Wednesday, December 06, 2006

Rumah Setinggan Yang di Robohkan


Petikan Filem Cinta lagi
"ISTERI ITU SATU ANUGERAH, BUKAN HAK MILIK"
hahahah aku dilamun Cinta oleh filem Cinta anyone nak pegi ptgk lagi, or baru nak tengok jom la...

Ok dah stop promo.

Dah baca paper pasal perkara ini:-
Photobucket - Video and Image Hosting

Semenjak akhir ni memang timbul isu yang sensitif ini, aku pun nak cakap pasal ni, walau agak sensitif. Baru ni aku argue-argue manja dengan darling pasal isu merobohkan rumah setinggan, atau merobohkan rumah orang-orang yang tidak di bina atas tanah sendiri, atau tanah kerajaan la.

Memang la kalau kita tengok sedih dan kasihan dengan situasi mereka yang marah dan sedih rumah mereka dirobohkan. Yang aku tak faham, mengapa dah tau itu bukan tanah mereka, dan mereka mengharapkan agar pampasan diberi, dan sebagainya dan salahkan kerajaan. Kadang-kadang aku fikir bangsa kita ni terlalu bergantung, dan terlalu berharap. Bina rumah atas tanah bukan hak milik kita, dan berharap agar ia akan terus jadi hak kita, bila kerajaan nak amik, kita tuntut dapat pampasan, sedangkan selama ini selama berpuluh tahun duduk rumah setinggan tu, tak bolehkan sesorang tu berfikir untuk membeli rumah sendiri, walau sekadar rumah kos rendah dua bilik, yang penting rumah sendiri dan tidak hidup dalam ketakutkan orang nak rampas apa yang kita dakwa hak kita.

Kalau aku tengok rumah setinggan sekarang, rumah memang la tak sempurna, tapi ada home teater, ada tv 29 inci, ada astro, ada sofa gebu-gebu, kiranya meraka tidak terlalu daif. Sepatutnya, mereka fikir secara rasional, kalau sudah beranak pinak, sebolehnya dapatkan rumah sendiri, kalau 15 tahun dulu, rumah kos rendah sekitar 25-35 ribu je. Usahakan untuk dapatkan rumah kita sendiri. Aku sendiri pun lahir dari keluarga yang susah. Abah ekrja driver kerajaan je. Itu pun selepas beberapa tahun dai kerja jadi kuli kasar (dulu-dulu jkr kan ada pemotong rumput, ada kerja-kerja buat jalan sebelum kerja-kerja tu di tender pada swasta) lepas kerja buruh kasar, abah mintak jadi driver.

Mak cerita, masa aku lahir, mak dah tak tinggal dengan arwah mak tok (mak abah). Mereka sewa rumah setinggan, kat kampung kat pekan Sg. Petani, ruamh dekat sungai, dan rendah, bila hujan rumah banjir. Air tak der, kena angkut dari telaga. Tapi abah berazam nak dapatkan rumah sendiri. Masa kerajaan lancarkan rancangan perumahan awam, untuk rakyat yang miskin, abah mintak. Dan syukur abah dapat. Abah dapat beli rumah kami duduk sekarang dengan harga RM15, aku rasa sekitar tahun 1978 macam tu, sebab adik ke2 aku lahir 1980 di rumah yang kami tinggal sekarang. Rumah kecik je 2 bilik, rumah papan, macam konsep rumah kat felda-felda. Dan syukurlah di rumah itulah kami membesar, tidak di rumah setinggan yang setiap kali hujan akan banjir.

Mujur abah bulatkan tekad, buat kerja macam-macam sebab nak sediakan rumah untuk kami berteduh. Tak terbalas jasa abah. Abah ambil upah tebas rumput kalau hari tak kerja, ikut orang buat kerja kontrak buat rumah, pasang paip. Emak pulak berniaga nasi lemak belah pagi, jual laksa dan bihun sup belah petang. Dari rumah kecik dapur yang muat-muat untuk satu meja makan, Hasil duit laksa, nasi lemak dan bihun sup, abah tambah dapur belakang, buat dinding guna zink. Lantai masih tanah, mak masak diluar, jadi masak-masak semua kat luar, sampai tanah tu jadi licin macam lantai. Bertahun keadaan macam tu, dah ada duit sikit, baru abah simenkan. Tapi dinding masih zink. Kemudian dinding zink sudah berkarat-karat, abah buat dinding baru, itupun buat sikit-sikit, teruk kami hidup dalam keadaan rumah tak siap-siap.

Susah-susah mak dan abah, diaorg tak nak hidup di rumah sewa, tak nak hidup di tempat bukan hak sendiri. Jadi apabila kampung setinggan yang mak menyewa dulu di ambil kerajaan, jiran-jiran mak dulu meratapi tiada tempat tinggal, mak dan abah tidah risau sebab mereka ada rumah papan, dua bilik hak mereka sendiri.

So berbalik soal orang ruamh setinggan yang tidak puas hati sebab rumah mereka kena roboh, aku rasa dari muda meraka patut fikirkan perkara ini, bukan setelah meraka ada anak berderet dan tertekan sekarang. Kita perlu sediakan pada anak-anak kita sesuatu yang hak kita, bukan hak orang yang kita dakwa hak kita.

Sebab itu, walaupun kami berpeluang tinggal di kuarters di Putra*jaya ni, rumah yang selesa, tapi keselesaan tu tak sama dengan keselesaan rumah yang dibeli sendiri, dan Insya-ALlah hak milik kami sendiri. Sekurang-kurangnya kalau kerajaan buat dasar nak ambil balik hak duduk kuarters yang selama ini diberi untuk kakitangan awam, kami tidaklah melenting sebab ditarik balik hak itu, dan kami ada rumah yang hendak kami tuju.

So tepuk dada tanya selera...

1 Komen:

Unknown on 4:00 PM said...

kagum saya dengan perinsip anda.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino