Thursday, July 27, 2006


Aku cuti hari Selasa dan Rabu, ibu mertuaku ada kat rumah, tp skrng sudah naik ke Bukit Antarabangsa, kat rumah adik ipar pulak. So semalam, aku jalan-jalan ke The Mines, memang tujuan nak beli kain untuk tempah baju kurung untuk raya, tapi tak der yang berkenan, dan harga lak mahal, baik beli kat Nagoya lagi murah. So masuk ke kedai ape tah..dulu world of cartoon punya kedai, skrang dah tukar kedai Authentic world ke.. ingat nak carilah baju raya dia, saja beli awal-awal simpan masa mega sales ni. Masuk je situ, nak mencarikan baju, tapi budak ni dah jumpa patung superman pulak, menangis-nangis nak patung superman tu, kecik je, dlm dua jengkal je tinggi patung tu, dan harganya RM69.90 sorry aku bukan jenis ibu yang sanggup beli mainan anak mahal-mahal. Baik aku simpan duit utk bayar insuran pendidikan dia tiap bulan.

Jadi aku pujuk dia tak nak beli, ok lepas. Kemudian nampak pulak spek mata hitam batman, memang cute-cute..heheheh harga RM19.90, oklah aku leh beli, tapi heheheh tak der size, mujur semua yg ada size 3, so aku ckp kat dia, "ini semua untuk 3 years old saja, tak der pun untuk 5 years old," heheh member pun sebok belek satu-satu and dia pun notice "alaaa semua untuk 3 years je.." selamat...

Kemudian round tengok-tengok baju dalam kedai tu..halamak...dah dia nampak motor dan kereta mainan pulak...dan merengek mintak dibelikan motor racing mainan tu..aku suruh dia beli yg harga RM13.90, cheh tak nak dia...so dia amik yang RM18.90, tak sabar-sabar nak bukak, aku cakap tak bayar lagi, dia mintak duit dan nak bayar. Ok, just nak develop confident skills dia, aku kasi RM20.00 suruh dia bayar, dan ckp kat dia nanti mesti dapat pulangan balik duit kertas warna blue satu, dan duit syiling tulis nombor 10.

Aku tengok dia dari jauh membayar kat kaunter, dia hulurkan motor tu dan kasi duit, dia tunggu budak cashier tu print resit dan pulangkan baki, then dia datang dan cakap "mama nak, ni duit kaler blue dan duit ten," heheheh lulus ujian... then paling sweet dia cakap "thank you mama, i love you," terus terasa nilai RM18.90 yang dikeluarkan tu tiada maknanya, ucapan tu lebih bermakna dan bernilai.

Dah dapat motor baru mood dia ok. So kami jalan2 pusing-pusing, belikan dia baju raya kat butik baju kanak-kanak..alamak lupa lak nama ape kedai tu House of Babes ke lupe la. tengah ada mega sales so dapatlah beli baju yang diskaun 50%, next month beli lagi sepasang, then bulan posa ni cari lagi sepasang dan kasut. Sekarang ni cepat betul dia membesar, baju raya last year tu sempit, dan seluar pun dah senteng. Heheh bulan depan babah punya turn pulak...hahahha ermm kita pegi beli kat Guees House ye...hehehe mama suke la baju-baju Guees kids tu..tapi mama tak mampu..hehehe... Aku ni kalau beli mainan anak yg mahal aku tak layan, sebab dia main kejap je, lepas tu masuk tong, tapi kalau baju macam mahal sikit tak pe aku suka sebab design dia mantap sikit, hehehe anak lelaki kan, susah tau nak cari baju utk anak lelaki, tipikal je, t-shirt, kemeja, jeans..tu je..

Macam dua tahun lepas kami beli baju BUM Kids, bajunya masih elok sampai hari ini, warna tak luntur pun kualiti kain masih elok, berbanding baju lain, mcm Poney, RedK, memang recommend beli baju-baju BUM, kualiti mmg bagus. tapi masalah susah nak dapat BUM Kids, yg dulu tu kami beli kat The Store Sungai Petani, kat Sogo tak sure la ada ke tak.. rasa macam pernah cari kat SOGO tapi tak der. Tak pe bulan depan balik Kedah, boleh cari.

Pasal Baju Superman, masa dalam Butik Poney, ada baju Superman, tapi untuk baby je, 1-3 tahun je, kesian dia, belek-belek nak juga cari size besar. ermmm Kak Azi pembaca blog aku ni cakap ada kat Petaling Street, macam nak pegi cari, and ada sorang pembaca blog ni sedang outstation ke utara Tanah Air, Langkawi, Perlis (padang besaq) Kedah (Bukit Kayu Hitam) dan dia dengan bermurah hati hendak belikan untuk Najmi baju Superman made in Thai...tima kasih la Hazwah... harap dapatlah dia terbang dengan Superman.

Bukan apa, nak juga hadiahkan baju Superman ni sebab teacher dia bagitau dia sudah baca buku Iqra 2, dan bacaan dia dah lancar. Macam biasa, geng 4 orang ni sekaligus baca buku 2 serentak, kawan-kawan mereka yang lain masih buku 1 lagi, so aku happy la dengan perkembangan tu, so nak juga bagi dia sesuatu as penghargaan untuk dia. At least dia rasa dihargai walau dengan baju superman siam..hehehe Dia pun lancar baca bacaan dalam solat, so ada lah 2,3 kali diaorg solat dan dia jadi imam kat sekolah, sebab sekolah dia ada untuk 5 years dan 6 years, so selalu budak 6 years jadi imam, budak 5 years ni sesekali je, tapi happy la juga aku bila sesekali time nak amik dia balik sekolah tu, kebetulan diaoarg tengah solat asar, dan nampak anak kita jadi imam...

Tapi budak tengah nakal biasalah, sesekali dia bagitau kena denda berdiri, sebab suka bercakap time teacher mengajar. Hehehe cikgu dia pun cakap, dia ni banyak cakap. Adoi.. ikut babah dia le tu..kan..kan...kan...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino