Ermm refer kepada entry yg lepas, mengenai buah munggai dan buah kelo... orang utara kata buah munggai, org selatan/tengah kata buah kelo...aku pun baru tau..terima kasih kepada dunia internet tanpa sempadan, kita belajar perkara baru setiap hari.
Kuah rojak kiriman Pak Long selesai sudah sebotol, pada hari selasa malam yg silam, aku ajak AM , DAUN, SALINA, NESLO dan tetamu international kami RAFTHAH a.k.a IKA datang cicah-cicah buah pelam dan buah jambu pada malam itu, 3 bungkus keow teow aku goreng, dan kami makan-makan sambil melayan vcd Kiamat Dah Dekat, kali ni aku tgk dengan penuh kosentrasi...SWEAR!! makin suka aku ngan citer ni... SWEAR!! best gilos..gelak-gelak aku..
Lagu-lagu dalam citer mmg best..aku jatuh cinta..tapi apakan daya, mane la aku cari algu-lagu tu...tapi tak per aku akan dapatkan MP3 melalui chat room yahoo (jakarta) he..he..cara pantas mendapatkan lagu dizaman ini..aku akan dapatkan sumber-sumber kenalan dahulu, kemudian baru aku minta mp3 he..he..
ke sesape ade lagu-lagu dari citer tu meh pass sini... Budak-budak GEJU ni pemebekal stok lagu-lagu MP3 untuk aku..he..he..dan aku pulak pembekal lagu MP3 untuk mail kawan-kawan aku yg lain...he..he. untung ramai kawan ni..
Semalam 15/2, kami ada taklimat untuk kami punya KSU (Ketua Setiausah*) yang baru, dan TKSU (Timbalan KSU III) yang baru. Taklimat disampaikan oleh boss bahagian masing-masing...dan kami opiser yg jaga setiap sesuatu unit/bahagian/projek atau apa je..kena berada bersama-sama boss untuk sekiranya ada soalan berkaitan yang perlu kami jawab. Saspen. Masa taklimat bahagian kami, lps bos aku beri taklimat mengenai library, tiba-tiba KSU tanya "where is our librarian?" huhhh dia cari aku le tu.. dengan gabra aku bangun dan menjawab soalan-soalan yang ditanya, mujur aku boleh jawab. dah le aku pun baru kat sini..
baru je bagi taklimat kat KSU, tup-tup kami dapat pulak Setiausaha Parlimen yang baru...agaknya kena taklimat lagi le kot.. dulu aku keja kat Jabatan kecik, rileks sikit, sekarang masuk Kementerian, aduh semua atas batu jemala patik... tapi walau macam tu aku enjoy sangat dengan kerja-kerja aku..happy, boss tak kacau, janji kerja jalan, dan boss boleh boleh nego tak der la, "i am your boss, u listen to me," takkk boss aku give and take..aku pun selesa kerja ngan dia..
masa rombakan kabinet baru ni, aku tunggu-tunggu menteri yang satu tu gugur, tapi idak jugak...haru sungguh yang sorang ni...mari kita teka siapa dia..
Aku baca blog JUITA cerita sedikti alam mistik dan misteri nusantara ni...ermm hakikatnya makhluk nan satu tu mmg wujud kan? kadnag-kadnag kita nampak, kadang-kadang kita boleh rasa.. dulu masa aku masih tinggal dengan mak abah, masa muda remaja, adik aku yg no. 2 memang lemah semangat, kalau adik aku Jan, pi memancing, balik senja...sat lagi adik aku yg no.2 mengelupurlah... mula start cakap keling....start jadi orang tua nenek kebayan, ada kalanya merangkak, meracau-racau tak tentu hala.. dan kebetulan, jiran depan rumah aku, Pak Man, dia boleh ubatkan orang sampuk gini, so yg best nya kalau adik aku jadi gitu, bila kami panggil je Pak Man, baru org tua tu sampai depan pagar rumah adik aku dah jerit...sambil pejam mata, "suruh orang tua tu balik...suruh org tua tu balik..," Pak Man ni lawak sikit..siap boleh negotiate ngan makhluk tu..he..he..selalu Pak Man buat lawak "alaaa...aku mai nak berkenalan dengan hang...awat hang dok kacau anak cucu aku, mai berkenalan dengan aku mai..," he..he..
Sambil Pak Man pegang-pegang, dia cucuk-cucuk sendi-sendi adik aku, dan adik aku jerit, "orang tua ni nak mampuih dah...dia ingat tak sakit ka..sakit laaaa bodo..," dan makhluk yang menempek kat adik aku terus berperang dgn Pak Man, sampailah last-last adik aku lembik dan terkulai, dan Pak Man buat ayaq suruh minum dan adik aku akan tidur aman damai...sambil kami dok berjaga keliling dia..kalau dah jadi gitu, 4-5 org pegang tu tak jadi apa punya...
Masa aku pindah Putrajaya ni pun, rumah kami ni rumah baru, tak der orang tinggal lagi, dan tau je la Putrajay* ni kan ke hutan dulu, so byk gak kejadian seram berlaku masa kami pindah, masa kami pindah Najmi baru 2 tahun, dan dia asyik menangis menjelang senja, dan sangat menyeramkan... sampai satu tahap, kami kena bawa dia keluar rumah, round-round dalam kereta sampai dia terlena, baru angkat masuk rumah, tapi bila tgh malam dia terjaga, dia akan menjerit-jerit dan melalak. Ada sekali tu masa kat dapur, ye la baru pindah aku bersila mengemas kabinet pinggan mangkuk, babahnya belum balik, tiba-tiab Najmi cakap, "mama ada kakak kat tingkap," terus aku seram sejuk, angkat dia pi duduk kat hall. Ahirnya kami pergi ke Darul Syifa minta ubat dari ustaz-ustaz kat sana, ustaz suruh bawak lada hitam, garam kasar, dan air, dia buatkan pagar rumah, dan air utk sapu kat muka dia kalau dia meracau-racau.
So ada satu tgh malam, dia jerit-jerit...dan darling sapukan air yg ustaz bagi, terus dia jerit panas..panas..panas..tak nak...dan dia meronta kuat sangat, tak terpegang kami berdua, walau budak umur 2 tahun. Kemudian aku mintak lagi sekali ubat dgn sorang anak buah Harun Din kat sebelah opis lama, baru keadaan ok...lega sangat. Sampai skrang syukurlah...
Korang ada cerita misteri nusantara????
Thursday, February 16, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment