Semalam semasa membelek Utusan Malaysia, aku baca seorang pendapat lelaki mengenai betapa beliau tidak bersetuju cuti bersalin 84 hari. BACA SINI Pada dasarnya hujah dan pendapat beliau betul juga. Namun kita kena mempertimbangkan beberapa situasi lain yang mana, cuti bersalin sehingga 90 hari amat bermakna. Aku pernah melahirkan bayi pertama tidak cukup bulan 1.2kg, dan aku menghabiskan masa 42 hari di wad untuk menjaga bayi yang sehingga saat dia discharge dari wad berat bayi aku baru 1.7kg.
Aku punya baki cuti bersalin 18 hari untuk membesarkan anak aku. Pengasuh pun tak mau amik menjaga kerana baby kecil sangat, tak sampai 2kg, dia pun takut nak pegang, kesannya, aku terpaksa tinggalkan bayi di kampung sebab perlu bekerja semula. Kesian bayi lahir tidak cukup bulan kena tinggal dan tidak dapat menyusu badan selama sebulan. Jadi aku pun rasa aku perlu kemukakan pendapat agar Kementerian berkenaan mengambil kira pengalaman aku dalam mengemukakan cadangan mereka, dan Jabatan berkenaan juga mengambil kira perkara ini dalam memberikan persetujuaan berkenaan hal ini. So aku pun menulis kepada pengarang berkenaan, dan hari ini pendapat aku keluar. (Ini kali ke-4 aku menulis dan di publish kali pertama pendapat tentang isu Bahasa Inggeris di kalangan pelajar IPTA, kali kedua, isu pencen abah tak selesai selepas 10 bulan bersara, isu ketiga-aduan maybank), dan ini kali ke empat SILA BACA DISINI
So What do you think? sila tinggalkan pendapat anda.
Cerita Najmi
Semalam bawa dia pegi berenang, heheheh aku masukkan baju swimming dia dalam beg kaler pink, beg kain feminin, dan sampai di sana aku suruh dia galas beg yg berisi tuala dan baju berenang dia. Hehehh budak ni tak nak, dia ckp, "mama ni beg color pink la, pink ni girl je bawak," amboiiiiiiiiiiiiii tipikal man betul anak aku...
Aku cakap "amboi..mengadanya, abih tu kalau color boy kaler ape?,"
"Kalau boy color merah, mcm Spiderman, blue macam Superman, atau color power rangers tu, ni color patung girl la mama," dia menjawab.
"Ye la..ye la...nanti kita tukar bawak beg lain, bawa je dulu beg tu," hehehe dia pun galas sambil rasa tak puas hati.
Bila lalu depan a few budak-budak pompuan, dia cakap kat aku, "tengok girl tengok kita bawa beg pink," hahahahahah terus aku teringat citer SUTUN kat TV1 dulu... budak bertuah ni, sabaq je la...
Heheheh nak jadikan cerita, dalam swimming pool tu dia sorang je boy..heheheh dan semua girl yang ada dlm pool tu pulak terrer berenang, si budak ni baru nak belajar...hahahah aku gelakkan dia..."tengok girl lagi terrer swim dari boy," hahahaah terus member rasa down, dan terus bad mood.... heheheheh siap nangis-nangis suruh aku ajar dia swim. Hehehehe ye la..ye la..minggu ni masuk kelas swimming...dah byk kali mama asyik tangguh je...
Lepas ni boleh le tunjuk eksen depan girl pulak...hehehehe... huh!! man is man...EGO!!
hahahahhaah
Tuesday, August 01, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment