Selamat berpuasa buat semua yang beragama Islam, pada yang bukan beragama Islam, selamat menjamu selera dengan juadaha enak-enak di petang hari. Dulu masa aku kerja kat kolej yang majoriti member kerja bukan Islam dan student dia yang bukan Islam, aku tengok depa ni yang over excited time balik kerja, siap sembang pagi dok cerita semalam beli ayam percik la...beli nasi kerabu la..heheheh ramadhan di nikmati bersama..
And paling menyentuh hati, ada sorang kawan Cina aku ni cakap, dia suka tengok org Islam pada hari Jumaat tu lelaki solat Jumaat, sampai bentang tikar tepi-tepi jalan kat kawasan masjid pun solat tengah panas, tak mengeluh pun, dia cakap, kalau dia sure malas nak pergi. Dan dia cakap, masa solat malam lepas puasa tu, dia tengok lama solat pun ramai orang pegi. Katanya rumah dia betul-betul depan masjid. Bangga eh org bukan Islam puji agama kita?
Semalam hari pertama puasa, Si Najmi dah tahu baca niat puasa, teacher kat sekolah ajar, so dia pun niatlah nak puasa, and semalam bertahan sampai pukul 11, kemudian dia mula buat muka seposen, nak makan, nak minum, pujuk dia tahan sampai pukul 12, tak jalan dah. Mula cakap perut dia kosong, nanti tak der makanan dalam perut dia boleh mati... dia cakap "mama ni tak sayang anak ke? kalau kita mati kesian kat kita.." ehehehe auta betul..
SO pukul 11.15am, dia dah selamat memakan nasi belen2 sahur dan kuah kari sotong yang mama masak. Siap puji-puji.."ermmm sedapla mama ni masak, mama ni pandai la masak, sedap sangat, thank you mama," hehehe banyak le dia punya pujian, kemudian membodek mintak air laici pulak. Babah pagi tu pegi office, mama ni dok plan nak baut karipap, tengok dalam stok, kentang ada 4 biji je, mana la nak cukup nak buat karipap kentang 4 biji je, aku nak le buat karipap tu lebih sikit, then simpan dalam peti ais, petang-petang jsut goreng je. Stok kalau hujan tak dapat pegi beli kuih-kuih untuk berbuka.
Lambat pulak babah balik, tak sempat dah, lps babah balik mama dengan Azirah (anak buah darling yg dukkat hostel tu ada kat rumah) dengan Najmi pergi Alamanda. Aku beli stok kepak ayam (hero dua orang tu suka makan ayam goreng tepung part kepak je) beli dada ayam 3 ketul buat stok kot-kot nak masak, ayam goreng halia je, paprik je, tomyam ke) beli udang setengah kilo, beli sayur bayam, nak beli nugget, tapi tak der nugget favourite, iaitu nugget tempura Ramly. So sanggup aku tak beli nugget tempura yang lain, nak Ramly punya jugak.
And kat stall-stall kat luar Carefour tu ada satu gerain jual kurma dah buah-buah serta makanan kering ni, banyak pulak jenis kurmanya. Aku tak suka kurma jenis lembik tu. so beli satu jenis ni, nampak macam sedap, harganya, huh amik ko.. tengok dia tulis 100 gram = RM2.80, tinggal sikit je, so aku suruh budak tu abehkan. nampak sikit je, tp ko, harganya dah timbang RM9.80. ciput je. tapi memang sedap kurmanya, Najmi yang tak posa tu makan sampai 3-4 biji. Yang bestnya masa kami tengah beli kurma tu, ada satu family Chinese ni, diaorg pun beli kurma jugak, sampai berpaket-paket, beli kismis, siap makan kat situ lagi.
Then aku tegur, wah u pun pandai makan kurma... Amoi tu cakap, wahhh sedap oo banyak bagus makan ini buah, Ini bagus untuk brain (kismis) hehehe. Aku dulu tak suka makan kurma, pandai makan kurma sejak masuk uitm, dah setiap kali berbuka, tengok member2 makan kurma, so aku pun makan jugak, lama-lama aku pun suka makan kurma..
Balik dari Alamanda, lepas solat Asar, siap-siap hantar Azirah balik hostel, sebelum tu, singgah Pasar Ramadhan sebelum sekolah dia, beli kuih sikit, beli lauk dua jenis. balik rumah, aku just goreng ayam, goreng sayur bayam + ikan bilis. Lepas maghrib darling pegi masjid tinggal aku dengan hero kecik tu.
Ermm heheeh harap bulan puasa ni mala ibadat dapat meningkat sikit, juga, berat badan tu jangan le meningkat lagi, biar menyusut sikit la...hahahahahah
uwaaa rindunya kat rumah mak di bulan puasa ni, teringat nostalgia dengan mak, adik-adik, masa semua duduk serumah dulu, skrang semua dah ada family masing-masing, tinggal si bongsu je dengan mak sekarang, rindu gaduh-gaduh time berbuka, berebut ketul ais, berebut kuih...sampai mak merajuk. hehehehe, kalau dapat patah balik untuk sehari pun jadilah...kan..kan..kan....
0 Komen:
Post a Comment