Melalui blog aku dapat ramaiiiii kawan, kalau tengok list YM aku, ada 150 lebih senarai kawan-kawan termasuk kawan-kawan masa UiTM dulu, tp seramai 140 kawan-kawan adalah dari kawan-kawan blog, kawan-kawan GENG JURNAL and semakin hari semakin ramai kawan. So kalau aku outstation ke mana pun ada jer geng yang sudi datang berkawan-kawan dan bawak berjalan-jalan. Hehehe and ramai 'partner in crime' aku selalu cakap, "seronok jadi pnut ramai kawan, pegi mana pun ader je orang dia nak contact," hehehehe ye lah kawan ramai tak pe, jangan musuh ramai ye tak??
Ramai yang masuk blog ni, tersesat mencari info sebab ada beberapa kali aku menulis pasal kelahiran pra matang Najmi, pasal demam panas, pasal buku. Aku ada terima email dari seorang suami yang isterinya sedang hamil dan dijangka akan melahirkan bayi pra-matang. Aku berkongsi kisah dah cerita mengenai keajaiban kelahiran Najmi, dan itu menjadi pendorong dan semangat untuk dia dan isteri, dan syukur, kini isteri dia selamat melahirkan baby boy pra-matang yang waktu lahir hanya 1.5kg, (lebih 300 gram dari Najmi hehehe) Dan isterinya jugak selepas melahirkan ada ber-sms dengan aku minta panduan macam mana nak keluarkan susu untuk anak tak cukup bulan yang tidak pandai menghisap lagi. Aku pun cubalah bagitau apa yang sudah aku lalui. Dan kini anak dia pun dah gebu...hehehehe
Pasal aku tulis pasal demam hari tu, ada juga ibu-ibu yang siap print bagi baby sitter baca, bagi maid baca, bagi suami/isteri baca, yang foward-foward ke email pun ramai, heheh akhirnya aku pun menerima email tulisan sendiri gak... oklah kita kongsi-kongsi, bak tagline Mawifc "SHARING IS CARING" And syukur jugak, tulisan tu banyak membantu ibu-ibu yang baru merasai pengalaman jadi ibu dan melalui saat-saat anak demam panas yang tinggi.
Aku sendiri pun banyak baca blog mak cik-mak cik blogger yang ada anak berderet dan camner diaorang tangani feel setiap sorang anak tu, saper kata dunia internet ni membuang nilai dan sifat kasih sayang manusia dan membuatkan kita tak bergaul. Lagi ramai kita dapat kawan, selain orang sekeliling kita.
Cerita Najmi pulak
Semalam masa amik dia dari sekolah, cikgu dia tanya, "Puan, nanti bulan puasa Najmi ni nak puasa ke tak perlu,"
Of course le aku nak, aku cakap "tak per, biar lah dia belajar puasa, sampai setakat mana dia mampu nak puasa, mungkin sampai tengahari kot,"
Cikgu dia pun ok, dan cakap "bukan apa, ada parent tak nak bagi anak dia puasa, ada parent yang memang nak anak dia dari umur 5 tahun mula puasa," aku cakap ngan darling, darling cakap, biarlah dia puasa..
Dan aku terangkan dekat Najmi, puasa tu apa, dan kenapa kita kena puasa, aku cakap, Najmi puasa je pagi, sampai pukul 11 or 12, kalau dahaga cakap kat cikgu. Tapi sebelum pukul 11 tu Najmi tak boleh makan dan minum. Dia angguk-angguk faham. Peh tu cakap, kalau orang cina puasa tak?
Aku cakap le, orang Islam je puasa, kalau kita puasa, nanti Allah sayang, Allah bagi kita sihat, bagi kita kuat, bagi kita pandai, kalau kita mintak doa nanti Allah bagi apa kita mintak doa. Dia diam dan cakap "Kita nak mintak doa kat Allah, bagi kita adik, bagi kita pandai, nanti kita boleh kerja askar," hahahahah nasib baik cakap nak jadi askar, dulu sekali dia cakap dia nak doa Allah bagi dia kuat nanti dia boleh jadi Power Rangers dan jadi Superman...
Semalam, dia ada homework, tapi masa balik rumah dia cakap dia dah buat homework kat sekolah, masa kawan-kawan dia baca Iqra' hehehe dia dah baca Iqra' depan sikit dari kawan dia, selalunya cikgu dia ajar dia dan sorang lagi budak pompuan dulu, kemudian, dia orang boleh pergi reading corner kat tadika tu, baca apa buku diaorang suka. Tapi kata dia, "kita tak read story book pun petang tadi, kita dengan Zarifah buat homework teacher kasi," then aku tanya dia, apsal buat homework kat sekolah, budak bertuah ni jawab "ye lah, nanti balik rumah dah tak der homework, kita boleh la tengok tv," hehehehe sabar je la budak ni.
Bak kata Mak Andeh MAK ANDEH "boy is always boy" hehehehe..
0 Komen:
Post a Comment