Mula-mula AJID kemudian SALINA dan BEAN
Mereka pulang ke pangkuan keluarga...
Sal balik Ipoh, Bean balik Penang, Ajid dah selamat jadi Romeo kat opis baru.
Kami rapat...dan sudah tentu terasa...kehilangan itu, iyaa walau masih dalam Malaysia, masih boleh jumpa, tapi aku rasa kehilangan itu. Selalu kalau ada perhimpunan haram di rumah, malam final juara lagu, malam anugerah AIM, ABP, AF dan apa-apa yang menarik mereka antara ahli wajib akan hadir. Lepas ni sunyilah, dan kehilang sementara di amat dirasai, jauh disudut hati aku berdoa supaya mereka murah rezeki dan dapat kerja cepat-cepat kat sini, dan aku boleh mengada-ngada lagi dengan mereka.
DARLING pun cakap dia pun terasa nanti, geng-geng sehaluan sudah tidak ada disekitar kawasan. Dan ermmm dlm geng dia tu dia le paling tua...he..he..jadi dia lah tekong..ahaks...dan aku tidak boleh tipu dan selindung..sedih tau, masa Ajid tak ader, aku sebak je..then kini Sal dan Bean pulak. Aku ingat masa aku dalam kesusahan, Najmi kena demam campak, aku terpaksa pergi Pudu drive sendiri malam-malam nak amik mak dtg dari kampung, darling tak ada dia out station masa tu. Aku terdesak, mencarikan kawan untuk temankan aku ke Pudu, aku tak mau naik LRT sebab Najmi demam dan sakit, aku takut hujan, and the chicken pox getting worst. So aku tekad drive ke Pudu, tetapi aku perlukan seseorang utk tolong tengokkan Najmi, in case dia muntah ke, nak minum ke...atau meragam dalam kereta. Aku tak tau pada siapa aku nak mintak tolong, dan aku minta tolong Sal. Sal tanpa banyak alasan boleh aje.
Sal tolong tengokkan Najmi dalam kereta, tenggok Najmi masa aku bersolat, taking a good care of him..aku terharu, dan rasa mcm aku menyusahkan orang pulak, tp Sal macho je...Esoknya sekali Sal temankan aku pegi Pudu, hantar mak dan malam tu Sal temankan aku tidur di rumah. Esoknya aku, Sal dan Nida beronggeng ke Pasar Malam Jalan TAR, mas akat sana, cik Langsat pun ingin join, kami siap berhenti makan laksa kakak Rock (Aquil dan Mah bagi nama) dan kami jalan dan beronggeng sampai maghrib, singgah solat kat Masjid India. Then berjaya pujuk Nida sekali tido kat umah malam tu. Cik Langsat pun tido sekalik jugak..jadi malam tu kami bersembang-sembang..aku pun terasa macam anak dara jugak malam tu.he..he..
Dan byk le memori-memori yang tak tertulis...mesti rindu nanti..tak mau tulis lagi nanti sedey-sedey.
Anugerah Bintang Popular..
Bagai di ramal, Mawi menyapu kategori yg mmg FC dia targetkan, dan dia menang ketiga-tiganya... walau aku kurang fanatik dah skrng dengan mamat botak tu, tapi aku tetap minat dan menyokong Mawi..(jangan muntah hijau ye tuan-tuan dan puan-puan) dan aku tetap kagum dengan orang-orang Mawi FC, mereka buat apa mereka patut buat, dan sokongan mereka padu. Bukan perempuan sahaja minat giler ngan Mawi, malah lelaki pun ada fanatik Mawi..he..he..
Aku meluat tgk Fasha Sanda, sudahlah tersembul dua gunung daik bercabang tiga... siap ckaap dgn nada perli "tahniah ye mawi..." ampes je... dan boleh nampak muke tak suka mawi memang..terus aku hilang kagum ngan minah cun ni..
Semalam juga sessi menonton beramai-ramai memeriahkan majlis, Daun, Salina, SayangMama, Bean, Ajid dan tunang, Neslo, Rafthah or Ika dan pelanggan tetap Pnut Inn, Mat Jan, tambahan...ada org kata aku sabotaj dia...iye tuan-tuan dan puan-puan..encik Nazmi Bukunota dan isteri pun datang, aku masak mee yang dimodify daun menjadi mee masin, aku masak mee 3 setengah bungkus, dan mujur mee tu masin, dan tka habis..kalau tak sure tak cukup...he..he.. daun kata dia masak masin sebab dia nak kawin. Ada saksi, Salina dan Ika pun dengar.
Daun buatkan puding karemel yang tiba-tiba disukai oleh Cik abang darling aku....ermmm dulu aku buat, berhari-hari dalam peti ais, dia tak makan pun, tapi bila daun buat, dia pulun abeh..aku kira daun jampi dalam puding tu le... tak pe aku rela bermadu dgn daun... he..he... sebab aku tau daun takkan rela bermadu dengan aku...kan daun kan..kan...
Sekian entry untuk kali ini....
terima kasih dan datang lagi.... have a nice day... good luck in your future ..<--- kata-kata tulis dalam buku otograf masa sekolah dulu...
Monday, February 27, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment