Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Guru


GURU OH GURU.

Petikan sebahagian dari Sajak Sasterawan Negara Usman Awang..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara...


Selamat Hari Guru, buat cikgu-cikgu di alam cyber ni...dan cikgu-cikgu di luar sana. Terima kasih cikgu...

Macam orang lain, aku ada satu cikgu yang amat aku kenang sampai hari ini. Cikgu yang amat-amat besar jasanya, bukan sekadar cikgu biasa, malah cikgu yang sangat luar biasa. Aku dan kawan-kawan aku anggap seperti bapa.

Cikgu yang paling aku kenang dan aku ingat ialah cikgu Syed Mustafa, cikgu lukisan di Sekolah aku dulu. Dialah cikgu yang best sekali, di sekolah dulu aku dan beberapa orang kawan selalu kena cop muka budak jahat dengan pengetua kami, kerana pengetua kami ada anak sebaya kami yang kerek dan berlagak very the anak cikgu besar. Jangankan kami, the cikgus pun dah maklum sangat dengan peel dia.

So hanya cikgu Syed je, yang selalu faham kami, dengar cerita kami, gelak ketawa dengan kami, dan kebetulan dia tidak ada anak perempuan, dan mengajar kami di sekolah perempuan, kami dianggap macam anak-anak dia sendiri, kami kuasai bilik lukisan tu, kami diberi peluang jadi presiden, naib presiden, setiausaha, bendahari Kelab Seni Lukis, lukisan2 batik kami diframekan dan digantung didinding2 sekolah. Kenakalan kami masa remaja jadi perhatian.

Aku berterima kasih, kalau dia tak 'jaga' kami seperti dulu, mungkin aku tidak jadi seperti sekarang. Dan aku bangga, diantara anak-anak nakal suatu ketika dulu, aku kini antara yang boleh membanggakan dia. antara yang sering disebut-sebut. Alhamdulillah, dengan kenakalan dulu, mungkin cikgu lain pun macam tak percaya, aku boleh masuk univerisiti dan dapat kerja yang baik. Semuanya dengan nasihat dan pendekatan cikgu Syed yang sangat bersifat kebapaan.

Kalau hari minggu kami datang buat kerja-kerja batik di sekolah, wife dia akan masakkan satu tupperware besar bihun goreng, mee goreng atau nasi lemak, dengan air teh satu balang, malah kalau ada jamuan atau majlis makan-makan kat rumah dia, kami pasti di ajak, dan kami pergi bantu-bantu kat rumah dia. Betul-betul dia layan kami macam anak-anak dia, kerana anak dia sendiri 4 orang semua hero.

Kini 15 tahun sudah berlalu, masa kian menginjak, apa khabar cikgu Syed sekarang, aku rindu dia, Insya-ALlah aku akan pergi menjejak dia, kalaulah dia masih tinggal di rumah lamanya lagi. Cikgu, terima kasih cikgu..saya kenang jasa cikgu sampai bila-bila...

Orang kata, kalau kita kerja cikgu, sampai bila-bila jumpa di mana pun kita tetap jadi cikgu..orang akan panggil cikgu, sama macam doktor. Jumpa kat mana pun kita akan panggil dia doktor.

So apa cerita cikgu kesayangan anda, meh la share...

<>

Cerita Najmi

Hero kecik aku ni skrang minat betul ngan kereta, apa jugak citer kat tv pasal keter, majalah pasal keter, suka sangat dia belek. Malah aksi-aksi pasal drift pun dia tau. Dulu dia minat betul tengok X-Tune kat Ria, sebelum ada AF. citer Fast and Furious tu ntah brp kali dia tengok. AKu ingat nak cari dvd Tokyo Drift, sure dia suka. Malah kalau babah pegi bengkel, dia suka sangat nak ikut, dia dia tak boring dok kat bengkel, malah dia akan belek-belek majalah kereta kat bengkel kata babah. Macam faham sangat pasal kereta. Heheheh..

Dan kalau kami dalam kereta, dia nampak ke keter sporty sikit, dia mesti cakap, "fuyooo bestnya keter ni, boleh buat drift," Dan dia akan perhatikan, sport rim keter tu, ekzos.. stiker-stiker kat keter tu. Malah dia tau keter mana sesuai untuk buat drift. Katanya keter nak drift ni "mama mana boleh pakai keter proton, kena pakai keter yang lama, pehtu tukar enjin, baru power, " huhuhu

Dan tengok le asal nampak keter sporty dia nam bergambar. Ni keter yang parking sebelah keter aku masa kami pegi Taman Warisan, sempat dia suruh aku amek gambar dia letak dalam blog. hehehehe.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino