Tuesday, June 21, 2005

Worldddd!!


ha..ha...Perkataan 'femes' skrng ialah worldddd....kat office aku pada yang ada astro dan follow AF3, dan yang minat Mawi (erkk aku 90% budak office aku peminat Mawi) asal cakap jer worldd....worlddd....glemer Noraman(org kuat astro yang mempopularkan perkataan worlddd pada Mawi..)

Dah ler cerita pasal Mawi kang ada muntah hijau kat sini. Aku ni bukan apa, kadang-kadnag seronok mengusik dan cuit-cuit...bukan yo-yo aku minat wei...saja ikut perkembangan dan seronok-seronok dok sebut mawi-mawi, jangan korang kata aku 'kipas mati' mawi dan sanggup bersesak kat stadium melawati. Walaupun teringin nak join gathering MawiFCkat Intekma Resort, Shah Alam last week. Meriah dengan cerita. Idakler sampai bawak sepanduk tulisan jawi macam si
PEMINAT INI buat. (apa pun memang world peminat dia ni..

Ok stop.

Nak cerita pasal drama pulak, last week tengok drama Surat Untuk Bulan (Astro Ria) memang genre filem independent la..kelas cerita dia, mengisahkan seorang budak perempuan Seroja, tinggal di rumah flat dan dia suka bercakap dengan Bulan, serta menulis surat untuk bulan. Seroja lakonan Sazzy (Beat TV) dan Amin, (Faizal Yusof-hero filem Neon) Seroja selalu menulis puisi, meluahkan perasaan hiba, sedih, gembira dan tulisan akan dilemparkan dari bumbung rumah flatnya, dan biasalah menurut teori graviti apa jua yang dilemparkan akan jatuh ke bawah kan? begitu juga surat-surat Seroja, ia jatuh ke bawah dan biasanya akan dipungut oleh Amin (penjual surat khabar yang akan menghantar surat khabar ke rumah pelanggannya di flat situ.


Seroja dibesarkan oleh emak saudaranya yang mempunya seorang anak Jelita (Zizie Ezette) yang digambarkan getik dan gedik, mak sedaranya pun suka meminta duit dari Seroja, suka memerintah dan sengaja mencari salah Seroja, hidup Seroja memang kesunyian, dia hanya gembira bial berada ditempat kerja. Walau kerja kilang, tetapi dia gembira dan suka dengan kawan-kawan dia.

Bahasa serta jalan cerita agak heavy-banyak unsur perlambangan yang kena faham. Dan kerana aku agak benak, aku dapat tangkap sikit-sikit sahaja. Serojo suka bicara dengan Bulan, dan akan terus bercakap dengan Bulan. Bulan melambangkan sesuatu yang memberikan cahaya, setia menyinari, adakalanya melindungi diri, adakala bersinar indah. Bulan setia, mendengar apa sahaja, berbanding manusia, hipokrit dan bermuka-muka.

Surat yang ditulis untuk Bulan-Surat merupakan satu unsur komunikasi, luahan hati kita boleh ditafsirkan melalui coretan. dan coretan itu dibaca oleh orang lain, dan bermakna kita tidak keseorangan.

Aku suka skripnya ringkas tetapi mendalam maksudnya. Sewaktu Seroja membaca Amin naik ke tingkat atas bumbung flat tempat dia bersendiri, Seroja pandang ke arah KLCC, Kl Tower dan cakap
, "kita sudah maju, kita ada bangunan tertinggi di dunia, menara tertinggi dan semua ter-ter...tetapi dalam kita ada kemajuan itu, kita kehilangan sesuatu, kita kehilangan nilai diri, tengok sahaja setiap hari ada sadaja cerita bunuh, cerita rogol, rasuah, itulah harga kemajuan yang kita kena bayar"

Anak tokei kilang tempat Seroja berkerja, Ariff (ZiZan) telah jatuh cinta dengan Seroja, tetapi Jelita yang baru sama berkerja di situ telah membuat fitnah dan membuat konspirasi kononnya Seroja pencuri, dan Arif menghukum Seroja dan menghentikan Seroja (Zizan berlakon poyo la...kena banyak diberus lagi, kayu jer lakonan dia) akhirnya Bulan mendapat kekuatan dan berdepan dengan fitnah itu dan akhinya Jelita mengaku dia sengaja hendak sakitkan hati Seroja. Seroja pun pergi...dan Arif si kayu mengejar, sehingga keluar kawasan kilang, tetapi Seroja sudah naik bas kilang. Kebetulan Amin lalu (mungkin mencari Seroja) dan Arif meminta Amin bawakan dia kepada Seroja, dia ingin meminta maaf.

Tetapi Amin tidak terus membawa Arif, sebaliknya dia berhenti si sebuah bus stop dan berbicara dengan Arif, dialog paling aku sukaaaaa.. kata Amin " Kau orang kaya, kau boleh beli cinta dengan duit, Aku orang miskin, aku boleh hidup tanpa duit, tapi aku tidak boleh hidup tanpa cinta," wahhh bestnya skrip itu. Itulah orang dulu-dulu anak berderet, sebab mereka hidup dengan cinta bukan dengan duit. Erkk maksud aku orang dulu-dulu hidup cukup makan, kos sara hidup rendah, tidak semua barang perlu dibeli, ikan dari sungai, ayam dibela keliling rumah, kelapa sekampung, rempah giling sendir, sayur, ulam tak dibeli, baju jahit sendiri... sekarang hidup kita semuanya duit, masuk tandas pun kena duit. Jadi cinta bukan seperti cinta dahulu.

Akhirnya Amin membawa Arif ke atas bumbung flat tempat Seroja bersendiri, dan Seroja kemudian memilih Amin sebagai kekasih dan bukannya Arif. Ceritanya panjang 2 jam lebih. Hari Sabtu petang ada ulangan, siapa tak dpt tengok Ahad malam tu boleh tengok ulangan Sabtu ni, 2 ptg kot. Surat Untuk Bulan. Best...

"Bulan....aku dah jatuh cinta..." - Seroja.

1 Komen:

Kamelia on 1:26 AM said...

Ya Allah. Sunngguh, dah lama saya cari tajuk cerita ni. Tak sangka jumpa balik. SAya suka sangat3 cerita tu dulu. masa tu saya darjah 2 lagi. sekarang belajar kat u dah. Sedih kut cter tu dulu. Saya nak cari balik cter tu tapi tak ingat tajuk. pelakon pun tak ingat siapa. mmang tak banyak maklumat yang ada. yang saya ingat cuma perempuan tu suka sangat dgn bulan pastu suka duduk kat bumbung. and saya ingat yang cter tu disiarkan kat astro ria. Syukur alhamdulillah sangat dpt tau tajuk cter nya. Trima kaseh banyak2 kpd pemilik blog ni sbb tulis pasal cter ni kat sini. mintak maaf terbanyak pulak cakap. Excited sangat ni.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino