Dulu aku tulis blog sebab aku bosan giler kerja kat kolej muzik dulu tu, tension ngan boss yang aku panggil misai kat dalam blog dulu, kiranya populariti misai masa tu bukan main hebat, ada jer cerita misai dalam entry-entry aku.
Blog pertama aku baca ialah blog Mat Jan, masa tu aku tengah surf pasal apa tah mengenai uitm dan cerita pelajar universiti ke apa tah, terus sesat ke blog Mat Jan, then aku start post-post komen kat blog dia, sebab kami sama satu universiti, dan paling best bila aku tau dia akak kakak nama Shafinaz, dan kebetulan aku pun ada adik nama sama cam dia Mohd. Syafizan, dari blog Mat Jan, or masa tu orang sebut jurnal. Masa tu tak ramai orang ada blog/jurnal. dari blog Mat Jan wujud satu komuniti kecil geng-geng yang ada jurnal. Dari situ kami bersembang melalui guestbook, aku kenal Aquil, Nett, Rudi (masa tu kat Jepun) Cik Daun, Ika, Napang, Tok Rimau (dulu nama dia Harimau Jadian), Mie, Fajar, Pikor Cute, Zira (dulu Inpirasi Teja, skrang Kopi Suam), Yadziz, Ijah, Rosh, Anas, Sera, Pak Long (ayah Mat Jan) kemudian sikit Spyz erkk saper lagi..bantuan blogger lama diperlukan.
Kemudian aku mintak Mat Jan buatkan blog untuk aku satu, dan dia berbesar hati tolong aku, dari situ aku mula kenal HTML code ni, studylah aku code-code berbelit-belit. Ingat lagi first time nak belajar upload gambar, aku tanya hampir seluruh orang camner nak letka pic. Pak Long suruh aku belajar sendiri. Hahaha last-last berjaya. Dari blog ni aku kenal erti persahabatan, erti ukhwah bermula dari hujung jari di depan monitor dan keyboard PC.
Pertemuan Pertama dengan kawan jurnal/blog telah memulakan satu persahabatan yang sangat unik dan berkesan sekali. Ukhwah terjalin. Kini selepas 6 tahun aku menulis blog, sudah beratus kawan jauh dan dekat hadir, Seronok dapat ramai kawan, aku ke Serawak ada kawan, pegi Kuantan ada kawan, pegi Langkawi ada kawan. Balik kampung ada aktiviti, pergi Perlis ada je kawan, malah aku baru bercakap hendak ke Sabah, sudah ada kawan yang pesan supaya aku bagitau awal-awal, kerana dia hendak ambil cuti bawa kami berjalan. Sungguh terharu. Semua bermula dari keyboard inilah. Jatuh bangun, suka duka sepanjang 6 tahun ini, di sini lah tercoret segalanya.
Kini aku punyai ramai adik-adik, kawan-kawan dan kakak-kakak yang aku sayang. Antara yang paling rapat Mak Andeh, Auntie Yan, Kak Sya, Kak Lady itu kakak-kakak, kalau adik-adik, yang tak leh dipertikaikan keakraban dan aku selesa dan serasi ialah...erkk.. panjang list ni kalau nak sebut. Tapi yang paling rapat, Mat Jan, Cik Daun, Salina, Nett lelain pun rapat, tapi kalau aku sebut sure panjang list ni.. :-D
Maka sempena ulang tahun blog ini, aku nak buat peraduan, hehehe sila ciptakan satu 'tagline' yang menarik sesuai dengan gaya. cara, dan perwatakan aku melalui blog ini. Jangan la panjang-panjang sangat. Pemenang akan menerima satu kotak cupcakes percuma dari aku. (satu kotak 12 pcs of cupcakes or mungkin lebih dari 12 pcs) cepat, tarikh tutup peraduan 4 Jun 2007 (my birthday) Jadi, carikan tagline menarik untuk aku, tagline tu mestilah lebih 3 perkataan dan tak lebih 10 perkataan.
Cerita hari Minggu pulak.
Yeay! dah dapat oven besar, Thank kepada Encik Mior Babah (darling la) atas hadiah ni, ni kira hadiah besday blog kan hunny, hadiah besday lain kan..kan..kan... Berpusing kami mencari CKE Marketing Cheras nak beli oven ni. Thanks to Kak Sya, atas panduan pembelian. Memang berbaloi dengan oven ni, cake di bakar pun cepat, lebih menarik. Sebagai pengujian, petang tu aku buat pizza, dan ermm kualiti pizza pun lebih best. Masa membakar lebih singkat. Best..best... Kuantiti kek pun banyak boleh dibakar dalam satu masa. Antara tujuan beli oven ni sebab sambutan cupcakes rancak pulak, Khamis ni aku kena baking 300 pcs cupcakes untuk majlis kenduri kawin, ada orang order dari obersi lagi, hehehe. Kawan ni akan terbang balik Malaysia pada Jumaat, dan terus ke Putrajaya untuk ambil kek bawa balik ke Johor untuk cenderahati perkahwinan adik dia.
Thanks darling for the oven
Pizza yang lebih berkualiti dengan pembakaran yang sempurna..hehehe, pizza daging + ayam
Thousand Island sauce seafood pizza. Yummy..
Sekali masuk kek, boleh 40 pcs sekali gus.
1 Komen:
hi, just wanted to know. How much did u purchase the one deck bakery oven?
thanks
Post a Comment