PROMO :
Aku sudah memasuki fasa tak ada idea nak update blog...he..he..
Tahun ni dah masuk tahun kelima menulis blog..idea menulis makin pupus.
ha..ha..ahaa.a..
Hari ni 9 Feb. rupanya hari jadi Pak Long (ayahnya Mat Jan..) jom pakat ucap Selamat hari jadi kat PAK LONG Pak long memang werlldd.... Pak Long bagi buah munggai hari tu...kami masak gulai munggai... dan Pak Long juga bermurah hati mengirimkan kuah rojak untuk kami di sini melalui Izan, sepupu Mat Jan..terima kasih Pak Long!! terima kasih Izan kerana membawa kuah rojak dan buah munggai sampai ke P-nut Inn.. Jasa Pak Long dan Izan kami kenang...
Izan ke Pnut Inn dengan diiringi oleh Cik Kayusakti.fotopages.com a.k.a Cik Nettbiru, yang berjaya tiba tanpa sesat..megik sungguh...
Pak Long yang kami kenal memang best...lawak sempoi... kira memang boleh 'gu' lah orang kata... terutama kalau kami berduet beramai-ramai mengutuk Mat Jan...memang best...tambahan pulak Mami, pun sama masuk port...(erkkkk sebut mami, teringat pulak mee kari yang sedap banget tu..)
Ok Pak Long, moga panjang umoq, sihat selalu...dan moga cepat dapat menantu pompuan..ahaks...kami doakan cepat-cepat...
===========================================
Cerita Najmi pulak..
Semalam dalam kereta, balik dari sekolah. Tangan aku dok ketet-ketet balas sms...tiba-tiab Najmi cakap "Mama dalam radio kata, kalau sebelah tangan pegang henpon, sebelah tangan pegang stereng, anda membahayakan,"
erkkk dia refer to iklan dalam radio hot.fm....
dasssss mama kena sebiji....
Sampai kat trafik light, lampu kuning, aku cepat-cepat dan lampu merah dah aku redah... dia cakap lagi.. "mama, lampu merah tu kena berhenti, kenapa mama terus pegi, berapa kali dah org ckp lampu merah berhenti, mama nak terus jugak...
dassssss lagi sebijik
saboo je la..
Ni masa aku tgh update ni dah pukul 11.30 malam, dia tak tidoq lagi..budak ni mmg tak reti tidoq awal...jenis tidoq lambat...risau aku...tp memang dia tak tidoq awal. Jenuhlah buat macam mana pun, tutup lampu..tutup pintu..sat gi dia dok bersilat atas katil la...dok jadi askar la..jadi drebar lori sampah, jadi polis gerak khas, malah jadi mat rempit pun ya kat atas katil dia, aku nak tido pun tak boleh...
Tengah syok update ni, dah boleh pulak dia request nak makan kentang goreng..uwaaaaaaaaaaaaaa dah dekat pukul 12...aku pujuk-pujuk suruh makan esok, tak nak, nak malam ni jugak...merengek-rengek...menangis-nangis..aku jadi tak sampai hati..tak gamak..aku turun pi goreng kentang dulu.
ermmm gitule ada anak...sabooooo je la...
Thursday, February 09, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment