Ermm tengah serabut dengan satu masalah, hinggakan tido malam pun kalau terjaga teringat perkara ni aku jadi susah hati. Akan bergegar satu tiang arash tidak lama lagi??? Kalau ianya berlaku untuk arah lebih baik, aku lebih suka ianya berlaku. Bercerai adalah satu perkara halal yang tidak disukai Allah. Tapi sanggup ke berterusan tengok satu kehidupan malang bersama seorang lelaki yang tidak reti menghargai kasih sayang, pengorbanan dan kesetiaan kita? Sanggupkah anak-anak membesar bersama lelaki yang tidak tahu tanggungjawab dia? Sanggup kah melihat anak-anak melihat hampir setiap masa emak mereka menangis kerana tertekan dengan ayah meraka.
Cukuplah intro sedikit...
Tidak..bukan rumah tangga aku yang bergegar... Insya-Allah tidak, Alhamdulillah, rumah tangga kami aman bahagia. Darling masih ketua keluarga yang baik, malah bila semua ini terjadi, aku lebih menghargai dia, bersyukur kerana dikurniakan lelaki yang baik untuk hidup bersama aku. Walaupun adakalanya aku selalu mengada-ngada nak perhatian lebih (biasalah sayang, i ni kan anak sulung, anak sulung mmg manja tau...) Nasihat darling, bantuan darling, aku hargai, tak tau le, susah senang kami tetap bersama...Thanks hunny coz always be my side, when i need you, that is love for kan??? Moga apa yang kita sedang usahakan ini berakhir dengan baik dan biarlah selesai segera, supaya satu kehidupan baru di bina semula dari sebuah kehancuran.
Diulangi... bukan masalah rumah tangga kami, tapi masalah rumah tangga darah daging terdekat, nanti bila selesai semuanya aku cerita semuanya dari A-Z sekarang belum boleh..hehehe takut menganggu urusan perbicaraan mahkamah..ahaks.... boleh gitu??
Anyway, perlukan nasihat peguam syariah, or anybody ada kenalan or berkerja di Mahkamah Syariah PJ? Bantuan anda amatlah diperlukan... Ya Allah, mintak ada orang kerja kat Mahkamah Syariah PJ ada baca blog ni.. supaya mudah urusan aku nanti... Please...please...
Ok cukup intro bagi korang saspen kejap..
Nak cerita pasal anak teruna sorang aku tu.
Rutin dia sekarang pagi pegi Day Car, mandi, dan pegi Smart Reader naik van. Then tengahari balik day care, makan, tido, petang buat homework, dan aktiviti ringan kat Day Care. Petang kalau tak hujan leh bagi keluar kejap, main basikal dengan geng-geng kenit dia. Malam 8.00-9.40mlm pegi kelas mengaji dan fardhu ain. Balik tengok tv kejap, dan pukul 11 dia dipaksa tido..tu pun kadang-kadang idak juga.
So kami tak stresskan sangat suruh dia baca buku ke apa... dah cukup pack jadual dia. Khamis Jumaat malam tak der kelas mengaji baru dia boleh tengok tv lama sikit. So kelas swimming dia masih tertunda, mungkin hingga tahun depan, atau masa cuti sekolah hujung tahun ni. Lagipun aku tengok budak ni nanti leh berenang sendiri je kot. hehehe, sbb hari tu bawak pegi pool yang dalam siki 0.9 meter, member selamba je dok floating dan kodek-kodek kaki berenang sendiri, cuma tak jauh la dia berenang. So takder swimming pool hari kerja la, kalau nak, hari minggu je la..
Suatu malam dia mengamuk nak senapang. Menangis-nangis... aku geram betul. Aku cakap esok je la, dah malam ni, mana ada kedai bukak. Dia tak puas hati... dia asyik tanya lambat lagi ke nak siang? Siang pukul berapa? Aku cakap lepas mama kerja, pukul 5.30. Heheheh bengang member lambat sangat nak pukul lima.
Tiba-tiba dalam pukul 10.00 malam dia datang dan tanya "mama dah solat ke?" aku cakap belum.. dia cakap, "nanti kalau mama solat, mama tolong doakan bagi cepat siang, jangan malam lama sangat, dan doakan bagi boss mama kasi mama balik awal," muehehehe aku cakap le doa la sendiri.
"kita malas nak solat ni, tak der mood tau, tengah sedih ni,"
heheh boleh pulak gitu, then aku cakap la...kalau kita sedihlah kita kena banyak-banyak solat, supaya Allah sayang kita. heheh then masa nak tido, macam biasa aku suruh dia baca doa tido dan baca surah 4 Qul. dan biasanya dia akan berdoa "Ya Allah, jagala saya semasa tido, jauhkan dari syaitan," dan malam tu dia tambah dan "Ya Allah, bagilah cepat siang, nanti mama boleh belikan senapang," pas tu dia tanya, "Allah betul ke jaga kita masa tido? macam mana dia jaga?" hehehe aku cakaplah, "Ye la Allah jaga la, sebab tu Najmi boleh tido lena, kalau Allah tak jaga, nanti syaitan datang kacau Najmi, tutup hidung, Najmi tak leh bernafas, tekan perut najmi bagi sakit, tolak Najmi jatuh katil," then dia pun..."oooo kita tak nampak ALlah yek, tapi dia jaga,"Semalam, masa amik dia dari Kelas agama, aku nampak ada awek comei, mengaji sekali dengan dia, aku tanya, saper nama girl tu, dia cakap nama Elly, then aku cakap le. Comei nya, suka mama tengok dia. (memang cute betul budak tu...sweet sangat muka) tapi budak bertuah ni cakap "Kalau dia tak senyum comei la, kalau dia gelak tak comei la..dia tak der gigi" hahahahhaah ampeh punya hero...
0 Komen:
Post a Comment