Saturday, February 18, 2006

Sudu bukannya kena masak..


Ermm..sejak awal tahun ni, darling asyik kena kerja during weekend, sabtu dan ahad..kami bosan giler berdua kat umah...(ermm mujur ada encik streamyx..) tetapi encik streamyx kat atas, encik Najmi nak tengok kartun or cd otromen kat bawah, so dia paksa-paksa mama tgk cd kat bawah...dapat bertenet sekejap je...kemudian terpaksalah le aku layan otromen darina kat bawah...huhuhuhu..

So bila darling kena kerja, aku tak masak utk mkn tengahari, kami tapau je, dan pada hari sabtu tu, kami bercadang petang tu nak pegi pasar malam bangi. Tapi menjelang petang dah hujan lebat sangat, so aku just goreng nugget, dan buat goreng pisang je.

Malam tu kami pergi makan kat Serdang, Najmi dah lapar gile..makanan lak lambat sampai..dia merungut, kenapa lambat, aku jawab "lambatle dia kena masak dulu nasi goreng tu, kalau dah siap masak dia hantar le," ok..dia diam kejap...

15 minit berlalu, makanan pun sampai, Koew teow Kung fu untuk mama, nasi goreng cina untuk Najmi, ermm awek jelita menghantar makanan lupa hendak bawa sudu untuk murai kecik ni...awek jelita cakap "alamak, akak lupa nak bawakan sudu untuk adik ni, kejap ye," ok..kami tunggu...2-3 minit..sudunya belum sampai...dan anakku yang murai ni cakap

"kenapa lambat sangat ambil sudu mama, sudu tu bukannya kena masak pun..awat lambat,kalau kena masak ye la tak pe lambat" hahahahahahah...kami berdua laki bini gelak-gelak dengan lawak jujur itu...dan budak-budak upm yg sedang makan meja sebelah pun gelak-gelak...ermm anakku ini memang pandai mengarut...

sehari sebelum tu dia minta nak makan nasi goreng cina...aku keluar belikan, berkali-kali dia pesan, "kita nak nasi goreng cina tau...bukan nasi goreng melayu atau nasi goreng india, nak nasi goreng cina jugak.." bibik sebelah rumah aku gelak-gelak dan cakap..."anak kakak ni lawak la..selalu dengar dia bercakap yang lucu," hahahahaha...ampes la Najmi ni...

Hari Ahad, aku dan Najmi ikut darling pergi kerja, dari office dia kat Jln Raja Chulan - pergi office kat Shah Alam, patah balik ke KL, sepanjang jalan dari Shah Alam ke KL semula, mulut dia tak henti-henti bercerita mengenai otromen darina...aku diam je..pura-pura tidur..so babah yg tengah drive melayan, dan aku tahan gelak dalam hati dengar perbualan dua orang lelaki ini...

Masa lalu depan UM, "Babah, kat sinilah otromen Darina lawan dengan raksasa, dia lawan dushh...dushh..."

Babah "ye ke, raksasa tu kaler ape,"

Najmi "ade kaler biru, ada kaler hijau, otromen lawan dia kuat..bla..bla..,"

Babah "oooo, kalau dia lawan keluar lampu tak,"

"ada keluar lampu...peh tu kawan otromen naik kapal angkasa tembak raksasa,"

Babah, "Oooo...sape menang otromen ke raksasa, otromen kale ape bla..bla..bla..." dan Najmi pun bla..bla..bla... ermm bagi orang lain mungkin nampak biasa, tapi itulah kualiti time yang kami anak beranak spend dlm kereta sepanjang perjalanan itu, boring ikut dia kerja, tapi aku nak bersama bertiga...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino