Tuesday, June 06, 2006

Cerita budak najmi


Ini cerita Najmi

Masa balik kampung hari tu, masa kenduri cousin dia tu, Najmi jumpa dengan the others sepupu-sepupu dia. Sepupu yang dah besar bujang teruna ada group lain, ini sepupu group kecik-kecik..yang umur 7 tahun - 4 tahun. Lepas habis kenduri Hari Ahad tu kami pergi jalan-jalan ke Zoo Taiping, sukanya alahai budak bertiga ni Najmi, Aqilah dan Ammar (dua beradik ni anak kepada adik darling yang tinggal ka Bukit Antarabangsa tu) masuk je dalam Zoo mulalah budak bertiga ni berlari..kejar-kejar, dan nampak harimau diaorg jerit..tiger....tiger...peh tu jerit lagi..elephant...lion...dan segala macam binatang.

Masa mereka happy-happy tu si Najmi jerit panggil Ammar "Amarika.. Amarika"(Amerika) aku pun heran, pe hal lak budak ni dok jerit Amerika..amerika... peh tu aku tanya... "nape Najmi dok jerit Amerika" dan budak bertuah ni jawab... " ye lah nama dia Ammar, boleh la panggil Amarika..." bertuah sunguh budak ni...

Lepas tu balik rumah, diaorg 3 beradik main game kat henpon Aizat, (the other cousin depa yang umur 20 tahun dah) ntah hape game tah..yang aku tau, game macam lumba kereta ke hapa tah. dan salah satu route dlm game tu kena lalu kubur agaknya, sebab tiba-tiba budak bertuah ni bercakap "ehhh amar, kena bawak kete sampai lalu kat tempat yang ada batu yang orang selalu baca Yaaassssiinnn, Wal Qur a Nil Hakeem.." hahahaha berdekah-dekah Tok nya gelakkan budak ni, nak sebut kubur tak tau, dia bantai ckp batu kena baca yassin, aku pun tak tau mane dia dpt info 'batu baca yassin' agaknya dia tengok dalam drama-drama kot.

Baru-baru ni, masa birthday aku hari tu, darling bawa kami pergi makan kat F1 seperti yang dia janjikan, masa dalam kereta, darling bagaitau suruh mesej pengantin-pengantin baru Ajid + Azila, Purbe + Farihah, dan Sayangmama dan erkk saper yek nama wife dia... darling suruh wish Selamat Pengantin Baru, dan mintak maaf sebab tak dapat hadir meraikan pengantin. Sambil aku menaip tu panjang pulak darling dok pok pek..pok pek..pok pek (cthnya, hantarlah mesej, at least kita ingat, wish depa..bla..bla...sekurangnya depa tau kita ingat depa..bla..bla..bukan apa takut depa kecik ati..bla..bla.) pesan suruh tulis tu tulis ni...then aku cakap 'panjang pulak abang ni membebel nak suruh wish selamat pengantin baru pun," heheheh darling pun gelak..

Tiba-tiba Najmi menyampuk..."biarlah mama..orang tua macam tu le..." huhuhu...this is refer tu skrip bila kat kampung opah nya cakap banyak sikit dan bising-bising...dia komplen opahnya cakap banyak, and aku marah dan cakap, "biarlah Najmi opah dah tua..kesian dia," and sekali ni dia ckp macam tu kat babah dia... hahahha terus kami gelak-gelak dalam kereta.
Sampai kat Serdang, ada lagu Radja kat radio, aku nyanyi-nyanyi dalam keter, tiba-tiba budak bertuah ni cakap "hah nyanyi la mama, kalau rasa nak hujan lebat," hahahahaah ampeh punya anak....bertuah sungguh..aku tak tau mana dia boleh dpt skrip macam tu dan dimana dia dengar dan tepat sekali dia bagi sebiji...dusyummmmmmmmmm kat aku... lepas kenakan orang dia buat muka sardin je...muka tak bersalah je...

Balik dari makan, dekat nak sampai rumah dia cakap "mama, esok kite nak pergi swimming pool tau, janji yek," (sebab patut bawa hari ni tp aku malas, sure orang ramai) then aku pun cakap "ye la...ye la...tapi tak boleh lama, sebab mama kena balik awal nak masak pulak," sekali lagi budak becok ni cakap "masak-masak..masak...mama ni nak jadi macam Chef Wan ke, asyik masak je, "

hahahaha Ya Allah..mana pulak budak ni kenal Chef Wan...tiba-tiba dia sebut pasal Chef Wan, so again aku setuju teori doktor, budak-budak simpan semua dlm otak dia apa yang dia terima masa kecil, dan dia keluarkan bila tiba masanya. Agaknya suatu masa dulu dia pernah tengok rancangan masak Chef Wan kot, dan dia tahu Chef Wan tu kerjanya masak... ermmm macam-macam hal budak ni sorang.

Ermm harap dia punya ingatan yang baik untuk pelajarannya nanti. Aku suka konsep sekolah tadika dia..tadika Islam yang guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar, so budak-budak boleh belajar agama serta Bahasa Inggeris sekaligus. dan dia pun boleh la communicate simple-simple English dan boleh faham apa kita cakap sikit-sikit.

Najmi pun boleh baca Iqra sekarang, kenal hampir semua huruf dan program yang kami ambik untuk dia merangkumi, pagi kelas tadika seperti biasa, dan petang pukul 3.00-5.00 ada kelas Iqra dan Fardu Ain lengkap belajar semua di satu tempat. Ermm tadika sekarang, canggih you...bukan macam kita dulu tadika KEMAS , pagi-pagi makan roti, biskut, cicah air teh, milo menyanyi, menari.. aku tengok howework tadika Najmi pun macam "huishhh biar betul ni budak ni nak buat macam ni," aku pulak tak confident, tapi mengikut cikgunya memang itu sukatan pelajarannya macam tu.
Ermm anak oi, mama dulu tadika KEMAS tu je la..cikgu pun separa pencen jer, dia le ajar math, dia le ajar sains, dia le ajar lukisan, semua dia ajar..dia jugak tukang bancuh air kadang-kadang. heheh budak tadika sekarang, tengok iklan kerja cikgu tadika kat sekolah Najmi huish...kena ada degree gak..cikgu ajar maths, sains, lain, cikgu ajar Bahasa Inggeris lain, cikgu BM dan agama lain pulak...
Dengan asas tadika KEMAS tu mama kenal A,B,C 1,2,3. menyanyi lagu Kalau rasa gembira tepuk tangan...kalau rasa gembira hentak kaki...dari tadika tu le akhirnya merasa jugak mama masuk universiti, kamu esok-esok anak oi, mestilah lebih dari mama dan babah ye anak....sebab kamu skrg dapat lebih dari apa yang mama dan babah pernah dapat dulu. Macam tu le kitaran hidup, dulu-dulu mak bapak risau fikirkan hal kita siang malam, la ni kita pulak asyik fikirkan hal anak kita pulak...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino