Ini gambar masa Hari Raya tempoh hari, yang beraya di rumah keluarga mertua aku ialah kami 3 beranak sekeluarga, kakak Ipar no.3, 7 org satu family, anak arwah kakak ipar no.2, 4 beradik. Adik ipar yang masih single, Nurul, Ada lagi 3 family tak der, iaitu kakak no.1, (7 org sefamily + sorang menantu), abang ipar (6 org sefamily) dan adik ipar (5 org sefamily) Kalau campur semua orang anak cucu, menantu Keluarga Pak Mior semuanya 34 org. Tahun depan Insya-Allah kami aku jadi Opah dan darling dah jadi atuk le..dan mak ayah akan dapat sorang cicit.
Open House kami
Hari Ahad 5 November 2006, kami buat open house secara tergempar. Kami langsung tak der plan nak buat open house, sekadar plan ngan darling cuti Sabtu dan Ahad tu nak berjalan raya rumah sedara mara dan kawan-kawan. Cuma bila pagi Sabtu dapat msg dari adik ipar, nak datang beraya pada hari Ahad tu, dan kemudian ada pulak dua tiga member nak datang beraya, tiba-tiba darling cakap suruh aku masak nasi tomato sebab dia nak ajak jiran-jiran satu baris kami datang beraya sekali. Aku ok je la.. But bila darling congak-congak, jiran-jiran saja lebih 20 org, plus kawan lagi, last-lsat dia decide alang-alang dah nak ramai, kita buat open house sekali la, order jer tak payah masak.
Itu pun kami decide dalam kereta, mulanya plan kami nak upah minah indon yang selalu datang mengemas dan cuci rumah kami tiap bulan tu, ingat nak upah dia datang tolong aku masak, tapi minah tu tak available pulak, last-last decide order je.. teringat pulak ngan restoran Yus Kajang, terus kami hala ke sana, mujurlah diaorg masih nak amik tempahan, lagipun sebelum ni kami pernah buat tahlil order dengan dia jugak. Senang sikit sebab dia provide pinggang mangkuk, buffet tray, tong air, sudu dia datang setting semua sekali, cuma time Ahad tu orgnya tak dapat tunggu sebab ada function kat tempat lain. So kami order set nari briyani, dan satay 500 ratus cucuk, nasib baik dia masih nak amik order walau masa kurang dari 24 jam kami menempah.
So ni gambar masa open house kami, thanks Salina tolong amik gambar, aku sibuk jadi 'mak pengantin' tak sempat pegang kamera. hujung2 majlis je sempat snap sikit-sikit.
Ni maksu aku dan cousin aku, Kak Idah dari Kajang.
Ni jiran-jiran kiri dan kanan rumah.. seronok jugak sesekali jiran-jiran berkumpul..
ni member-member uitm dulu.. thanks for coming..
Menu kami, Nasi Briyani, dalca, jelatah, ayam masak merah, laksa, satay, nasi impit, rendang.
darling layan tetamu, antara tetamu awal yang datang.
Pak Cik Sabri (x-baby sitter Najmi akt Cheras) nak balik dah..Najmi rapat sangat dengan papa dia ni..
Kawan office darling, jiran-jiran dan kawan-kawan geng jurnal..memeriahkan rumah
Comel anak dara kawan darling ni, berbaloi lama mereka tunggu nak dapatkan sorang anak ni, comel sangat..
Ko datang sini, cari je Petronas, nanti aku amik ko kat Petronas, (kata Salina pada Cik Easy, heheh tp Cik Easy sampai sendiri, tanpa bantuan..hebatnya CIk Easy..)
Pembantu aku pada hari itu, mujur mereka tolong potong tembikai, cuci pinggan time di serbu ramai-ramai... tima kasih ye...
Encik Naga origami sedang kira berapa cucuk satay perlu dia amik...
Biasalah kumpul ahli geng jurnal ni, sembang bermacam topik la... Jigo, Spyz, Naga, Neslo dan yg nampak sipi tu Op.
7 mlm, Ni ingatkan tetamu terakhir, cousin darling, rupanya pukul 9 pun ada satu 4 biji kereta sampai. Ponek mak cik....
Jadi disempatan ni Aku, Pnut dan Mior, ingin mengucapkan terima kasih kerana semua anda sudi hadir. Walau ada yang dapat undangan 3-4 rumah yang lain, tetapi kalian tetap usaha untuk hadir ke rumah kami. Kami hargai kehadiran kalian, dan seronok sangat melihat tetamu menjamu selera dengan semau hidangan. Dan kami mohon maaf sangat-sangat kalau terkurang layanan, tak sempat bersembang, layan tetamu, sebab kami kira semau tetamu yang hadir lebih 150 org termasuk kanak-kanak. SO mesti ada yang tak sempat kami layan beramah mesra, maafkan kami banyak-banyak ye...
Kepada yang dah dijemput, tetapi tak hadir, apa boleh buat..mungkin lain kali, cuma ingatan untuk diri sendiri, sekiranya dijemput ke open house saudara atau rakan, at least kita balas msg mereka untuk maklumkan kita hadir atau tidak. Supaya tuan rumah dapat buat anggaran berapa jumlah yang mereka perlu order/masak makanan supaya dapat sediakan kuantiti makanan dengan sempurna, dan secukupnya.
Kerana pengalaman kami, dari beratus org kami jemput, hanya tak sampai 50 org yang bagitau akan hadir, so itu pun mujur kami still order lebih makanan untuk makan lebih 50 org, dan siap order makanan lain seperti laksa dan satay. Dan bila yang hadir lebih seratus org, nasi 'short' jugak, habis awal, tp mujur aku ada plan B, aku tanak nasik briyani versi Pnut la... goreng ayam dan tambah dalam kuah masak merah tu, sebab dalca dan jelatah masih banyak. Dan darling sempat mintak tolong Nuar belikan satay tambah lagi 100 cucuk. Jadi syukurlah semau tetamu, termasuk yang datang pukul 9 malam pun masih dapat makan.
Kepada yang terlepas pandang untuk dijemput, maafkan aku, mungkin aku tiada nombor telefon korang. Atau sms yang dikirim tidak diterima. Maafkan kami...
Tuesday, November 07, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment