Kadang-kadang benda kecil kita tak sedar, tapi sebenar ianya beri impak yang besar.
Itu hari, kami pergi beli barang-barang dapur di TESC* Kajang, masa tengah berjalan-jalan tu, mula-mula aku nampak ada satu family ni, anak beranak, abang dan kakak ni ada la 2-3 orang anak, yang sulung tu dalam darjah 5 atau 6 camtu le, yang budak ni selamba je dok ambil buah anggur kat tempat sejuk display buah-buah tu diaorang dok makan, dok makan depan mak ayah diaorang pulak tu, ayah dia pun join ambil sebiji dua merasa buah anggur tu, malah wifenya siap ambil sebiji suakan ke mulut anak dia yang masih baby dalam stroller, ermmm tak sedar ke, diaorang tengah makan benda yang belum di bayar, dan tak pulak tertulis boleh rasa ke apa kat situ. dan bila makan tanpa izin gitu tak terfikir ke halal or haram tu..
Terus aku pesan kat Najmi pelan-pelan, Najmi jangan usik apa-apa buah ni kat sini, tak boleh ambil makan tau, kalau nak makan kita suruh dia timbang, nanti kita bayar dan boleh makan. tapi dia tak puas hati, dia kata kenapa orang tu boleh makan, aku cakap mungkin diaorang tak perasan, terpaksala cover, sbb takkan nak aibkan orang pulak. Lepas je lalu dari ruang tu, aku ke ruangan barang kering, aku carikan kismis sebab teringin nak buat roti kismis, aku nak beli kismis timbang tu je. Pun sama, masa aku tengah ambil plastik nak menimbang, ada satu pompuan ni, lalu dan jemput sedikit kismis dalam bekas tu, selamba je dia berlalu dan sambil kunyah-kunyah kismis tu, malah siap bagi-bagi lagi kat anak-anak dia... Erkk aku pulak rasa macam tak bestnya nengok.. sedih pun ada.
Itu hari hubby ada beri Najmi seringgit, budak ni nak beli air milo tapi tak cukup duit, kawan dia beri dia dua puluh sen, baliknya dia cerita, so esoknya aku bagi dia RM1.40, dan suruh dia pulangkan balik 20 sen pada kawannya, dia cakap tak payah, sebab bukan dia minta, tapi kawan dia yang bagi..see..budak-budak manalah dia faham konsep berhutang, so darling terangkan, apa pun yang bukan hak kita, kena pulangkan balik kepada tuannya. Harap-harap dia jelas dan faham. Risau aku memikirkan benda-benda kecil gini kalau dia tak faham dari awal.
Eheheh kadang-kadang kami sendiri terkena balik..contohnya kalau kami pergi pasar malam, dia minta beli nugget, sosej, jagung or apa-apa la..so bila balik letak atas meja, dan aku or darling aku amek sikit nak merasa-rasa, dia akan marah dan cakap, tak baik, berdosa ambil hak orang tanpa izin.. Eheheh kadang-kadang aku cakap, "eh ini mama yang beli, ini duit mama, boleh la ambil sikit" dia menjawab "memanglah mama beli, tapi bila mama beli, untuk kita, dia jadi hak kita, jadi mama kenalah minta izin" ehehehe kena balik.
Sama juga, kadang-kadang aku pinjam pembaris, pensil dia, mesti dia akan tegur kalau aku amek tanpa izin dia..
Jiran
Membaca komen Zino dalam entry yang lepas cerita pasal kejiranan, aku akui, kejiranan sekarang mmg agak sunyi berbanding dulu-dulu, terutamanya di bandar ini, memang kita jarang bertegur sapa, macam aku sendiri pun, nak bersembang dengan jiran memang jarang sebab masing-masing kerja, balik rumah dan petang, masa petang ni la nak masak, nak membasuh, memang tak der masa nak berbual, sesekali kalau bertembung time nak keluar kerja, or balik kerja, sempat la berbual kejap.
Jiran yang share dinding dengan kami ni best, peramah dan suka berkebun sama kami di belakang rumah..and belakang rumah kami memang masih luas tanah untuk berkebun, so masing-masing bila time berkebun berborak sakan, and nanti nak ajak diaorg 'berkelah' belakang rumah, sebab diaorg pun suka lepak belakang rumah dan minum-minum petang, last week darling dan najmi menebas rumput aku buat bubur jagung dan kami minum petang di luar rumah, mmg best, angin kuat dan sejuk je. So rasa macam duduk kat kampung le jugak..eheheh, cuma darling kata tunggu ada duit sikit nanti boleh buat wakaf.
And one thing lagi, aku rasa orang jenis tak keluar rumah rumah bukan dia tak nak bersosial, sebab macam aku sendiri pun kadang-kadang malas nak bersantai di luar rumah kerana malas nak menutup aurat, nak bertudung, berbaju lengan panjang, kalau dalam rumah pakai baju kaftan je..siang malam..muehehheeh, bila nak keluar tu nak tukar kain, seluar panjang, tukar baju, nak bertudung...eheheheh jadi bodek-bodek la laki tolong siram pokok, tolong sapu-sapu kat luar rumah, and aku rasa memang ini reason kuat kenapa ramai ibu-ibu jarang keluar rumah, sbb aku tengok jiran-jiran aku yang ibu-ibu memang jenis kalau keluar menyidai depan rumah pun mmg 'pakai full u' kata orang (full uniform) semua bertudung dan menutup aurat, so aku pun sogan-sogan le jugak kalau keluar rumah pakai kaftan dan bertudung je, kang tak pasal-pasal my laki pun sound berdesing..
Jadi sebab aku mmg pemalas nak berenyah-renyah tukar baju, maka my laki pun always la consider tolong menyiram pokok dan menyidai baju..mueheheh thanks darling..and bila nengok jiran-jiran yang lelaki lain menyidai baju my laki pun cakap "senasib le kita," hahahaah.
Oh ya..dah berminggu-minggu teringin nak makan roti bun kacang merah,dan bun kismis, nak makan panas-panas, so semalam balik dari kerja, aku merajinkan diri buat bun-bun ni..
Maka dapatlah menyiapkan 3 jenis bun, bun kacang merah, bun kismis dan bun sosej. Aku lupa letak bread improver dari awal, dah siap menguli baru teringat nak letak, aku bantai je bubuh balik, dan masuk mixer semula dan uli balik, hasilnya nor bad, cuma liat sikit, tak sure la liat sebab itu atau sebab aku tambah tepung gandum sikit sbb tepung high protein tu dah abeh, tak cukup dalam beberapa gram.
mula-mula encik bun kismis yang di bakar bersama-sama cik bun kacang merah,
sambil membakar dua bun tu, kita melilit tuan sosej..
jam 8 malam, semuanya siap dibakar, dan di agih-agihkan kepada jiran kiri dan depan (kakak yang tolong jaga najmi) jiran kiri hantar sms teruja dengan roti ni dan hendak belajar membuat roti..boleh-boleh..nanti kita ajak awak buat bun ek.. senang je... itu hari berkongsi resepi dengan my cousin kak Idah, so dia pun bukan main setiap minggu buat bun, semangat betul... ni geram nengok dia dok mms pic roti dia buat, maka aku buat jugak lepas geram..ehehhe
0 Komen:
Post a Comment