Hari kedua Ramadhan...
Syukur tamat hari pertama...
Cabaran hari pertama ialah, aku 'tersangkut' dlm parking kat bazaar ramadhan kat depan MOF nun...( yeAYAH aku tak bukak gerai, tapi aku pembeli setia situ..)
Dari office tepat jam 5, jam jugak nak keluar dari Parcel C ni pun, menghala ke Masjid Putra, nak cilok ke Presint 2, dah mual jam-jam, mana nak amik Najmi 5.30, hujan renyai, aku fikir terus ke pasar ramadhan dulu la, amik lambat sikit 5-10 minit. Tapi tidak ku duga, lautan manusia dan kenderaan. Ngok ngek sungguh Perbadanan Putrajaya ni, aliran trafik kucar kacir, kereta keluar masuk, parking sesuka hati mak bapak dia...
Jalan dari 5 lane, kemudian menyempit jadi 1 lane, haru sungguh, sudahnya aku betul-betul stuck dalam tempat parking, sesak...call darling, member tengah on the way nak balik Putrajaya, naik motor hujan lak, cian laki aku...aku minta dia ambilkan Najmi, dah tak leh buat apa, aku terperangkap. Lama, dari 5.40-6.30 baru dpt keluar dari tempat parking yg jaraknya tak sampai 500 meter. Teruklah Perbadanan ni...berdozen lah sumpah seranah manusia yang tak sabar.Lenguh kaki aku menekan minyak, clutch dan break, sampai satu tahap dah rasa macam nak crem dah..aku sapu-sapu minyak angin baru ok sikit. Sempat aku layan CD mawi, 2-3 round dalam kereta. mujur ada Mawi pengubat duka lara....(jangan ada yang muntah hijau dah ler..ha..ha..)
Hari ni macam serik nak pergi, tapi kena gak pergi, itulah satu-satu pasar ramadhan yang ada pun, Harap perbadanan boleh guna akai, fikir, penduduk sini dah bertambah, tambah dengan penduduk desa pinggiran putra yang dah berduyun pinda, orang cyberjaya, student lim kok wing, MMU yang menyewa jadi penghuni Putrajaya lagik, sesak weeiiii.
Semalam tak beli apa, sempat beli karipap, popia, roti bom, dan laksa, itu pun aku kat gerai-gerai paling dekat ngan tempat parking, tak cukup masa nak round. Lepas berbuka, bersilat lagi, masak pulak, sempatlah masak ayam masak kicap lada hitam, masak sambal telur, goreng sayur, belen kari ikan semalam ada lagik, jadilah, sahur pulak, tak seleranya nak makan, suap nasi, minum air, kalau hari-hari normal macam ni, tak mustahil body boleh jadi ziana zain youuuu...
Aku tidur terus, tak sedar diri, penatnya. Hari ni pulak, nanti aku akan ke opis baru, bincang-bincang kejap ngan staf aku kat sana, kemudian aku terus chiauuu...
Hari Ahad aku datang office kemaskan barang-barang, Darling ngan Najmi pun ikut sekali, darling guna pc lagi satu, si Najmi pergi duduk kerusi office mate aku dan jerit,"syafinaz, sini, datang jumpa saya," aku mulanya tak perasan sebok duduk angkut barang-barang masuk kotak. dua tiga kali dia panggil, aku buat tak layan, kemudian dia datang, sambil cekak pinggan dia cakap "kan saya panggil kenapa tak datang," tergelak aku, oooooo berlakon dia jadi boss la konon....(pengaruh drama dalam jiwa kanak-kanak...ahaks..)
Balik dari office kami ke Jaya Jusco kat IOI Mall Puchong, mencarikan baju raya dan kasut raya budak becok tu, malas nak merayap di bulan puasa. Wah kasut member lagi mahal dari kasut babah dan mama, baju nak melaram jer, dia yang sebok pilih dan dia yang pesennya, nak baju kemeja kotak, dan tiset, tiset tu pakai dan kemeja luar tu konon macam jaket, member siap bergaya sakan balik rumah. Siap bergaya macam model...kah..kah...perasan sungguh anak aku..
babah kata,"babah dulu beli kat kedai gemuk jer.." (kedai gemuk tu kiranya kedai baju-baju kat Pekan Kuala Kangsar yang toplah dulu, kedai kat stesen bas jer) Kasut main tibai jer, kadang-kadang kasut sekolah pun jadi. Mama pun sama anak oi..pakai baju murah jer. Baju budak lelaki ni mahal kemain. Darling kata tak per la, bukan selalu kita beli baju budak ni, memang time raya jer dia dapat seluar baru, kasut baru, darling kata mak bapak kita dulu susah tak mampu nak beli macam kita nak, dengan anak ni, kita mampu, tak tergamak pulak ada duit tapi kedekut dengan anak. Aku on jer, dah tukang bayar cakap macam tu. Tapi memang betul, kalau takat nak beli baju basahan si Najmi, kami beli kat kedai Siam kat SP jer. Beli seluar jeans baru sehelai 9 ringgit jer. Jadi masa nak raya ni lah nak gembirakan hati dia.
Bak kata orang, apalah nilai wang ringgit sikit yang kita keluarkan untuk gembirakan hati anak, berbanding dengan kebahagiaan yang dia hadiahkan buat emak bapaknya, sejak hari pertama kita tahu kita hamilkan zuriat sendiri kita sudah gembira dan kegembiraan itu berterusan bila dengar tangisan pertamanya sejurus selepas dia lahir, gembira melihat tatih pertama dia, gembira mendengar tutur pertama dia.
Tak gitu?
Kenangan dengan public phone
1 day ago
0 Komen:
Post a Comment