Entry bergambar saja..tader idea menulis, jadi kita layan gambar sahaja...
Cuti hujung minggu adik ipar dan ibu mertuaku datang ke rumah, my adik ipar akan kahwin cuti sekolah akan datang, so datang sini ada kerja sikit, and terus la bershopping di Nilai 3,
So selain temankan adik ipar aku membeli barang kawen dia, dan aku secara tak langsung menjadi penasihat tak rasminya..aku pun sempat menge'pow' encik abang aku bershopping di kedai favourite aku, iaitu KK, kedai menjual barang-barang ala henglish style.. menambah koleksi vantage made in china aku.eheheh kalau original vantage koyaklah poket, lagipun aku minat barang perhiasan dia je, pinggan mangkuk set-set kureng berminat. Dan memandangkan aku mmg dari dulu suka english-english deco ni, maka bersesuaian kedai ni wujud di Nilai untuk umat berpoket nipis seperti aku. Dan itu hari masa kami beli barang kat kedai Bagus Kajang, on the way balik, darling nampak ada kedai KK buka kat Kajang..yahoooo bestnya...So kat Nilai aku beli sikit je, sbb bajet tanak lebih RM150 aku spend kat situ, sbb nak beli bunga-bunga lagi untuk deco..
Ermm Isnin pulak aku rasa amat penat, dan pening kepala, so terpaksa MC, balik dari klinik, aku terus rest and tido..bangun dah tengahari, boringnya... nak tengok tv pun tak der citer best, maka aku layan mendeco segala barang yang dibeli kat Nilai, and alih barang-barang rumah yang ringan-ringan. Umat macam aku ni mmg jenis tak reti duduk diam, mesti ada benda nak dibuat. So mari kita lihat apa yang sapinat telah buat..
Ni sebahagian dari barang-barang yang dibeli tak termasuk bunga dalam bakul, kat belakang tu, and alas meja tu yes, dibeli kat nilai reganya sepoloh ringgit je tau, kalau kat lovely lace cam tu dekat puluh-puluh ringgit. Pasu yang tinggi tu tak le sekali bunga, bunga tu beli asing satu RM.6.90, aku beli 4, tu pun macam tak berapa penuh, patut 5, murah je kan, kalau kat lovely lace belas-belas setangkai tu. And deco plate tu yang dibeli kat KK, murah-murah je, pasu kaca macam teko yang ada bunga rose ala english tu RM19.90 je..pandai dia tiru macam vantage gitu..
Ni pulak apa benda org putih panggil ni ek, tak ingat pulak namanya, apa je la..benda ni tin je, kualiti dia ermm aku rasa tin susu lagi tebal, comei bekas ni RM9.90 satu, of course le kosong bekas tu, so beli bunga RM1.oo setangkai, balik aku potong-potong dan cucuk dalam basu tu, so kosnya dalam RM12.50 le satu bekas kecik tu...uhuhu jimat...kalau beli kat kedai lovely lace satu pun puluh ringgit tau..
dalam pic ni satu dah siap, satu lagi akan di deco lepas solat zohor, time ni dah masuk zohor dah..tunggguuuu... erkk sila abaikan background bersepah di belakang tu ye..
Lepas solat..sambung kerja gubah bunga dalam bekas tin tu.. alihkan meja bulat ni, ke depan, tukar alas meja beli kat KK jugak, alas meja tu RM26.90 je, kat lovely lace satu tu RM80++ mak mampu nengok je ouls kat sana.
Tadaaa sudah siap corner ini ditukar hiasannya...simple je kan..biasalah org2 henglish mmg gubah bunga main letak-letak je..very the sempoi..
ok, pic dari jauh, corner yang di make up semula. kerusi tepi tu mmg sengaja diletakkan di situ, itu tempat Najmi pakai stokin pagi-pagi
Ok pasu ni pulak tempatnya di tempat meja bulat kat atas tu sebelum ni sudah dialih ke corner lain di ruang makan + menonton kedua... nanti nak cari lagi pasu-pasu ala-ala etnik nusantara pulak kat area sini.
Ok, next, kemaskan almari ni pulak, ermmm ingat nak lap habuk, tapi aku alergik sangat dengan habuk ni nanti selsema, tunggu "tati" our monthly helper datang buat kerja, akan ku suruh dia lap. so just alih-alih barang keluar, dan masuk yang baru.. tukar susun atur je la..
Kemudian susun barang baru di beli, and yang dialihkan dari almari tadi ke atas meja konsul.. macam tak cukup lagi ni babah..nak tambah lagi nanti..eheheheh
tadaaa siap berkemas,
sangat tak masuk kan, meja konsul tu dengan cermin jati tu, ermm tak per..nanti kita pow babah lagi ye..beli cermin lain..hiks...
ok next..pinjam gambar najmi sat..
nampak kabinet kecik kaler pink tu? and meja bulat beralas meja yang huduh tu? meja tu dah minggu lepas dah alih ke hujung corner kanan tempat pasu bunga beranting-ranting tu, and now alihkan kabinet kecik ni kejap, test dulu berat ke tak..kang tak pasal babah marah. dok alih-alih benda berat dalam keadaan aku camni..oh ringan je..so main tolak, heret je la..
tadaa...alihkan ke sini, so ruang tu tinggal bangku kayu tu je, kosong nampaknya kan..ehem..ehem...babah dah janji lemari ala-ala hutch buffet kat situ hikss...aminllaaaaa kompeni dia bayar bonus bulan-bulan-bulan-bulan-bulan...dapatlah beberapa janji babah..harap-haraplah CEO depa bermurah hati ini tahun kasi up itu bonus...nunggu Pak Lah kasi bonus kat org gomen, kecewa diriku ini tau..
Psstt nak nak tau hutch buffet camner...nanti tengok kat end of entry ni makcik pnut taruk tau..
Then tukar alas meja makan, actually, meja makan ni belum tempah lagi alas kaca atas tu...so kira temporary je la alas ni, tukar alas meja ni dari alas meja kat meja lain, ermm lupa pulak amek pic meja yang telah disusun dengan frame-frame..kira tukar-tukar je..dari meja tu tukar ke meja sini..
Simple je la...maklumlah bajet rendah kan..pasu kecik kiri kanan bunga tu bertujuan untuk tempat letak sudu kalau ada tetamu datang..Actually ada beli alas pinggan untuk atas meja tu, cantik, ala-ala etnik nusantara gitu..tapi ntah babah simpan kat mana ntah dlm stor, malas nak selongkar, karang dia marah punggah stor tu..tunggu angin babah ok untuk dia cari balik.
Lasttt
Gantung deco plate ni, tapikan ini bukan tempat dan deco sepatutnya...ia patut rendah sedikit, rapat dan sepatutnya dia mengapit jam yang cantik yang dibeli tapi jarum dia rosak itu, jadi sementara nak tunggu babah drill dinding lagi, letak je mana tempat yang sudah ada lubang dan skru. Ermmm nak nunggu laki drill semula lobang ontah bila.. uhuks...
Maka siaplah kerja-kerja aku di kala kebosanan, ermm banyak lagi nak dibuat..tapi poket nipis, so sabo-sabo je la...
Najmi
Ni Najmi dengan sepupu dia..semua sebahagian dari Mior yang ada..hiks..satu patern je kan... itu hari dia demam, masa aku call sekolah dia bgtau dia demam, cikgunya yang angkat telefon tu tanya anak nama siapa, bila aku cakap Mior Adha Najmi, dia cakap.."Ooo Mior, satu Alamanda ye.." eheheh tahu cikgunya..mentang la anak aku sorang je nama Mior kat sekolah tu, senang cikgunya nak ingat. Kakak ipar aku cerita anak-anak dia pun sama, ada 3 je Mior kat sekolah anak dia, and ketiga-tiga Mior ni adik beradik.
And budak sekolah zaman sekarang yang penat buat homework and penat membaca buku..sian dia, terlena di meja makan, dan terlena bila baru je pegang story book tu.
Sian dia kan...
Ni pulak pic dia last week, hari Jumaat, tengahari nak hantar dia ke sekolah agama, dah siap pakai baju, aku pakaikan apron aku supaya baju dia tak comot..eheheh dia cakap macam dia macam chef.. macam chef Well Kitchen...ahahahah pehtu aku gelak..bukan well kitchen la...hell's kithcen..yang cehf ramsky le nama dia tu..kami peminat tengok rancangan tu.
0 Komen:
Post a Comment