Thursday, June 23, 2005

Pagi-pagi dah hangin...


Hari ini memang hari menguji kesabaran....
Pagi keluar rumah macam biasa jer, 7.35 cam tu, then anto Najmi pergi taska, dari taska Najmi dah pukul 7.41 pagi, so kalau ikutkan macam hari-hari biasanya sebelum pukul 8 aku dah boleh sampai office.

Tapi hari ni memang membengangkan, dengan minyak kereta yang tinggal nyawa-nyawa semut jer, boleh pulak abang polisi dok tahan kereta tak kasi jalan sebab nak utamakan kereta-kereta delagasi yang nak ke PICC. Ampeh sungguh lebih setengah jam terperap (prapppp) kat jalan utama (kat trafik light mula-mula masuk Putrajaya, betul-betul depan signboard batu besar atas bukit tu.) setengah jam beb...setengah jam... Dengan abang helikopter dok terbang-terbang rendah di udara, cehhhh macam best jer dok tengok jalan clear ke tak clear. kita gak susah. Hari semua budak office yang yang masuk WP2, (8.15 pagi) masuk lambat, mujur pakai digital kad, so tak der pakai punch kad yang kuno tu, kalau tak sakit hati tengok punch card hari ni print kaler merah. Aku dok risau gak, kot-kot tiba-tiba menyala sign minyak ni, nasib baik ok.

Yang nak pergi PICC tu pun satu, macam lah satu jalan tu je nak menghala ke sana, kena lalu depan office kejaan ni, kan ker ada jalan direct dari highway tu terus menghala ke PICC, tanpa perlu lalu kompleks kejaan...tak paham aku. Lagi pun nak bersidang hapa pun buatler lps org masuk office. Tak ler ganggu, tak pun buatlah hari org cuti, sabtu ahad tu...tak pun nak bersidang gak hari biasa, kasi org lain cuti jer la.

Dah sampai office bengang utk kali kedua pulak..tempat parking aku, entah mangkuk mana masuk situ, memang mangkuk tingkat, mangkuk tandas, ngok sungguh...(kan dah aku marah) kalau takat budak-budak office aku dok cilok masuk parking aku, aku tak hangin sangat sebab aku tau keter sapa, kalau aku block keter depa pun depa tau kete aku dan depa boleh call aku minta alih keter kalau aku block depan kete diaorg. Ni ntah keter saper ntah, suka hati dia jer masuk parking orang. Dah ler parking kat sini very-very-veryyyy the limited maaa...Last-last aku letak note kat cermin keter dia "SIAPA NI? KENAPA MASUK SINI? THIS IS MINE!!" Geram sangat...

Bengang ketiga-henpon buat hal, mcm kena virus...mcm skait...berkelip-kelip la...kelaur tulisan alien lah....perkataan pecah-pecah la....tp nampak dah ok sikit skrng, tak ler bengang tahap langit....

Bengang ke4-Boss mintak cari artikel dalam paper NST semalam adalah artikel on something la..Dan lazimnya pun memang awal pagi, kalau aku tak sempat nak scan or tengok-tengok artikel tu disimpan as new paper cutting punya collection aku, memang rutin aku setiap hari kene belek surat khabar dulu, nak tak nak memang kena belek. Cuma kadang-kadang aku tak buat hari tu aku kumpullah surat khbara 2-3 hari dan sekali harung check. tapi mesti check, bukan satu, 4-5 surat khabar, dah kerja aku librarian kena simpan maklumat berkaitan. Dah ada pulak satu mangkuk ni bergurau tak kena tempat. Dok perli-perli aku..ke atau dia memang bangang.

Dok gelak-gelak cakap kat aku, "amboi senang hati, pagi-pagi baca paper, kita ni kerja banyak nak belek paper pun tak sempat," memang mangkuk tahap langit ke tujuh. Ingat aku baca gossip ke pagi-pagi tu, tengok ler aku belek surat khabar tu 2-3 hari lepas punya, aku cari artikel utk scan dan simpan tambahan ini boss sendiri yang request. Jawab tetap jawab, biasalah aku kan ke laser "tu ler dulu kenapa tak amik kursus library science, kalau tak boleh kerja pustakawan boleh baca surat khabar hari-hari, majalah free baca jer, nak buku-buku pun setiap hari duduk keliling buku, siapa suruh pi amik macam kursus boring macam hang," FYI - yang bercakap ini ialah jantan yang bermulut pompuan or kami panggil dia "Kak Senah" kat opis ni.
Peh tu dia cakap, "amboi mulut," aku balas "habih tu hang saja ada mulut, aku pun ada mulut, alang-alang tuhan bagi mulut, sesekali kena laser, takkan guna mulut nak kunyah makanan jer, sesekali kena menyembur," Puas hati!

Dah bengang-bengang macam ni jenguk ke MAWI FC gak..ahaks...tapi kejap je la...jengah jer..saja nak cool kan diri. Aku usik darling, nasib baik aku tak pregnant skrang kalau tak dapat anak nak letak nama "Mior Asmawi" tak pun Asmawiana. kah..kah....menjeling youuu laki I. Kat office aku ni ada sorang driver ni memang buta I.T habih tiba-tiba tanya aku, macam mana nak letak gambar mawi kat skrin komputer ni? jadikan wall paper lah maksud dia, dan jadikan screen saver. Aku pun turunkan ilmu tu kat dia...ha..ha...power seh mamat botak ni....heran aku awat dia banyak sokongan sangat, aku rasa antara AF1 dan AF2 yang kali ini betul-betul ada peminat dari segenap segi. Ilmu apa lah mamat botak ni pakai...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino