Cerita Najmi,
Semalam amik dia dari sekolah, kata cikgu, dia dah bukak posa jam 4.30 ptg, dia mintak minum.
Aku tanya "Kenapa minum, kenapa Najmi tak cuba tahan sampai masa mama dan babah makan nanti?"
Jawab dia,"mama nak kita jadi dinosour? badan kita ni tak der air tau? Badan kita ni kalau tak der air nanti kita jadi dinosour?"
Huh, maleh layan mama ada misi khas semalam, so iya kan je la.. (misi khas tu baca kat bawah nanti..)
Sampai rumah dia cakap, "mama, Irfan kata, ayah dia boleh jadi robot,"
"Hah?? Robot, manusia mana boleh jadi robot," mama ngomel.
"Iyer, Irfan kata, kalau ada raksasa datang, nanti ayah dia boleh tukar jadi robot, lepas tu boleh fire raksasa,"
Pastu aku agak, mesti diaorang ni pakat temberang kat sekolah ni, aku tanya "babah pulak najmi citer jadi apa?"
"Kita cakap babah dulu kerja Power Ranger, warna blue, babah kuat, lawan raksasa,"
Hahhahah kan aku dah kata, cerita temberang budak-budak ni, lepas tu keluarlah cerita Ayah Aiman jadi askar, ayah orang tu..ayah orang ini...hahaha sweet momment, nanti dia dah besar aku nak bagitau dia cerita 'aneh' ni, harap aku tak lupa la..
Terawih, babah pegi masjid, mama baut kat rumah je la, hero tu tak der orang jaga.
So ni aktiviti dia semasa mama solat terawih
Cerita di Bazaar Ramadhan pulak.
Di pasar Ramadhan Putrajaya ni ada satu gerai Roti John yang memang top la, biasanya ko kena beratur panjang untuk dapatkan roti john yang memang sedap ni. Masa tahun pertama ada Pasar Ramadhan kat sini, gerai ni tak ramai sangat orang, or maybe masa tu gomen masih kerja sabtu, so bulan puasa masuk 7.30, boleh balik jam 4ptg. So 4ptg aku dah berebut beli roti john tu, hampir setiap hari dapat beli. Tahun lepas, orang dah mula tau kesedapan roti john ni, jadi kena beratur panjang, aku malas beratur sebab kena rush amik Najmi sebelum 5.30. Tapi tahun lepas, tengah kami jalan-jalan kat bazaar tu suatu hari minggu ternampak ENCIK YAABBNA YANG ENSEM tengah beratur ngan aweks dia, dah dekat nak sampai turn, aku cepat-cepat SMS mamt ensem tu, mintak belikan aku satu. So tahun lepas merasalah jugak. heheh kata dia dia beratur dekat dua jam..ayooo
Jadi semalam, aku keluar cepat2 dari office, pukul 4.30 dah beratur kat gerai tu, Q dah panjang, aku beratur jugak sebab teringin punya pasal, sejam beratur belum lagi sampai turn aku, poyo la, ada orang sekali beli sampai 10, patutnya Q tak bergerak-gerak, jam 5.30 aku tak leh tunggu dah sebab kena amik Najmi, so aku pegi depan, cakap kat budak tu boleh tak aku datang amik kemudian dlm pukul 6, aku kena amik anak, sorang tu tak nak, tp budak tukang buat tu, cakap, "tak pe akak pegi lah balik amik anak akak, nanti akak datang terus jumpa saya," tengkiu dik, patut murah rezeki ko..baik hati...
So aku balik amik Najmi dulu, kemudian datang semula terus pegi kat budak yang buat tu, tapi still kena tunggu jugak dalam 5 minit gitu, oklah kan.. budak yang jual tu siap cakap, "akak kalau akak tak sempat nak beratur, nak amik anak, akak call saya dulu lain kali, akak call saya dalam pukul 1 ke pukul 2, bgtau akak nak berapa, nanti saya buatkan untuk akak," ok dik, bereh, setelah sessi mengambil no telefon, so aku balik dengan 2 roti john yang panjang..hah ko, puas hati, alang-alang beratur sejam lebih takkan nak beli satu, so kami makan sampai kenyang roti john, sampai sahur pun aku panaskan dan makan lagi...memang sedapla.
sempat pulak masa beratur tu aku keluarkan kamera dan snap-snap gambar, bukan aku sorang, ramai lagi budak-budak lain amik gambar, aku rasa budak-budak MMU kot, sebab semua pakai DSLR camera, aku je pakai kamera kecik. Tengah beratur tu GENG POYO merangkap penasihat I.T aku menalifon, dan datang menjenguk aku di dalam 'barisan' hahah sempat pulak kami snapi-snapi..ahaks...
so korang tengok le betapa orang sanggup beratur demi roti john yang sedap ni...
Aku baru sampai, tengah beratur, belakang aku ada 3-4 org je..
selepas 10 minit, people behind me..
Bukan melayu je, this group of chinese, gilir-gilir beratur.
Psstt awek baju biru skirt hitam tu beratur sejam tau..
Ni lah rupa roti john yang sedap banget tu.
Cara dia buat roti joh tu berbeza, biasa orang jual dia canaikan telur kat kuali, kemudian tekupkan roti atas telur tu, kadang-kadang tak kena telur pun rotinya, peh tu kata je roti john ayam daging, tapi tak der jumpa ketulan daging or ayam..
but budak-budak ni buat, depa bukakkan roti yang siap dibelah tengah tu, kemudian tuang telur atas roti tu, so telur tu mendap ke dalam roti, dan terasa telurnya dan daging kisar dia memang berketul-ketul dan banyak, then dia ada rasa-rasa kari dan lada hitam??
BERANI??? CUBALAH!!! datang seawal jam 3.30 le kot, kalau tak nak beratur panjang...hehehehe, or nak lagi best, order 50 biji, then bukak meja sebelah dia, jual balik dgn harga RM4.00 satu, rasanya sanggup org beli dari beratur deakt dua jam..hahahaha..sape nak order ngan aku, aku bisnes, satu RM4...heheheheh
Friday, September 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment