Thursday, December 21, 2006

Alia dan my darling



<---This is the cute Alia, my menantu. Hehehe, dia ni suka bergaya, pantang suruh berposing depan kamera, mesti buat muka cute-cute dan manja. Kat belakang baju hijau belang tu, Mat Romeo yang frust bila aku bagitau Alia dah kawin. Hehehe.

---> Yang ni Alia dan Aina. Cute je dua beradik ni, Wish that i have a little cute girl jugak nanti, Aminnn...

<--- ni Mat Romeo yang kontrol hensem depan aweks. Koman betul...

Budak-budak ini bila berkumpul, memang kelakar, si Alia mulut pun becok boleh tahan, cute and smart girl. Ayah dia lecturer kat UPM, so pandai le bercakap, samalah dengan abang baju hijau belang tu. Macam-macam cerita kelakar kalau diaorg berbual. Paling best, bile best bila diaorang berjumpa. Biasanya Najmi akan tido semalam kat umah Papa dia, (atok Alia) dan bila baru jumpa, Alia akan cakap, "Eh, mimi, Iya rindu la dengan Mimi, dah lame tak jumpa," Mimi pun nanti jawab, "ye, la kiter pun rindu Iya, tu kiter datang ni," Kalau diaorg cakap telefon paling kelakar, siap nangis-nangis. Najmi pandai pujuk ooo.... Memang kelakar giler..

Ada sekali tu, Iya nangis, tak mau cakap, Iya bagi phone tu kat nenek dia, Najmi tak nak cakap ngan Mak Yam dia, dia suruh panggilkan Iya, dia cakap "kita tak suka Iya nangis, nanti kita ingat dia, panggil dia suruh dia diam, nanti mama cuti kita suruh mama hantar kita pegi umah Papa," hahah sweet je...

Nanti aku nak rakamkan aksi-aksi romantik diaorg, sure esok dah besar, dah umur belas-belas tahun sure malu-malu je bila aku tunjuk balik clip-clip tu.. hehehehe.

Cerita darling pulak..

Semalam aku cakap dengan darling, aku tengah surf cari satu buku, then terjumpa satu blog seorang lelaki ni, duda, ada satu entry dia menulis mengenai kecuaian dia menyebabkan rumah tangga di bina 14 tahun, jatuh tersungkur. This guy cakap, lelaki makin lama berkahwin, dia akan jadi makin tak romantik, benda-benda kecil bagi dia, dia anggap remeh, dan tak perlu. Ungkapan sayang, cinta, belaian, surprise2 semua bagi dia tak penting. Asalkan dia bertanggungjawab sepenuhnya pasa family dia.

Dia nyatakan, sepanjang berumah tangga, dia amik mudah, birthday isteri, birthday anak-anak, Hari Ibu ke apa ke.. Bila isteri terlalu lama memendam meledak, dan bila dia sedar kelalaian itu, semua sudah terlambat. Gagal diselamatkan lagi. Hehehe dan aku cakap le kat darling, so abang belajar-belajar le jadi romantik. Peh tu aku pun cakap le, tahun depan aku nak bunga time hari jadi. heheheh aci dak siap request. Pehtu aku gurau le ngan dia, pertama kali dan terkahir kali aku dpt bunga dari dia ialah masa hari konvo aku, iaitu pada 27/5/2000.

Heheheh itu pun member belikan bunga sebab segan kat mak dan abah aku yang dah belikan bunga untuk aku masa konvo. Masa tu kami bertunang, dan tinggal lagi 4 hari kami akan diijab kabulkan. Keluar dari dewan konvo, mak dan abah belikan aku bunga. Hehheh member sudah malu-malu, dan beli jugak bunga. Nanti aku tangkap gambar tu, aku letak sini. Peh tu smlm dia gelak-gelak bila aku ungkit pasal tu..peh tu dia cakap, "tu pun rasa macam nak pulang balik bunga, sebab tak berbaloi beli bunga RM20, bukan boleh makan, lagipun ada bunga tu nak amik gambar je, at least ada bukti abang pernah bagi bunga," heheheh boleh gitu.

Pastu tu saje je aku ungkit-ungkit, birthday dia aku celebrate makan-makan kat San Fracisco Pizza, birthday aku dia lupa. hehheh peh tu member dengan confident cakap "Eh..kita sambut aper, yang kita pegi makan Siakap tiga rasa kat Village view tu aper," hahahah serta merta aku jadi geram. "Eeiieieieiei abang ni nampak sangat...pelupa, mane ada kita makan kat Village View masa birthday mama, kita makan kat Pizza Hut la, tahun ni, ampeh la abang ni, belum masuk birthday tahun 2007, dia dah lupa," hahahah member cover..."ehhh abang cakap tahun lepas punya," heheheh banyak le... tak ke geram??? Pastu dia gelak-gelak tak ingat.

Hehehehe, jangan le salah sangka, aku ungkit-ungkit tu bukan nak burukkan dia, kitaorg gurau-gurau je, dun worry aku jenis selamba, kalau dia lupa aku ingatkan dan paksa-paksa ingat, dia tak beli aku suruh beli..hahahah sebab tu le kitaorg rock, no hard feeling. Time gaduh, memang gaduh la, aku bukan jenis simpan-simpan pendam-pendam, tp baiknya gaduh pesen gini, kejap je kitaorg gaduh, paling lama kot ada la 2-3 jam, pas tu aku tak leh, mesti mintak maaf, selalu member panas lagi...ermm tapi dah nak masuk 7 tahun akak ni kawin ngan dia, tau le akak pujuk cemane.

This is clip Alia, nyanyi lagu My Heart. Aku letak kat You Tube, wah ramai gak peminat lain jenguk..hehehe




Sambung update jam 4.00 ptg

aku suka ayat ini --> "Kebahagiaan itu ada pada diri kita, Terpulang pada kita nak nikmati kebahagiaan tu.. life goes on.. ada benda yg boleh buat kita bahagia, kenapa kita perlu pilih derita."

dipetik dari blog ENCIK DIMAN <-- klik sini utk seterusnya dan betapa tepatnya kata-kata untuk kita aplly dalam kehidupan kita, so adik diman, u also have u'r own choice kan, jangan salah hitung tau..

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino