Sunday, May 21, 2006

HAPPY BIRTHDAY P-NUT ONLINE


YEA...HAPPY BIRTHDAY PNUT ONLINE - 21 MAY 2001- 21 MAY 2006

Hari ini genap 5 tahun aku menulis blog.

Blog ni seusia Najmi, aku kenal dunia blog or di panggil jurnal dulu-dulu masa aku pregnantkan Najmi, aku tengah boring kat opis dan surf kat yahoo, pasal apa aku tak pasti tapi ada kena mengena dengan budak uitm kot, dan aku terbawa ke blog Mat Jan. aku start ikut blog dia, aku start jadi fanatik dia...(huhuhu perasannya dia nanti..) aku baca dan aku komen, masa tu belum ada haloscan belum ada blogspot, yang top masa tu livejournal, diaryland dan jenis-jenis cjb.net, dan tripod.

Dari situ aku mula berkenal-kenal dengan beberapa blog lain yang kini sudah pupus. Blog Aquil(jernel cap semut), Ijah (Perjuangan Belum Selesai), Napang (kat jepun masa tu) Inspirasi Teja (Masih wujud-tukar nama Kopi Suam), dan ada yg masih aktif seperti Mie, Sera, Cik Daun, Sera, Fajar, Ajid, Rosh, Nettbiru, Kapal Selam dan ramai lagi kalau nak sebut berjela sangat. Tapi sejak 5 tahun aku menulis blog banyak benda berlaku, kenal Cik Daun dari zaman dia belajar kat Negara yang jajah kita dulu,dan daun kekal menjadi one of the the adik poyo aku, paling best sampai hari ini

Napang belajar kat Jepun, kerja hantar surat khabar sambil belajar, bercinta ngan dot-dot-dot dan kini bahagia dengan dot-dot lain pulak.(Blog Napang masuk Majalah Jelita-ruangan Cyber, dan perkataan paling pemes geng blogger masa tu Kejelitaan adalah hak milik setiap insan hehehe...) Rudi pun masih kat Jepun masa tu, bertarung dengan penyakit misteri dia, kini Rudi dah balik, dah cinta, dah tunang dah kahwin ada anak pun. Fajar pun dah kawin, dah ada anak juga, Mie pun dah kawin, Insya-Allah tak lama lagi ada anak (aminnn)

Najmi masa tu baru lepas pantang, masih dalam kereta sorong masa gathering tak rasmi jumpa kaum kerabat kat KLCC, makan kat food court atas tu. Oh sungguh indah pertemuan pertama kita..Kira kalau dikira dari umur bayi, blog ni mmg baya Najmi, usia 5 tahun kira dah pandai demand la...dah pandai nak beli vcd kartun, nak beli kasut sport, nak beli seluar jeans.

Blog aku ini dicipta oleh Mat Jan jugak, dan dia kekal menjadi webmaster aku hingga kini, dan ada beberapa lagi sub-contractor yang lain seperti Ajid. heheheh kalaua aku pandai-pandai nak berlagak terrer ubah-ubah template blog ni..peh tu bila template lari..aku gelabah...dan sebok-sebok call dua umat ni mintak betulkan balik hehehe..

Jadi sempena ulang tahun blog ini ke 5, harapan aku semoga persahabatan yang terjalin melalui keyboard ini, akan terus kekal dan panjang sampai bila-bila...buat semua rakan blogger, kalian sebahagian dari hidup aku...hehe ayat power seh!


(sebetulnya aku mengantuk, tak larat nak update, penat..mata dah ingat bantal..hehehe jadi ayat tah hapa je..heheh)

update 22/5/2006 - 8.40am - ni banner baru ajid buat...aku sudah pilih template romantik cantik percuma, tapi tak mesra alam, jadi Mat Jan sudah buat, dan kemudian tukar balik sebab tak mesra pengguna gitu..jadi tukar wajah je la..frame-frame semua mcm biasa, mudah digunakan...



0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino