Remember my previous entry about this..
"Esok tu seperti di rancang, lepas je makan pagi, dah beramai-ramai pi main kat rumah Pak Usop. Pak Usop siap pesan main gilir-gilir, buaian tu ada satu, jangan main kasar-kasar, ada pulak pelam masak kat pokok, Pak Usop suruh Mak Zarah kupas bagi kami makan. Lepas kenyang makan pelam kami tukar port, main depan rumah aku, bising riuh rendah, kena marah dengan mak, "hang pa pi main tang lain, anak-anak aku nak tidoq ni, " ohohoh kena halau pulak, maklumlah masa tu adik-adik aku kecik-kecik, tukar port, pi main rumah Pak Bakaq pulak."
Kini Pak Usop sudah tak ada, Pak Usop meninggal 31 Januari yang lepas, akibat sesak nafas. AL-Fatihah..
Hilang seorang lagi warga tua di lorong 3, sebelum ni Pak Aq, kemudian Ba, kemudian Pak Yu, Pak Yu dan Ba adalah dua antara 3 keluarga cina yang tinggal di lorong 3, Ba kerjanya jual ikan, mula-mula naik basikal, kemudian naik motor, kemudian naik lori pick up. Pak Yu bini dia bukak kedai keow teow kerang dia pulak kerja bertukang, dan dia tak pernah berkira setakat tolong repair pintu almari, repair pintu rumah, or tolong buat pangkin untuk kami bermain-main. Anak-anak cina ni pun bila time main hantu-hantu siap jerit-jerit..Allahu Akbar, Allahu Akbar. malah time main masak-masak, siap boleh berlakon jadi anak melayu..ehehehe, time kami raya depa pun pakai baju baru, beraya sekali.
Minggu lepas call mak, wahh sakan orang-orang tua lorong 3, berkenduri bubur asyura. sampai 3 kawah depa buat. Dari pagi depa kerja, tengahari makan ramai-ramai, ada sayur keladi, ada gulai nangka, Own anak Mak Zarah beli ikan kembung satu bakul beso yang muat Najmi masuk bersila kata mak, eheheeh, ikan kembong depa bakar dan selebihnya buat kuah laksa buat minum petang, dengan serawa (pengat) labu. ewahhh hilang segala pantang kata mak, "pantang jumpa kata mak" tibai semua, doktor depan rumah jangan risau kata mak..(padahnya minggu ni emak demam) Man, anak Mak Mah beli ayam 5 ekor, berkenduri sekali. Meriah kan orang lorong 3 ni.
Jiran-jiran sini macam sedara mara, kalau Mak Mah sakit, mak masak makanan lebih hantar ke rumah Mak Mah, Mak Zarah sakit lepas operate, pagi-pagi mak tolong pegi rumah Mak Zarah, sapu sampah dan tolong masak. Mak sakit, Not anak Mak Zarah yang doktor check tekanan darah mak, amek darah, amek kencing pegi test, mak tak payah pegi hospital. masa mak sakit lutut, Not bawak mak pegi klinik dia, scan. Adik-adik Not, Own dan Mat pun bagus, masa adik aku sekolah kat langkawi, dan aku pun belum beli motor kat adik, budak-budak ni la dok tolong mak, tolong beli barang dapur kalau habis, tologn bayar bil api, air, tolong usung abah yang tak boleh berjalan bawa pegi bank, atau bawa pegi berubat.
Ehehe lawaknya masa tu aku beli hp kat mak, tapi mak tak pandai charge hp, sampailah hp padam baterinya, aku call-call tak dapat2 punyalah risau, aku call Mat malam hari, Mat pegi check rupanya mak aku tak tau hp tu dah padam. Mat ajar mak charge hp, dan on balik hp..hahaha pastu mak pandai dah tengok lampu hp, kalau tekan -tekan lampu tak menyala, tandanya hp abeh bateri, kena charge, kemudin adik balik dan ajar mak kalau beteri tinggal baris yang paling kecik mak kena charge.
Sebab jiran-jiran ni macam adik beradik, itu sebab mak tak makan pujukan adik-adik mak yang berniat baik, pujuk mak balik tinggal di kampung mak, dekat dengan adik-beradik senang depa nak jaga mak abah. Adik-adik mak walau duduk jauh dari mak, tapi bila telefon mak, dengar mak tak sihat, sejam dua lagi sampai la depa. Sekarang ni hanya adik-adik mak je la boleh jengah mak, abah dah tak sihat nak bawa mak balik kampung mak, kalau mak nak pi pun time kami balik kampung, bawa mak ke sana.
Uhuhuhu dah le citer bab kampung, rindu nih..kang ada pujuk laki ajak balik kampung. saboooo..
Cerita Najmi..
Telahan aku dia akan makin montel sedikit tersasar, kerana seluar dia makin longgar pulak, badannya dah susut sikit, sebab selera makan berkurang sejak sekolah ni. dia ni like father like son, dua-dua hero aku ni tak suka breakfast, jenuh kena paksa dia minum pagi, air milo satu mug pun tak abeh, nugget seketul pun tak abeh. kalau bekalkan dia nasi goreng, mee goreng ke, nanti mesti ada baki, alahai penat je aku bangun awal pagi buat breakfast. Dan petang-petang dia bermain di luar rumah berpeluh satu badan. bagus jugak, idakleh semakin montel eheheh.
Aku nengok homework dia ke main banyak, kesian aku nengok, ada sekali tu sampai nanges-nanges dia buat homework, sebab dia bosan kena tulis A beso, a kecik, B beso b kecik, sampai huruf l rasanya, satu huruf satu muka surat. Kemudian matematik kena tulis one, two, three..dia mengeluh, bosan sebab dari umur 4 tahun kena tulis yang ini, ingatkan dah sekolah kebangsaan tak paayh tulis lagi.. aduhai..kesian pulak.. bila sembang dengan kawan-kawan diaorg pun komplen yang sama, anak-anak bosan belajar benda basic yang sama berulang kali. Ermmm ntah lah, mungkin sukatan pelajaran macam tu, cikgu pun nak tak nak kenalah ikut. kalau time tadika boleh la cikgu tadika main skip-skip level ikut tahap budak.
Najmi walaupun memang hari tu ada ujian saringan, dan dia duduk kelas first, tapi rasanya macam tak der beza, mereka semua belajar benda yang sama, dan buat kerja sekolah yang sama, mungkin tumpuan guru berbeza agaknya. Tak kisahlah cikgu-cikgu, janji anak-anak kami mau pegi sekolah, panjang perjalanan depa ni lagi.
Sebut bab pelajaran ni, aku nampak Malaysia sudah semakin baik, kerana, pilihan untuk kursus kemahiran semakin banyak, ada kolej komuniti, ada IKBN, ada IKM dan banyak kursus kemahiran untuk budak-budak yang tak cemerlang akademik, dan ada orang-orang berkemahiran ni lagi berjaya dari budak-budak yang masuk universiti ada ijazah atau master.
Ada kawan aku masa zaman sekolah dulu, memanjang je kaler merah dalam buku report card dia, yang biru pun BM dan agama je rasanya, lain semua merah. SRP lulus hujung tanduk je, SPM terus lingkup. Tapi mamat ni amatlah suka bertukang. kalau pegi rumah dia, ada jer keja dia, buat pangkin la, buat rak pinggan lah, buat rak kasut, dan ayah dia nampak kemahiran dia arah situ, ayah dia hantar dia masuk IKBN amek pertukangan perabot, kemudian masuk IKM, dan ikuti kursus-kursus MARA, and buat pinjaman MARA, buat bengkel perabot belakang rumah, start buat kerusi, meja makan, dan buat kabinet dapur sikit-sikit. Bila ada kawasan perumahan baru bukak, dia pegi letak kad-kad bisnes dalam peti surat. Dari rumah-rumah buat pejabat-pejabat, kemudian dapat tender, buat almari asrama, almari kole matrik, buat kabinet hotel, sekarang buakn bengkel, tapi kilang perabot, dia beli STROM cash oooo..hebat.. income jauh beza dengan kita yang kerja makan gaji ni.
Ada sorang lagi, abang ni kat kawasan perumahan aku, dia pun tak sekolah tinggi mana, dulu masa aku kecik selalu tengok dia kerja tarik kabel yang beso-beso lengan tu, korek tanah, tanam kabel. Kerja buat jalan tar, kira jadi buruh kasar la, kemudian dia ambil upah mengecat, dari satu rumah dapat 3-4 rumah, kemudian dapat kontrak cat kawasan perumahan baru bukak, dia amek kurses wiring, buat wiring, dapat buat rumah ke rumah, kawasan perumahan, kemudian dia amek kontrak buat jalan kecil-kecil, sekarang ni beb, bukan jalan kecil, buat highway, jambatan lagi dah. Buat bisnes angkut sampah, lori angkut sampah dia je bersusun kat tanah lot yang dia sewa buat bengkel.Dengan segala kenderaan beso buat jalan, mesin gerudi dan segala macam jentera ada. Adik beradiknya semua kerja dengan dia, malah kakak dia yang suri rumah tangga pun kerja dengan dia, mengasuh anak-anak dia bila bini dia pegi kerja, jaga mak ayah dia, bayar gaji seribu sebulan. Makan minum dia tanggung, api, air dia bayar. Mak ayah dan adik beradik-beradik dia bergilir-gilir saban tahun pi Mekah. Murah rezeki dia.
So untuk adik aku yang tengah tunggu STPM tu, aku tau dia baca blog ni, "Tolong jangan anggap hidup kita gagal kalau kita tak berjaya masuk universiti, kita tak jadi cemerlang, kadang-kadang tahap pemikiran kita takat itu saja, dan tertulis rezeki kita dalam bidang lain, usaha dan buat sungguh-sungguh, Along tau adik dah ada minat dalam bakeri, Insya-Allah along akan support, doakan along murah rezeki, dapat hantar adik attend kelas baking, dan kita buat bisnes bakeri, jangan abai mak abah, Insya-Allah berkat hidup kita"
0 Komen:
Post a Comment