Penyakit Malas update dah muncul..hehehehe kesian korang keluar masuk, citer basi yg sama, dah nak berkulat pun ade...
hehheeh nak ucapkan Selamat Membaca pada Kak Nab, akak opis lame aku dulu...heheheh kak Nab call aku, bagitau dia baca blog aku..bila aku tanya mane kak Nab tau blog saya, Kak Nab kata adala.... jawapan standard bagi rakyat Malaysia adalah... Wah...wahh banyak penapis aku kena guna nak tulis entry, kang terlanjur bicara pulak.hehhehe but as u know me...Pnut suke tulis apa dia rasa nak tulis...Pnut kan poyo!!
Nak jawab soalan Juita kat comment box.
Pnut, Najmi tak mintak 'adik' ke?
juita 06.12.06 - 2:17 am #
tu soalan Juita...
heheheh Sejak Najmi tahu erti 'adik' masa usia lebih kurang 3 tahun setengah, dia sudah ajak kami pergi TESCO untuk membeli adik, dan dia siap bagitau dia nak adik girl nama Tasya. Jangan tanya aku di mana dia dapat nama Tasya. Dan bila kami melawat orang bersalin, dan ada baby nanti dia mesti tanya itu baby girl ke boy? kalau ckp baby girl, dia tanya nama sapa? kalau nama lain dia kata bukan adik dia..adik dia nama Tasya. Kalau baby tu nama Tasya, dia nak amik.
Hehehe pernah sekali kami melawat orang bersalin, kawan aku tu usik dia "najmi nak adik tu amik la," dia cakap, "tak nak, adik kite nama Tasya, ni bukan Tasya," hehehe
Sebelum ni pun aku pernah tulis, pasal kisah ini tp aku malas selongkar entry lama, so aku recyle balik cerita ni dengan cara recyle orang rajin, iaitu menaip semula.
Di sekolah lama dia, ada sorang cikgu taska dia baru kawin masa tu, then org tu pregnant, bila dah bersalin cikgunya bawa baby ke taska,
dia tanya cikgu dia "cikgu mana cikgu dapat baby ni ?" kata cikgu dia
"ni lah baby yang kat dalam perut cikgu hari tu, dia dah keluar,"
"kita pun nak baby jugaklah," kata si becok ni. dan cikgu dia jawab
"Nanti dah besar Najmi kawin, bolehlah dapat baby,"
Balik rumah, dia cakap "Mama dan babah pergilah kawin, kalau mama dan babah kawin nanti boleh dapat baby," heheheheh tergelak aku ngan darling....then aku tunjukkan gambar kawin kami, dan dia jerit dan merajuk...
"mama dan babah pergi kawin tak bawak kite" huhuhu..babah ckp,
"kalau kamu dah ada masa tu idak le mama dan babah bersanding, dah kena kapak masa tu ngan tok kamu," hehhehehe
and this is lawak yang kena ambil perhatian...
Kami pernah bergurau dengan tetamu datang ke rumah, bila di usik Najmi nak adik, kami gurau dan cakap, "camne nak buat adik, Najmi ni asyik tido lambat, tak larat tunggu dia tidur," hehehehe
Suatu hari aku pening kepala, dan aku tidur awal..
esoknya babah ckp Najmi cakap semalam masa aku dah tidur tu
"Babah, mama dah tidur, jom la kita buat adik," huhhhh terkejut babah dia time tu... adeh memang betul la...masa ktia bercakap main-main gitu...dia pun dgr2 gitu, sambil-sambil main rupanya dia simpan, dan kemudian keluarkan. So anda semua hati-hati gurauan anda depan anak-anak...meraka umpama telinga perisik, dengar dengan tajam..
Heheheh ok tuan-tuan dan puan-puan..kreatif tak saya, dari soalan juita yang sebaris, saya mampu meraban jawapan berbaris-baris....heheheh lihatlah betapa hebatnya saya.... orang lain tak aci tiru...
AF 4
Darling meluat sungguh dengan Salima. Aku makin suka karektor Faizal, dulu suka Karen tp dia dah out. Farhan harap dpt kekal sampai final.
Najmi makan nasi, aku masak paprik dan campur carrot, kacang buncis, dan putik jagung tu, tengah makan dia ckp, "mama kita nak Karen," huiks..aku tanya "apa ni?" dia jawab ni le karen, sambil tunjuk carrot... budak bertuah...peh tu dia tunjuk ni diddy (udang), ni lotter (ayam) ni velvet (dia tunjuk putik jagung) Ishhhh haru budak bertuah ni...
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
1. YADZIZ & AZILA
2. PURBE DAN FARIHAH
3. SAYANGMAMA DAN ISTERI SAYANG MAMA...(HEHEH TAK IGT NAMA)
SELAMAT PENGANTIN LAMA BUAT RUDY DAN INSYIRAH DAN AKU JUGA...
TAHUN DEPAN KITA SAMBUT BERAMAI-RAMAI...SAMBIL MERAIKAN BESDAY AKU 4/6 HEHHEEH
Tuesday, June 13, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment