Fenomena seni?
Sape tengok rancangan ampeh tahap gaban tu? Last week isu Mawi, ngok ngek punya penerbit..ko sebok nak debat dan ulas isu yang tak der kena mengena dengan rtm buat ape? Mawi tu dari program Astro, suke ati le nak kualiti ke apa...aku rasa elok je RTM ulas pasal Juara Bintang RTM, Juara Rentak Juara, Juara Hitx 1 jeng...jeng..jeng, kepala berjambul terbitan encik-encik dari RTM. Sebok ulas pasal juara realiti tv yang lain..kualiti ke tak kualiti budak Mawi tu dah kaya raya dah...(heheheh akak ni bab mawi memang emosi dik...hahahaa) tapi mujur last week aku tak tgk sebab dlm perjalanan balik ke Putrajaya dari kampung.
The week before tu debat isu P.Ramlee, Sudirman dan M.Nasir..siapa lebih hebat..tah hapa punya topik... ada orang komplen dalam surat khabar, katanya Rosyam Nor tak sesuai jadi pengacara, dia tak der research tak cukup ilmu nak mengacara rancangan forum or debat begitu. Penulis komplen di ruangan forum tu mempertikaikan beberapa fakta dan beberapa soalan bangang Rosyam Nor, ermm camner dia terpilih yek.. Aku ingat minggu ni tak der topik bangang tapi dah bincang bab Sepet dan Gubra pulak, dijemput pulak Cik Raja Azmi kita yang Maha Hebat membikin filem...ermm menarik dan hebat sangat le tu..buat rancangan tu makin bosan adalah...encik penerbit, kalau-kalau encik terbaca blog ini encik tolonglah buat sesuatu perubahan pada rancangan encik, sungguh loya petala langit tujuh lapis ye encik penerbit. Tolong ye encik penerbit.
Cerita Najmi
Anak aku adalah tipikal lelaki..dan tipikal budak lelaki..hehehe sebab aku berkata demikian, heheh kecik-kecik lagi ego bukan main..
meh aku story beberapa kejadian :-
*dia rasa Jimmy Shanley, trek celebriti tu hebat, dia nak beli sluar raya pesen londeh macam Jimmy, beli kasut sport macam Jimmy, dan mula bergaya seperti lelaki dewasa..
Ni picture dia berlagak dewasa..
*masa balik kampung baru ni, kebetulan cousin dia yg duduk kat Bukit Antarabangsa sini pun balik sekali, sorang cousin dia Aqilah, darjah 1 dan sorang lagi Ammar, umur 4 tahun, diaorg jadi geng-geng, peh tu dia dengan berlagak ckp dengan Ammar, "kita boy kan? Boy tak leh tengok kartun girl..(in this case he refer to Aqilah yg gilakan barbie) kita tgk Power Rangers, Otromen Cosmos, Otromen Dyna kan..? kalau girl suke flower..boy suka power rangers kan..Ammar kan?"
*Masa main game kat pc kat rumah, main game for Kids, kapal terbang tembak-tembak selamatkan monkey, dia dengan eksen ckp kat aku.."mama girl, mama tak payah main, mama pergi tengok tv, biar kite main..kita boy," Huh!!! eksennya...peh tu kalau aku main game chicken little, yang susun memori kad tu, dia kata boring, tu game utk girl.
*Masa balik kg, Maksu merajuk sebab dia habiskan nasi goreng yang Maksu nak makan, Maktok kata pergi la pujuk Maksu, dengan eksen dia ckp "biarlah dia, sape suruh dia merajuk," hahahah
*Dua tiga hari ni dia sebut, "kita ni rindu dengan abg Nuar la (Neslo) kenapa dah lama dia tak datang rumah kite, dia tu tak tau ke kite rindu dia," haha aku ckp le, abih tu Kakak Salina, Cik Daun, akak Ika pun lama Najmi tak jumpa tak rindu ke? dia jawab "dah hari tu Cik Daun datang, tapi kakak Salina dengan Kakak Ika, diaorg girl, kita rindu boy saja, mana boleh rindu kan girl," hahahahah
*Homework dan belajar-alahai anak mama dan babah, balik sekolah jer dan tekan channel 60,61 or 62, kalau tak itu, dia bukak vcd Otromen, Power Rangers, atau apa sajalah, selalu time balik sekolah dlm masa 5.30-7.00 tu aku biarje, sbb dia leka layan benda tu aku aman sikit nak masak, mandi dan solat. Bila malam liat nak disuruh buat homework, kalau hari cuti dari pagi hingga ke petang kalau nak suruh dia siapkan homework yang sehelai muka surat sahaja. Adik Ipar aku..ibu Aqilah dan Ammar tadi tu..(adik ipar, pangkat jer, tp dia tua dari aku..hehe) ckp budak lelaki memang begitu, Ammar pun sama, malas buat homework dan malas belajar, tapi diaorg boleh buat.aku kira nanti kalau dia masuk universiti, dan ade gf, malangle budak pompuan tu, kalau satu course mesti kena buat assignment pakwe dia...(hahah nani, hang baca blog aku kan?? bile sebut bab ni aku ingat hang la tukang buat assignment An kan?? mujuq la An tu akhirnya jadi laki hang juga, hahahah jgn mare ye Nani..rindu kat hang..)
Aku malas paksa-paksa dia, ye la dia sudah belajar dari usia 3 tahun kat taska dulu, dah kenal huruf, dah kenal angka, aku kira dia bosan bila 5 tahun dia buat benda yang sama, jadi aku biarkan saja. tapi suatu hari aku cakap dengan cikgu dia, feel dia begitu, cikgu dia kata kat sekolah pun sama, dia suka main, tapi dia pandai. Cepat belajar, bila dia cepat menangkap apa cikgu ajar, dia bosan bila cikgu ulang-ulang ajar utk budak lain.
Cikgu dia kata ada 4 org budak dalam kelas 5 tahun yang advance sikit, kebetulan 4 mereka stay sampai petang, (means bukan dtg sekerat hari utk tadika je) and this cikgu very creative, dia kata, kalau dlm kelas 5 tahun diaorg main-main jer sbb bagi depa kacang je counting 1,2,3 -20 ke...dan baca A,B,C so cikgu dia leave it diaorg main, dan bagi diaorg baca-baca buku utk mengeja kaedah fonik tu...cikgu dia kata impress budak berempat ni sudah habis membaca buku tahap 1, dan kini diaorg sudah baca buku tahap 2, sedangkan budak lain masih membaca buku 1.
Dan mereka ni stay sampai petang, so bila petang cikgu dia akan mengajar 4-5 org yg stay sampai petang ni belajar guna kaset, guna kaedah, play, listen, read dan speak. Nampak ok so far. Dan last week Jumaat, cikgu dia bagi buku Tahap 2 untuk dia baca, cikgu kata next week nak start ajar diaorg berempat buku 2 ni..dan semalam dua hero aku bertekak dan berperang membaca buku, hahaha aku kat dapur pening kepala. But after the session, aku tanya babah slow-slow, "dia boleh baca dah ke," babah cakap, "dah, dia baca sampai habis satu buku," hahhaha pulak, sebab mula tu aku suruh dia baca dua tiga muka surat pertama je, sebab cikgu akan start ajar minggu ni, sure cikgu ajar ada dua tiga mukas saurt pertama je, tapi dia boleh pulak nak habiskan satu buku tu..adehh sure minggu ni dia main lagi, sebab dah abeh baca buku tu.
Dan semalam kitaorg ikut babah pergi ofis kat Shah ALam, masa kat federal Highway, lalu depan Menara Telekom tu, si Najmi cakap, "eh office telekom ni bukak lampu," aku terkejut dan tanya "mana Najmi tau ni telekom,?" dia jawab "tu ada tulis T.M, telekom la..hari tu babah cakap kat kite," aku tanya dia bila dia jawab "dulu..masa kite kecik sikit," dan aku terfikri teori doktor, 'budak-budak dia simpan semua dalam otak dia, bila tiba suatu masa dia akan keluarkan apa yang kita bagi yang dia telah simpan dalam otak dia," dan semalam aku percaya teori doktor tu.. Eermmm harap-harap dia membesar jadi anak yang baik dan taat agama..aminnn
Monday, April 24, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment