Wednesday, February 27, 2008

Najmi and Najmi


Minggu ni Najmi ada ujian, dari hari Selasa, Rabu, Khamis, so diaorg tak belajar, ada ujian, mungkin ujian penggal pertama la kot. Budak bertuah ni tak bgtau pun ada exam, bertuah sunguh. Aku tau pun bila aku call sekolah dia untuk maklumkan pada cikgunya dia tak hadir sekolah pada hari Jumaat 22/2/2008 hari tu sebab demam, kebetulan yang angkat telefon tu guru besar dia sendiri rasanya. Sebab suara dengar macam familiar je masa bagi taklimat masa hari orientasi. Cikgunya bagitau ada exam minggu depan tu, and kalau nak jadual, dia nak faks kan. Aku pun bagi no faks, and cikgunya faks jadual tu.

Balik dari sekolah kami tanya macam mana periksa.. And budak ni macam biasa..semuanya senang kata dia..sabo je la... tengok la nanti result camner. Suruh tengok-tengok buku pun tak nak. Dia kata senang tak payah tengok buku. Entah la betul ke idak. Tapi katanya masa periksa tu kawan-kawan dia angkat tangan tanya cikgu macam mana nak buat, dia tak tanya sebab dia tau semua macam mana nak buat. Dia siap cepat, hantar pada cikgu. Babahnya kata, jangan cakap je boleh buat, nanti nak tengok keputusan macam mana, betul ke tak betul yang di buat tu. Jangan nanti aku jumpa cikgu time dapat result, cikgunya cakap macam cikgu kat Children Islamic Center dan Smart Reader Kids dulu, cikgunya kata, dia mmg cepat abeh kerja, kemudian suka menolong kawannya siapkan kerja, supaya dia ada geng bermain dalam kelas. Dan mana kawannya yang tak boleh buat, semua dia tolong buatkan. Sabo je budak sorang ni. Sampai cikgunya asingkan dia dari kawan-kawan sebab nak kawan-kawan dia buat sendiri...eheheh ikut sapa la gamaknya anak ni suka sangat bersembang..

Hari Selasa petang hari tu, kami 3 beranak on the way nak pegi Serdang, nak servis air cond, air-cond keter dah semput, panas macam sedang bersauna je. Masa on the way nak pegi, dia nampak banyak bendera tepi-tepi jalan, ada bendera wilayah persekutuan, so dia tanya tu bendera apa? Babahnya jawab, bendera Wilayah Persekutuan. Pehtu aku cakaplah, "eh Najmi kat sekolah menyanyi tak lagu Wilayah Persekutuan?" dia jawab nyanyi. Then aku tanya la, camner lagu Wilayah Persekutuan? dia pun nyanyi, tp part Wilayah....persekutuan....wilayah...persekutuan..ehehe ntah betul entah tidak, aku bukan tau.. Kemudian aku dah pejam-pejam mata, silau and panas, ingat nak lelap sekejap. Malas nak join depa sembang.

Kemudian babahnya tanya, lagu sekolah macam mana?
Dia kata dia tak tau lagu sekolah tak ingat, babahnya desak..nyanyi la..takkan tak tau..apa ni..lagu sekolah sendiri pun tak ingat..

Dia diam jap..fikir...pehtu cakap "tak ingat kita ingat ni je..(sambil nyanyi ikut rentak) sekolah presint 16 dua...bla.bla..." aku pun tak ingat..

pehtu babah dia kondem lagik, apa la lagu sekolah sendiri pun tak ingat...

Lepas tu dia cakap kat babah dia "hah, babah tu macam mana lagu sekolah babah?" eheheh babahnya diam... mgkn tengah fikir nak hentam lagu sekolah yang dia dah lupa camner..hiks...

lama Najmi tunggu, pehtu dia mula desak, cepatlah..cepat...

Then babahnya cakap, "entah, babah dah lupa, tak ingat macam mana?"

hehehehe Najmi sound "ellleehhh lagu sekolah sendiri pun tak ingat, sebok nak tau lagu sekolah orang, apa la babah ni," hahahahahhaha aku terus tergelak, tak jadi nak lelap...aku gelak sunguh-sungguh... bukan apa, nada dan aksi Najmi tu selamba je sound babahya sambil muka pandang arah lain, and buat muka macam orang dah boring sangat-sangat....heheheeh kena sebiji babahnya petang tu..hiks...

Cerita semalam dia.
Semalam petang aku belikan soya, sekotak besar, time pregnant ni mmg suka beno aku dengan soya, kalau dapat soya setiap hari pun suka bebeno. So petang lps dia bermain, dia mintak izin nak minum soya tu, aku cakap tuang la dalam mug elok-elok jangan tumpahkan. Dia tuang elok, siap letak air kiub 3-4 ketul dalam tu. Ehehe kemudian dia pegi tukar baju sekolah agama dan solat asar.. ehehehe aku nengok sedap pulak air soya ada ais tu, aku teguk sikit.

Lepas dia solat dia datang tengok soya nya dah susut,

dia tego aku, "mama minum air kita ek?"

aku jawab "haah minum sikit je,"

then dia jawab baek punya..."mama, kenapa minum air kita tanpa izin? kan mama cakap, berdosa makan minum makanan orang tanpa izin, " erkkkkkk macam nak koma kejap... malu ooooo... tapi fikir balik, at least dia ingat pesanan babahnya yang selalu pesan macam tu. So aku kena say sorry, dan minta dia halalkan, kemudian dia cakap "ok, tak per..mama kan minum dengan baby, kita tak kisah pun, tapi kenalah minta izin dulu," uhuhuhu rasa nak nyuruk je.. malu tau..

Semalam babah balik lambat, dalam 6.30 babah dah call bgtau babah akan balik lambat. So dalam pukul 7 lebih, Najmi dah bertanya mana babah tak balik lagi, aku cakap la babah ada kerja, balik lambat. Dia ok, pegi mandi and solat maghrib. Lepas solat dia buat homework dia, kemudian dalam pukul 8 dia tanya lagi, muka macam sedih je. Aku cakap belum lagi babah nak balik, aku ajak dia makan malam dulu. Masa nak makan, dia macam pandang je nasi tu, macam tak selera nak makan, aku tanya la kenapa. dia cakap "kita risaukan babah ni, kenapa babah belum balik, dah malam dah, jarum pendek tu dah dekat pukul 9, jarum panjang tu dekat pukul 6 dah, selalunya jarum pendek pukul 6 babah dah balik."

Aku pun cakaplah babah dah telefon, dia lambat balik, tengah makan babah call, aku cakaplah Najmi rindu babah, babah cakap kejap dengan dia, kemudian lepas letak telefon dia nangis lagi. Aku tanya kenapa, dia cakap dia risau dan rindukan babah. Uhuhuhu sebak pulak nengok dia..kalau ada babah asyik tak ngam je dua org ni. Ni situasi yang sama dengan babah kalau anak takder time mak tok bawak balik ke kampung masa dia kena demam campak dan sakit kulit dulu. Babah asyik termenung dan kejap-kejap nak telefon.

Lepas abeh makan, dia still sedih. Aku suruh dia solat Isya' lepas solat Isya' dia baring atas katil, ingatkan dah tido, rupanya tengah menangis. Huh emosi sungguh. AKu pujuk-pujuk dia cakap suruh dia tido, nanti babah balik, babah kiss Najmi. Dia tak nak, dia kata, dia nak tunggu babah balik juga, dia nak tengok sendiri babah dah balik, kalau sampai pukul 12 pun babah tak balik, dia tetap akan tunggu...uhuhu terharunya... Then aku ajak dia tengok tv, oklah dia ok kejap. Dalam pukul 9 lebih baru babah sampai, terus dia peluk dan sembang-sembang dengan babah. Over kan...itulah as i said, sejak dia nak ber'adik' ni dia mmg emosi dan manja over sangat. makan nak bersuap, tido nak dibelai. Sebelum tak perangai macam tu pun, lone ranger dia dia buat semua sorang diri, aku pun tak melayan sangat, tanak dia manja-manja sangat, tapi dalam keadaan skrng sabo je la..

Bila dah selesai berpelukan tu, babah tanyalah "kenapa Najmi risaukan babah?" dia jawab "ye la, kan babah kata, kalau kita notti, tak nak dengar cakap, nanti babah tanak balik awal, nak balik lambat-lambat, supaya tak nampak Najmi notti dan tak payah marah-marah Najmi, itulah kita risau babah balik lambat sebab notti, kita tak mau la notti tanak babah balik lambat lagi, biarlah babah marah, kita dah merajuk, asalkan babah balik awal je," ahhahaha ayat sama dengan babahnya bila anak tak der depan mata. "rindunya dekat najmi, kalau dia ada depan mata skrng, bukaklah t kartun sepanjang masa, mainlah punggahlah mainan, buatlah apa, abang tak mau marah, ni tak ada sunyi sungguh," hiks... sungguh tak faham tau. Itu lah dua hero aku, ada masa tak ngam, tp bila berjauhan jiwang le pulak. Emosi semacam.

Ermm entahlah..hanya lelaki memahami lelaki.

Tak sabo nunggu minggu depan, nak balik kampung.... bestnya...
boleh makan tepung bungkus, makan limas lagi kat sauk, ermm nak mak buat laksa, nak makan donut mak, mak bawak najmi berkubang dalam bendang, nak itu.nak itu...

Pssstt drama Bella semakin panas, tapi tak bestnya sebab Ako punya part tak der pulak sejak minggu ni..boring la asek muka anak si Leman tu je. Dah le jadi jahat dalam drama tu, nyampah tau... Ermm ni aku maleh terjebak drama-drama ni... kena follow pulak setiap hari.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino