkan satu tahap untuk Najmi saing diri sendiri di masa akan datang, mama berharap Najmi akan lebih baik di masa akan datang. Walaupun ada subjek Najmi sudah dapat 100% tapi masih ada subjek Najmi hanya dapat 80%, jadi ingat babah cakap..tanak tengok ada merah dalam report card. Doa mama sentiasa ada untuk Najmi. Walaupun mungkin tidak secemerlang anak-anak lain, tapi mama bersyukur kerana Najmi sentiasa suka belajar.

Najmi,

Mama doakan Najmi jadilah umat Islam yang baik, taat pada suruhan Allah, pandai mengaji, jaga solat. Syukur pada usia 7 tahun solat Najmi sentiasa cukup 5 waktu, kecuali kalau hari cuti, puas mama kejutkan Najmi solat subuh, mesti Najmi tak nak bangun. Babah kata pelan-pelan, nanti sampai masa babah akan tegas. Babah walaupun garang, tapi babah sayangkan Najmi, babah tegas bila masa Najmi belajar sebab babah nak Najmi cepat belajar. Dan syukurlah Najmi senang di ajar.

Oklah Najmi, nanti malam kita pegi makan chicken chop seperti yang Najmi hendak, untuk birthday celebration, tunggu kita balik Kedah nanti, kita sambut dengan mak tok, mak su, tok ngah, tok su, tok ndak, tok lang, dan pakcik-pakcik dan makcik-makcik najmi yang sebaya-baya Najmi tu. Kita cari kek ye nanti...

Najmi nanti, kalau sudah ada adik, Najmi jadi abang yang sangat baik tau..I know you will. Rajin-rajin belajar mengaji, nanti Najmi boleh baca muqaddam pada adik, nanti Najmi boleh baca story book untuk adik. Doa banyak-banyak adik selamat lahir dan membesar dengan Najmi menjadi anak-anak mama dan babah yang baik.

Tahun depan Najmi akan lapan tahun, cepat sahaja mama rasa masa berlalu kalau boleh mama nak Najmi terus jadi anak kecil kami, tapi sebagai manusia, fitrahnya semuanya akan membesar dan akan dewasa. Mama dan babah selalu rindukan Najmi, macam mana Najmi selalu rindukan babah dan mama.

Terima kasih Najmi kerana hadir dalam hidup kami, syukur kerana Najmi mama merasa nikmat mengandung dan melahirkan anak, merasa bagaimana menjaga baby dari sekecil-kecil Najmi, sehingga Najmi sudah 7 tahun, Najmi ciptakan keindahan untuk mama jadi ibu dan untuk babah merasai jadi ayah. Najmi ciptakan keindahan bila pertama kali kami bersorak gembira bila pertama kali melihat Najmi meniarap, kami bersorak gembira bila melihat Najmi merangkak, berdiri, dan kami bersorak gembira sama-sama dengan Mak Tok, Mak Su, Mak Ngah, bila pertama kali kaki Najmi melangkah bertatih berjalan masa kita cuti balik kampung dulu. Najmi juga ciptakan debaran bila Najmi demam panas, Insya-Allah moga Allah pelihara kita semua dari perkara yang tidak baik.
We Love You Najmi..
Muaaaahhssssss....

tambahan : Lepas cuti sekolah baru blog ni akan update...esok malam nak balik kampung...

and note, hari isnin malam selasa saya bermalam di wad, kerana bp naik sedikit, mujur sehari semalam je...sabo je la...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino