Hari ni nak jadi Blog skema sikit hehehe
so can u imagine ada kawan-kawan baya aku tidak bertemu jodoh lagi, ada kawan masa sekolah dulu, ada kawan masa uitm dulu. Soal jodoh ni memang ada kala memberi tekanan. Bagi aku sendiri, suatu masa dulu, dengan bentuk fizikal yang umpama saiz peti ais dua pintu ni, aku selalu rasa aku takkan ada org nak couple-couple ngan aku. But aku still percaya, akan ada lelaki yang tak pandang sangat fizikal, means ada lelaki akan suka perempuan bukan kerana dia cantik, sedap mata memandang. Akan ada lelaki yang pandang perempuan dari hati, bukan hanya pandang dengan mata.
Memanglah yang cantik, lawa sedap mata memandang, tapi yang cantik tu belum tentu boleh jadi isteri dan menantu yang 'cantik' jugak. Yang cantik mungkin kekok masuk pasar membeli ikan, sayur pun tak berapa kenal, ikan tenggiri dengan ikan tongkol pun tak berapa kenal. Yang cantik tu mungkin terhegeh-hegeh nak menyiang ikan, jangankan menyiang ikan tilapia yang keras dan bersisik tebal, nak siang ikan ikan tamban yang senang pun jadi susah. Yang cantik tu belum tentu tau, apa dia perlu buat kalau nak masak asam pedas, nak masak kari ikan. Yang cantik tu mungkin pandai beli sos spagethi dlm tin, dan balik rebus spagethi, letak mushroom, letak daging cincang pun dah rasa dia tukang masak hebat.
Yang cantik mungkin tidak sebijak kita bila diajak berbual tentang pencerobohan Israel, tentang isu murtad yang menjadi-jadi, tidak juga mungkin kita ajak dia berbual tentang RMK9, malah yang cantik lawa mungkin tak tulis dan tak baca blog macam kita, jangankan buat blog, register email pun belum tentu. Tapi kalau pun dia memenuhi kriteria ini, mungkin dia kurang dari segi lain. Dan mungkin ada lelaki yang tak kisah semua ni janji aku dapat awek/bini lawa dan malatopssss.
Setiap lelaki ada citarasa sendiri ada yang nak perempuan yang boleh meredah lecah pasar, mencari ikan, yang tau mengisar berapa banyak cili, berapa banyak bawang, belacan untuk dia masak asam pedas atau masak sambal tumis. Ada yang suka memandang perempuan yang manja melayan budak-budak, ada yang suka memandang perempuan bijak, ada yang first choice perempuan tu mesti boleh 'masuk' dengan keluarga dia.
Jadi bagi kawan-kawan single lagi out there, jangan le rasa tertekan sebab belum bertemu jodoh dan rasa rendah diri. U should enjoy life, happy dengan apa kita ada, dan yang penting hargai diri kita sendiri, setiap orang sudah tertulis jodoh dia sejak dari rahim ibu kita kan, kalau dah tertulis dengan si polan-si polan, maka tiba masa si polan tu lah jadi teman sekatil kita.
Let me tell u the story... Dulu masa lps SPM, ramai kawan sekolah aku mudah dapat jodoh, kerja kilang setahun, kemudian terus dapat jodoh. Masa lps STP, ada kawan aku dapat masuk maktab, lps abeh jadi cikgu, terus kawin, aku rasa tersisih je, dah le aku masih kat universiti, pakwe pun tarak. Masuk universiti, masa sem satu, berebut senior-senior ngorat budak2 sem 1, nak buat awek, aku masih merapu dengan geng aku yang solo-solo. Sampai sorang-sorang dapat couple, aku maintain solo, tertekan jugalah kan, macam la kita tak laku sangat.
Until aku jumpa darling, yang mana darling jatuh hati (ewaaahhhh) dengan aku, orang putih kata love at the first sight.. Kami kenal tru chatting, berbulan chat, baru pertama kali nak jumpa, itu pun aku angkut 5 org kawan. Dalam 5 orang kawan tu aku sorang je XXL, dan kawan aku lain sumer comel. Tapi he choose me to be with him. That is jodoh kan?
Bila lepas tu kami keluar dating, dia buat penilaian sedikit demi sedikit terhadap aku, so by the end, dia cakap, apa dia cari ada pada aku, so dia cakap, "i want you to be mother to my future kids" hahahah amek ko...kelu lidah masa tu... nak nanges pun ada. Bila aku tanya kenapa aku? Banyak sebab dia nyatakan, yang tak perlu aku tulis kat sini supaya tidak dikatakan perasan macam cipan.
So that, kami kawin pada usia aku 25 tahun, dengan perbezaan umur 6 tahun. Not a big deal kan??? so what happen to my fren yang kawin lps SPM, lps STP tu, sorry to say, 8 dari 10 kawan baik aku yang kawin pada usia terlalu muda kita sudah memasuki perkahwinan kedua. Means, mereka gagal pada perkahwinan pertama, atas banyak faktor dan alasan, tentu menyedihkan, anak-anak jadi mangsa. Ada yang masih enjoy being single mother.
As we know being a single mother bukan mudah, semua orang berharap berkahwin dan berkasih dengan pasangan kita sampai mati, tapi tak semua orang bernasib baik. Tapi ada hikmah juga, being a single mother adakala membuatkan anak kita lebih menghargai kita lebih dari segalanya, dan a mother juga menghargai anak lebih dari segalanya. I know how MAK ANDEH and KAK SYA loves their kids very-very much.. and i respect them being such a very wonderful mother.
So hikmah kita lambat bertemu jodoh, mungkin kerana ia adalah selamanya untuk kita.
0 Komen:
Post a Comment