Malas berupdate, tak tau nak story apa.
Jumaat tengahari, jumpa AWEK CUTE NI sebab PAKWE ENSEM dia ada mengirimkan kuah mee bandung yang membuatkan aku terliur semasa membaca entry si awek dalam blog baru-baru ni, maka dengan muka sangat tak malu aku ngendeng mintak tolong belikan untuk aku sekali... huhuhu berbaloi sangat tahap ketebalan aku tu, sebab kuahnya ameeett sedap.. tengok gambo nih...
Sedap yek... thank you Sas, thank BP..
so entry seterusnya ialah entry bergambar...sbb malas berupdate, Sekitar majlis Konvo TADIKA NAJMI
Notti boy kena paksa tido
Atas katil, main je lagi..
I Said, sleeeeppppp....
Finally, tapi entah le betul ke tak tu...macam sengih je lagi... :-)
The Stage
Terima siji tadika utk 5 years
What??? Akhlak ???
Akhlak Terbaik??? confuse aku...nakal ke main, kat sekolah skema ke anak aku???
Sekarang sekolah cuti, so tak ramai student yang akan pergi sekolah, Najmi dah amik program Zamrud, iaitu stay sampai petang, so dia pegi sekolah macam biasa, at least ada intensif class, mana dia lemah cikgu tumpukan, dan tadi mintak cikgu dia suruh dia baca buku Bahasa Inggeris banyak-banyak, sebab dalam BM dia dah lancar, mintak cikgu dia tekankan banyak baca buku BI sepanjang cuti ni, sbb tak ramai budak, tak sampai 10 org je yang datang sekolah.
Hari tu ramai bertanya pasal tadika Najmi ni, so dah bagi link kat atas tu, boleh la usha-usha, so far kami puas hari dengan pencapaian Najmi dan kualiti pendidikan yang diterima. Masa kat dalam dewan masa berkonvo tu, kami borak-borak ngan parent lain dari cawangan Puchong, Damansara, pun majoriti puas hati, ada sorang brader ni ckp dia hantar anak dia tadika untuk 6 tahun je, 5 tahun anak dia tak tadika pun, tapi anak dia boleh catch up semua, dan boleh membaca lepas 5-6 bulan di hantar. Sama lah mcm Najmi, kami hantar awal tahun ni, dia belum boleh membaca, belum kenal huruf sepenuhnya pun. Tapi masa bulan 4, dah notice dia dah boleh baca suku kata, dan baca perkataan mudah-mudah, dan masa bulan 6, dia dah boleh baca yang simple, and sekarang memang dah lancar lah.
Kira kami puas hati lah, sebab budak ni bukan jenis tekun membaca kat rumah, dia main je kalau kat rumah, homework dia pun dia buat kat tadika siap-siap petang tu sebelum balik rumah, sebab balik rumah mmg dia depan tv je. And so far, ada jugak member-member office ni yang hantar anak ke Tadika cawangan presint 11 bagitau bagus jugak program pendidikan dia...so kira kami buat right decision la.. Heheh ikut perancangan tahun depan nak tukar Najmi ke Smart Reader, tapi dah nampak kat sekolah ni pun dah ok, English pun ada, fardu ain pun ada, solat semua di ajar, so kira complete under one roof, so tak jadi tukar-tukar. Tunggu darjah satu nanti kita usha english program kat Smart Reader.
lagi gambar leh melawat ke FOTOPAGES
Tinggalkan je!
7 hours ago
0 Komen:
Post a Comment