Aku selalu dengar iklan kat radio pasal skim ni terutama kat radio era dengan suara Mr. Kiran tu...antara dialog nya :-
"alamak nak masuk universiti ni mesti nak pakai duit banyak kan?" kata si awek.
Hellllooooooo....
Tak kreatif langsung... ini le akibatnya kalau tak pernah belajar mass comm, broadcast, advertising tp masuk line kerja broadcast, so keluarlah iklan ampeh gini, padahal mesej iklan tu bagus. Tak terfikir ke depa ada makhluk yg akan berfikir macam aku, aku rasa ramai kat luar sana perasan akan iklan ini, kalau korang tak perasan, korang memang tak seni langsung heheheheh
Kalau encik-encik di radio era nak buat iklan, fikir-fikir la dulu... heheh tu le keluar iklan Yusufffff tayubbbb.... berbisik macam pengantin di malam pertama je... ape hal pulak iklan buah kurma perlu nak vokal romantik ala-ala berbisik dalam kelambu tak sesuai la...
Dalam kes iklan SSPN ni, fikirlah cara lain nak menarik orang camner nak menabung dalam SSPN, bukan buat tak prihatin gitu... Darling cakap, awak ni benda macam tu pun awak perasan yek... hahahah jgn kan itu, dulu aku pernah tengok drama, sorang lelaki kena tangkap, tangan kena ikat ke atas, pakai baju tak der lengan, bulu ketiak hurmmmm kutu pun leh mati kat situ.. lepas beberapa minit ada adegan polis jumpa mamat kena ikat ni, dan nak selamatkan dia, masa polis nak tanggalkan ikatan tangan dia yang tergantung tu aku tengok ketiak dan licin... ayooooo sempat pulak cukur bulu ketiak yek.....
Minggu ni Sabtu aku kena bertugas di Bilik Perhubungan, ampes la...time orang buat open house raya nih aku kena duty...harapnya dunia aman bahagia dia hari aku bertugas... Hehehe ada member aku bertugas tepat harinya tentera Thai amik alih kuasa... hahahaha kau makan pun tak sempat, banyak call masuk, press call, Kedutaan call, peh tu faks masuk... masa aku duty dulu paling kalut sikit pun kes rakyat negara Seychelles yang hilang passport dan dokumen penting sbb kena pick pocket kat Malaysia.
Heheh tu le pertama kali aku dengar nama negara macam tu. So aku kena tolong encik polis bantu this minah yg hilang dokumen dan tak reti pulak cakap omputih. Hehehe aku terpaksa panjat kerusi tengok peta dunia kat dindin bilik bertugas tu nak tengok mana letak negara ini, sebab nak tau dia negara Komenwel ke tak, dan kat benua mana.. Pueh aku round mata kat peta dunia... tuuu diaaa ciput je negara dia... dan tentulah tak der kedutaan dia kat sini.
Boring la bertugas sorang-sorang, kalau ada dua orang ada la kawan sembang-sembang... ada sesapa leh temankan ke???
Fotopages mok cik dah update, korang pi le tengok gambo kami beraya-raya...
GAMBO RAYA KAMI
0 Komen:
Post a Comment