Cerita last week
Hari Rabu, Ucu (adik darling yang bongsu) stay kat umah, sebab dia ada kursus kat AG sini. Aku suka adik ipar aku yg ni, sebab dia rajin and aku kalau ada dia, rajin le aku masak benda renyah-renyah sebab ada assistant gitu. Khamis tu dpt sms dari Mat Jan, dia akan 'check in' kat Pnut Inn petang tu..hehehe sebab esoknya dia ada urusan rasmi negara..(heheh saja je nak bagi dia rasa hebat sikit..)
And hari Sabtu, disebabkan aku pemalas, so aku masak nasi ayam je, ringkas mudah dan cepat. Lepas abeh kami semua makan nasi ayam, so aku, darling, Ucu, dan Najmi pegi tengok Man Laksa kat The Mines. Ceritanya bagi aku okey saja, walau kami peminat Mamat Khalid, tp karya kali kureengg sikit. Pada aku taraf drama je kot. Mungkin sebab bosan gak, latar ceritanya pada malam tu jer, so dari mula sampai habis, di tapak temasya, pelakon pun pakai baju yg sama je. Tapi oklah gelak jugak la..
Bagi aku best lagi drama Mohd. Noor Khusairi, sekiranya difilemkan, atau Jam 2 petang tu difilemkan. Tapi enjoy jugak layan filem ni, cuma tidak seperti yang aku harapkan. Tu le org kata jgn letakkan harapan yang tinggi terhadap sesuatu benda, nanti kita kecewa. hehehe. Ok lepas ni tunggu filem Zombie kampung pisang pulak.
Ok, tamat cerita tu.
Nick Name
Terbaca blog Kak Sya, dia tulis pasal Nick Name. Aku memang dari dulu la, dari sekolah mmg dikenali dengan nama Pnut gak. kira dah macam nama betul gak le Pnut tu, bukan nama samaran lagi dah..hehehe. Cuma aku nak cerita nick kawan-kawan aku masa sekolah dulu. Biasala aku kan ke dari Girl School, so nakal-nakal sikitla. Ada sorang member aku nama Suraya, orangnya kecik dan rendah, kami panggil dia Chut, singkatan dari Temuchut org kedah kata (atau bahasa standard, kemuncup, kemuncup kan ke rendah je) mmg tak dak la dipanggil Suraya, mmg dikenali Chut je. Sorang lagi kawan aku nama dia Zarina, tp disebabkan ayah dia jual kuih Pau, kami panggil dia Pau..hehehe..mak aku jual karipap mas tu, nasib baik tak dipanggil PAP, hahaha
Yang paling best, kat dlm kelas aku ada dua org nama Nor Hayati. Sorang Nor Hayati Ahmad, sorang lagi Noor Hayati Mohd. Yusof. so kami panggil dengan nama bapak depa. iaitu Mad dan Usop. memang dari form 3 lagi sejak dua Yati duduk sekelas, kami panggil Usop ngan Mad je..hehehe..bayangkan sekolah pompuan ada orang panggil Usop..Mad, tengah padang masa main bola jaring ke..bola tampar ke..hoki ke...heran orang, mula-mula cikgu tak tau..lama-lama cikgu tau, dan cikgu pun panggil Mad dan Usop je..
Suatu hari aku and the geng pi pasar malam kat Pekan SP, sambil makan jalan-jalan dlm Pasar Malam ni, (lepas balik tuisyen) kami nampak Yati Usop ni..jalan-jalan dengan bapak dia kat pasar malam, dek keran dah terbiasa dengan nama Usop, kami jerit.."wei Usop...Usop...," tiba-tiba bapak dia berpaling...dan kami pulak gabra..."alamak...camne leh lupa nama dia Yati," tapi kami cover-cover...pusing arah lain dan terus makan bihun sup...nak kena lempang kalau mengaku...hehehe...lepas Pak Usop sebenarnya dah jauh, kami pakt gelak..sakit perut dok gelak.
Esoknya kami cerita, dan si 'Usop' ni ckp, "aku tau hang pa panggil aku, saja je aku buat derk..padan muka hang pa," cisss...sungguh durjana.
Ni biskut sempena nama aku...aku amik pic ni mase tgh shopping ngan Auntie Yan kat Carefour. Biskut PNUT, jangan ingat Rosham Nor je layak jadi Julie's amik watak Castello jadi biksut, Pnut pun hebat gak..Auntie Yan saja beli sampai 4 hehehe
Ni anak teruna aku, masa kami mkn-mkn
Ni pun dia boring kat depan ofis babah
jejaka sudah berpunya(jejaka ke??)
jejaka ni dah berpunya gak ke?? ermm..ermmm ye ke..sape punye pakwe ni? sila angkat tangan
untuk photo lain-lain.... sila ke link fotopages aku kat tepi tu...
Thursday, May 04, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment