Sunday, December 03, 2006

CINTA


Yeah, entry jiwang sikit..

baru balik dari menonton filem Cinta...

Nak ulas tak reti lak nak detail atau terrer macam pengulas-pengulas yang hebat

tapi bagi ulasan versi Pnut aku nak habaq..memang best giler... best sampai leh gila la..tak rugi tengok, dan tak rugi tengok 2,3 kali. Kami nak tengok hari Sabtu 9.20 mlm, petang tu aku try nak book melalui phone, ampeh, penuh.. So kami gamble je peg, kami sampai je tu diaaa beratur punyalah panjang. Disebabkan aku memang teringin nak tengok, darling mulanya keberatan, dia prefer nak tengok Happy Feet. Aku pujuk2 so last-last kitaorg beli tiket untuk esok, show pukul 11.20pg.

So pagi tadi, kami pegi tengok. Dari mula sampai habis korang akan rasa best, dan setiap detik cerita nya menarik dan sungguh menyentuh hati. Kekuatan cerita ni sebenarnya terletak pada skrip dia yang sangat cantik. Dan cara cameraman shoot latar belakang setiap adegan sangat menarik, banyak kalau nak cerita..

Skrip dia sangat indah, puitis dan bersahaja. Betul-betul isteri Khabir Bhatia ni tulis skrip dari hati...tulus dan jujur setiap kata-kata indah diterjemahkan. Antara yang menarik, sewaktu babak Q Haidar dan Nanu dalam kedai. Nanu kakak kepada Q Haidar, marahkan adiknya yang ada degree tapi tak bekerja elok-elok, nak jadi pelukis jalanan. Q marah kakak sebab bercinta dengan suami orang. Q marah dan blah.

Rubiah (Fatimah Abu Bakar) datang dan cakap "Kadang-kadang hendak menyayangi orang yang kita sayang itulah yang paling susah" what a beautiful...

Masa babak Amin (Nasrizal) cucu kepada Cikgu Elias (Rahim Razali) penat seharian kerja dan melayan atuknya yang nyanyuk dan dah malam pun teringin nak makan laksa Rubiah, Amin datang jugak ke kedai Rubiah, bungkuskan laksa untuk atuknya, Amin cakap "Penat saya seharian hari mak cik dan Rubiah jawab "Penat seharian dengan orang yang kita sayang lebih bermakna dari, kita hidup hingga akhir hayat dengan orang yang kita tak punya rasa sayang.." gitu le lebih kurang ayat dia.,

(tiba-tiba teringat saat-saat aku dan darling menjaga ayah dia masa ayah dia masuk wad nak operate kaki, kami berdua tunggu di birai katil, baca majalah, aku baring kat lengan darling.. and aku akui, saat jaga org sakit di hospital malam hari sangat boring, tapi sebab aku dengan darling, kami laluinya sampai pagi dengan bercerita bermacam cerita)

Masa babak Airin bagitau suami dia, dia ada orang lain dia cakap "i boleh sayang you, i boleh sayang you sebagai kawan, sebagai abang, tapi tidak sebagai orang yang i cintai," yup betul..mungkin selama ini dia hanya ada rasa sayang, tanpa ada rasa cinta.

Masa babak Eizlan cakap dengan Rashidi, "Tak boleh ke kalau kau cinta dia, kau diam-diam, biar antara kau dan dia tau cinta itu sudahlah, tak perlu nak diumumkan," rashidi kata, "kalau kau bertemu cinta sebenar, kau akan umumkan, kerana kau tidak mahu melepaskannya," gitu le lebih kurang aku lupe...

Filem Cinta ialah kisah 5 kisah cinta yang tidak sama, setiap kisah cinta sangat menarik dan digarap dengan bagus sangat-sangat. Tidak keterlaluan. Aku sangat bangga dengan cerita ini. Ada lima kisah cinta yang semuanya menarik. Aku tidak dapat membuat pilihan mana satu Cinta pilihan aku yang paling best, ada orang suka kisah Rashidi dan Rita, ada yang lebih suka Sharifah Amani dan Peirre Andre, arrrghh semua best.

Hahahah dan aku sedang berkira-kira untuk menonton kali kedua. Darling dah bagi lampu hijau...yesssss...

Filem ni memang best, darling yang tak berapa nak layan kisah cinta tangkap leleh, dia suka sangat cerita ni, dan berulang kali dia sebut memang best, so means memang best, sebab susah darling nak puji filem melayu yang best dan menyentuh hati begini. Aku beberapa kali menangis menonton filem ini. Darling cakap, cerita ini sangat menarik pada skrip dia..

Lepas tengok filem ni masa nak balik, darling tanya, "Cinta tu besar kan?? kita ni cinta ke?"

Aku jawab, "bagi pnut, memang pnut cintakan abang, tapi abang mungkin sayang pnut saja, abang tak tunjuk cinta pun," (heheheh saja test market heheh)

Darling jawab "Cinta...abang cinta..cuma abang tak romantik untuk luahkan rasa cinta," hahahahahah aku rasa tu le kata-kata paling romantik....hehehheheeh

yuk korang....kalau tak ada rasa cinta, sila tonton filem ini, anda akan menghargai cinta...

kata Pnut :- "Cinta itu rasa di hati...Kita akan berjumpa dengan Cinta kita bila rasa itu terbit dari hati..." pewwwwiiiittttt....



U all should read thisREVIEW CINTA YANG MENARIK

dan SINI LAGI

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino