Friday, August 04, 2006

Kernaku sayang kamu


heheh dah letak lagu kat blog...

Lagu Dgyta - Kernaku Sayang Kamu.

Aku suka sangat-sangat lagu ni...dan most of lagu-lagu mamat indon ni, memang best-best..sebab tu aku suka dengar hotfm heheh banyak lagu indon.

Cerita Najmi
Hari tu aku baru cakap-cakap nak hantar Najmi pegi kelas berenang. Hehehe kan hari isnin hari tu dia sebok suruh aku ajar dia berenang, macam la aku reti...then hari selasa, aku pegi alamanda, dan balikan dia google dan swimming cap tu, sebab dah call instructor ajar kelas swimming tu, diaorg bagitau suruh dtg minggu depan. Minggu ni diaorang bawak budak-budak anak didik diaorang pergi seremban, ada pertandingan berenang.

Semalam dia merengek nak pergi swimming pool lagi, aku malas sebenarnya. Masa dalam kereta dia siap mintak call kan babah nak tanya babah boleh tak dia pegi swimming. Babah lak ckp ok je. Aku pun bawak la..Boring tau, so aku layan baca surat khabar kat tepi pool tu. Dia siap pakai google baru beli tu. Siap selam-selam...and tiba-tiba aku nampak budak ni dah terapung. Mulanya aku ingat dia tongkat tangan kat lantai pool tu, rupanya dia tengah apungkan diri...

Hehehe bila tengok dia dah terapung, aku suruhlah dia kodekkan kaki, dan dayung tangan laju-laju.. "Eh..eh..eh.. dah boleh berenang rupanya budak ni," heheheh terus aku pulak over..ermmm rugilah terlupa nak record, kalau tak leh tunjuk kat darling skil dia first time boleh berenang...heheh jadilah walau sekadar 2-3 meter berkayuh...lagi sikit masa boleh la tu..

Budak lelaki kot, berani lebih, heheh dengan google baru tu, dia berani menyelam dan asyik menyelam, tu yg tak sedar tiba-tiba terapung... jenuhlah nanti mau tiap petang ajak pegi swimming pool..haru pulak..heheh tp ok gak, tepi pool tu ada gym, leh la mama exercise gitu..ahaks...jangan jeles nett..syida, nanti kurus gue...hehheehh makan hati la korang tengok akak tukar pakai baju saiz M...(matilah..berangan je aku...poyo betul)

Tadi lunch time, ada sessi mesyuarat dengan Mak Andeh, Auntie Yan, dan Kak Wyn, macam biasa mesti meriah dengan cerita-cerita sensasi serta gossip-gossip panas. Macam biasalah port Alamanda adalah dipilih. Sekarang kalau gi Alamanda aku gile betul makan kat Little Wok tu, sedap-sedap sumer makanan dia. mesti lama aku dok fikir nak makan apa kat situ, sebab menu dia sedap-sedap, tadi aku makan ginger chicken keow teow, sedap, dan sebelum ni Najmi makan nasi goreng cina, also sedap, Chilli Chicken sedap...wahh bak kata sumer sedap la...

Kar Parskon atas ada jual-jual handbag, kasut, wallet..uwaaaa nak duit...nak duit...nak shopping, tp ini bulan semput sgt. ADik pun dah msg mtk duit nak byr yuran sekolah, form 6 dia... duit..duit...di mana kau duit...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino