Minggu ni busy la...Banyak benda nak settlekan.
Adeh ada beberapa payment yang melibatkan para supplier dan vendor-vendor aku lambat...adehh tak tau nak cakap ape...kang ada pulak yang jumpa blog aku ni dok tengok aku bebel-bebel bab marah orang, itu kira masih mulia aku bebel, kalau lagi hina aku bebel tahap _______ isi tempat kosong okey?
Keji betul si Archmall telah mengutuk aku dengan lantang mengatakan blog ni sudah tumbuh semak samun dan lalang, hingga dia nak bukak tender bersihkan lalang...ampeh sungguh... Yo lah Archmal, akak ni tak feeling star macam orang giler tu kan??? yang update sehari 3-4 kali..ahaks...*lariiiiiiiiiiiiiii
Najmi
Di musim piala dunia ni, aku layan tv pukul 8.30-9.30 je tengok AF, peh tu org tu la kontrol tv. Nasib baik tak der game pukul 8.30-9.30 mlm hehehe. So malam aku depan pc je la.. satu malam Najmi naik atas, tempat pc, aku tanya, babah tengok citer apa..mana tau member layan movie ke..
Najmi cakap "babah tengok bola," aku cakap lagi.."ermm tak abih-abih bola,"
Peh tu budak bertuah ni cakap "ye lah babah tu boy, boy tengok bola la..kalau girl macam mama ye la...tengok AF je, tengok konsert la...tengok drama, boy kena tengok bola la," huh!! eksen...tipikal man...
Aku pun eksen gak..
"abih tu Najmi tengok jugak AF tu? Najmi nak jadi girl?" aku provok dia..
"kita budak kecik mama...budak kecik tak per, dia tengok bola pun bukan dia tau, tapi dia tengok Af kiter tau le, ada orang nyanyi-nyanyi...suka tengok diddy dan lotter," kata dia...
dan aku tergelak...haah yek..logik jugak... kalau tengok bola kena faham camne main bola, kalau tengok af, takat tengok orang nyanyi, hiburkan hari kita je...hahaha bijak..bijak...
opss sebelum lupa...nak tanya sape tau camne nak lock channel kat astro?
aku ingat nak lock channel 60,61,62 la... just off lock bila-bile sesuai je utk Najmi tengok kartun, kalau tak siang malam kartun. Kalau dibiarkan berjam-jam dia depan tv tengok kartun... dulu babah dia switch off yang petak hitam kecik utk kilat tu, so tak leh view la astro, tu pun dia layan vcd, otromen, power rangers, lama tu dia dah tau pulak nak switch on benda alah tu...
ok stop cerita Najmi.
Aku nak cerita pasal satu supplier yang berurusan dengan aku ni...ada sorang umat ni (pompuan) dari kompeni R (Mak Andeh u know this lady kan? nyampah sungguh kan?) jenis suka mendesak...jenis suka mengarah kita pulak buat itu..buat ini..jenis suruh orang beli dengan dia, jenis jual nama Dato' tu.. Dato' ni...Tan Sri tu...ini...adoi dah tahap maksima kesabaran dengan minah ni... aku rasa dikalangan librarian semua orang kenal dia kot...
Minggu dia lobi aku untuk buat satu benda..dah le last minute...then mengarah aku macam aku kuli dia, last-last kena sound jugak dengan aku cakap kat dia "please don't teach me how to do my job," then aku cakap dengan dia, i serik dengan you.. kemudian aku muncung-muncung muka dengan dia...tp umat sekor ni muka bebal... kerani-kerani aku semua meluat dengan dia..
dalam banyak-banyak supplier berurusan dengan aku, aku tertarik cara sorang mamta ni.(india) dia kerja dengan satu kompeni ni, cara dia humble dan simple. Kami langgan majalah dengan dia, dan beli buku jugak sikit-sikit dengan dia...
cara dia dia akan drop by sekejap jumpa aku sekali sekala, Just a drop by, sembang2 sikit...tak sampai 10 minit pun kadang-kadang, aku suka, jimat masa aku. dan cara dia very profesional.. aku rasa dia punya masa depan cerah dalam kerjaya dia ni...(hahahahahh poyo aku siap ramal kerjaya orang pulak..)
dah le...aku tak tau nak meraban apa...
nak suruh jawab teka teki boleh....?
soalan 1 kak Sya jgn jawab sebab kak sya dah tau jawapan..
1. "apa beza jatuh perigi dengan jatuh pokok kelapa?"
2. gajah lalu titi patah, kambing lalu apa yang patah pulak?"
3. Lampu apa yang kalau dipecahkan akan keluar orangnya?"
ada byk teka teki ni...cukup le 3 dulu sebagai intro..
sila jawab...
Thursday, June 22, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment