Kepada semua guru-guru diseluruh dunia, diucapkan Selamat Hari Guru. Aku akui cikgu memang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masa depan seseorang murid. Contohnya, aku sendiri, aku akui dulu-dulu aku di sekolah bukan pelajar favourite guru, pelajar dilabel sebagai nakal adalah. Zaman aku sekolah dulu memang penuh kenakalan. Sekolah perempuanlah katakan. Dan kebetulan anak pengetua kami masa itu sebaya kami dan kami semua anti dengan anak pengetua yang perasan bagus itu. Dia anak manja pengetua kami, anak tunggal, jadi mengada-ngada buat semua orang menyampah dan bukan takat kami jer meluat, cikgu-cikgu pun meluat.
Masa form 3 pun dah gedik, keluar dating ngan pakwe dia kami panggil puting (sebab mulut pakwe dia macam budak hisap puting) balik dari dating love bite penuh tengkuk. Jahat-jahat kami pun kami tak main ler dating ngan pakwe, aku and the geng dulu tak main ler caouple-couple ni. Kami kawan-kawan jer dgn jantan sekolah lain. Masa dulu kat pekan Sg. Petani dah ada disco, kami sebagai remaja kami pun terpengaruh hendak jenguk macam mana rupa disko..(kan aku cakap aku jahat...)
Jadi aku and the geng pernahlah ponteng tuisyen sebab ikut member-member jantan dari sekolah lain pergi lepak kat disco. Masa tu ada sessi untuk remaja, dia panggil tea-dance. Dia hanya untuk budak bawah umur iaitu dari pukul 2 ptg hingga 7 mlm jer. Jadi aku and the geng lain tu dengan rasa jakun ikut ler member-member masuk tea-dance ni..bukan menari tapi dok tengok orang menari. Adalah dua kali kot kami pergi, kemudian, kali ketiga, polis buat 'rush' istilah kami masa tu. Ramai budak kantoi, nasib kami baik sebab masa polis tanya kami sekolah mana kami cakapler sekolah dot..dot..dot... Polis kata, "budak sekolah bagus pun masuk sini, sudah pi balik, sekali aku aku jumpa hang pa kat sini aku cekup terus," Terus je kami blah.
Ok back to story cikgu. Sejak aku masuk form 4, aku benci satu cikgu matematik, perempuan umur 40++ tp masih title anak dara, jadi loratnya bukan main, dia selalu kutuk kami, geng 6 jahanam la..sampai satu tahap dia sumpah kami, kata dia, "hang pa ni esok-esok kerja kilang jer sebab malas belajar," tapi sumpahan itu tak terkena kepada kami terutama aku, he..he.. walaupun 5 dari geng aku tak masuk universiti, aku sorang jer berpeluang, tp aku kira kami berjaya, 2 dari kami ada bisnes sendiri, sorang keja bank, 2 orang lagi dah kawin dengan orang senang, jadi duduk rumah bela anak jer. Tapi masih mewah kalah aku keja makan gaji. Jadi cikgu itu mempengaruhi aku membenci subjek matematik. Dan aku pernah bertekad, aku akan buktikan, tanpa kelulusan dalam matematik aku tetap boleh berjaya. Yes I did.
Dan cikgu paling kami sayang ialah Cikgu Syed. Kami takkan sekali-kali melukakan hati dia. Kebetulan dia mempunyai 4 anak, semuanya lelaki, jadi dia anggap kami macam anak-anak dara dia. Banyak jasa dia kalau aku nak tulis. Dia guru lukisan. Dalam pada cikgu lain hilang kepercayaan kepada kami, dia suruh kami masuk Kelab Lukisan, dia lantik 6 jahanam jadi Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dll. Dia beri kami kunci Bilik Seni Lukis. kami bebas berkarya, kebetulan kami semua memang suka melukis. Kami gembira, sehinggakan semasa tingkatan 5, kami buat lukisan batik, hari Jumaat dan Sabtu pun kami datang sekolah. Kadang-kadang isterinya masakkan bihun dan bancuh air teh satu bekas dia bekalkan kepada kami di sekolah. Isterinya pun kami sayang sangat... Kami selalu jugak pergi bertandang ke rumah dia.
Dia pandai main psikologi, dia akan buat kita terasa diri kita penting, contohnya kalau kami bertandang ke rumah dia, dia akan minta kita beri pendapat, "Saya nak tukar cat rumahlah, warna apa sesuai?" atau dia nak belikan hadiah untuk isteri dia, dia akan tanya pendapat kami, lepas dia belikan hadiah tu, dia minta kami bungkuskan, dan kami pun berpeluang menulis kad ucapan kami bersama-sama dia. Hiasan dalaman rumah dia pun dia suka tanya pendapat kami, biasalah orang seni macam tu suka menghias rumah, dia selalu tanya kalau saya alihkan perabot saya macam ni, macam tu ok tak? Jadi secara tak langsung kita rasa diri kita dihargai.
Masa aku kawin selepas 8 tahun aku tinggalkan sekolah, dia datang. Aku pergi ke rumah dia menjemput, tetapi dia tidak ada, aku tinggalkan kad jemputan di balik bawah pintu sahaja. Aku terharu. Dia pernah menangis apabila kami dimarahi. Dia kata dia sedih kalau kami sia-siakan peluang yang dia beri. Kami akan dengar apa jua arahan dan nasihat dia. Kami terharu dengan kasih sayang dia. Aku tak jumpa lagi seorang pendidik sebagus dia. Tanpa dorongan dan nasihat dia aku takkan berada di sini sekarang. Mungkin sumpahan cikgu maths aku jadi betul-betul.
Terima Kasih cikgu Syed Mustafa
Monday, May 16, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment