Friday, July 21, 2006


Aksi orang kemaruk durian..

AKSI 1
LOKASI : PASAR MALAM BANDAR BARU BANGI
MODEL : CIK D, ENCIK I, DAN NAJMI
TUKANG AMIK GAMBAR : CIK NETT

Photobucket - Video and Image Hosting

AKSI 2:
LOKASI : PNUT INN
MODEL: RAMAI OOO
Photobucket - Video and Image Hosting

untuk aksi lebih mencabar sila ke FOTOPAGES kemeriah pulun deroyan di Pnut Inn

==================================

And this is sad...really sad

Photobucket - Video and Image Hosting

Lahanat betul Israel... kejam....
kesian manusia tidak berdosa...
cannot imagine if this happen to my family, aku lebih rela insan tu mati dari hidup terseksa begitu.

Dalam dunia moden gini pun ada manusia tolol berperang guna senjata, guna bom.. BODOH!!!

Aku pernah suatu masa dulu chat dengan seorang saudara dari Palestin, this guy cerita dia kehilangan 3 anak lelaki dibunuh tentera Israel, isteri dia dirogol depan dia, dan anak perempuan dia masa tu berusia 5 tahun pun hampir di rogol.

Dia trauma, anak dia trauma, kesian, aku simpati.

Cerita Najmi

Punya anak lelaki nakal, dan lasak serta tidak suka dipaksa membaca buku, menulis..aku kena kreatif, skrng aku boleh suruh dia mengeja, dan membaca supaya lebih lancar dengan pc. AKu bukak Microsoft Word, aku aku suruh dia eja melalui keyboard dan taip apa dia nak pilih font color dia suka...

aku bagitau perkataan dan dia taip, lambat la, tapi still good, dia boleh buat ayat-ayat seperti, "Mama saya kerja di putrajaya", "babah saya pergi kerja naik motor", "saya ada kereta wira" cuma aku letih nak tunggu dia cari satu-satu huruf kat keyboard, but still dia boleh jumpa tapi jenuh mencari la..hehehe

kaedah kedua, aku taip dan dia baca. So i have to admit that ni zaman moden la..bukan zaman aku dulu, pegang buku, pegang pensil, Najmi is tipikal budak lelaki la... dia pegang buku dan pensil just untuk buat homework itu pun terjerit-jerit aku macam tarzan. Kalau buat pun, cepat-cepat tulis nak cepat habis. Tapi kalau depan pc, dia boleh lama-lama membaca, dan menaip perkataan untuk mengeja.

heheh tapi aku lak boring tunggu dia mengeja depan pc, nak taip satu perkataan pun melilau tangan dan mata dia cari huruf...heheheh, pastu dia tak tau beza huruf i dengan l kat keyboard,

Ermmm dia mintak belikan baju Superman, susah pulak nak jumpa baju Superman pasar Malam, yang original tu mahal ooo, hari Sabtu lalu Mat Jan datang rumah pakai baju Superman, dia jerit.."mama, abang Mat Jan datang rumah pakai baju Superman, abang mat jan pakai baju superman," aduh..teruja sungguh anak aku. Hari tu jumpa baju superman siap ada alas terbang kat belakang tu, tapi budak kecik punya... untuk 1-2 tahun, kecewa member...heheheh

tunggu balik kedah le, cari kat kedai siam..mesti ada punya..heheh

Oh Ya, channel 60,61 dan 62 sudah lock, kesian jugak dia tak dpt tengok favourite kartun dia, tapi tak per la, sebab dia ni kalau dah start tengok kartun tak leh henti, sampaikan orang lain tak leh tengok citer lain. So aku akan on kan kartun tu bila perlu..hehehe dan bila babah dia tak der..sebab selalu dua beranak ni la suka berebut 'hak siaran' hehehe, kalau aku ok je, kalau tak der citer best channel lain, aku kasi je dia tgk kartun, aku pun boleh buat kerja lain.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino