Monday, May 16, 2005

Harga sebuah pengorbanan


Image hosted by Photobucket.com

Sebagai manusia normal, sebagai seorang anak dan sebagai seorang ibu aku terharu membaca petikan ini dalam Mingguan Malaysia Ahad lepas, sangat menyentuh hati tulisan Ku Seman.

"Ketika orang Kuala Lumpur riuh-rendah menyambut Hari Ibu, Ahmad Harizal di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis ini mungkin tidak tahu pun apa itu Hari Ibu. Tetapi apa yang dilakukan jauh lebih bermakna daripada sesetengah yang riuh-rendah menjaja kasih sayang kepada ibu."

BACA SELANJUTNYA
PENJARA CALAR JIWA

Semalam aku baca pulak secara online Berita Minggu aku sebak sendiri membaca petikan ini

"Pada hari dijatuhkan hukuman itu, Ahmad Harizal tidak memaklumkan kepadanya malah melarang ibunya ke mahkamah bersamanya.

"Mak cik tidak tahu. Bila mak cik kata nak ikut pergi mahkamah, dia tidak benarkan," kata Noraini yang sempat memberikan RM7 kepada anaknya itu untuk tambang ke bandar Kangar.

Noraini berkata, selepas menerima notis PLKN bertarikh 9 Julai 2004 itu, dia sudah merayu berkali-kali minta Ahmad Harizal pergi dan sanggup sewa teksi untuk membolehkan anaknya itu mengikuti PLKN di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang tetapi Ahmad Harizal tetap tidak mahu pergi.

"Mak cik sanggup hantar dia ke sana. Biar terpaksa mengikat perut untuk bayar tambang teksi asalkan dia hadir PLKN," katanya.

Katanya, Ahmad Harizal enggan kerana mahu bekerja mengambil upah di sawah padi untuk memastikan keluarga mereka cukup makan dan dua adiknya dapat bersekolah."

BACA SETERUSNYA DUNIA HARIZAL KINI DI SAWAH BUKAN PENJARA

Nasib manusia tidak sama, Harizal mungkin malang kerana kemiskinannya menyebabkan dia didakwa dimahkamah, tetapi hikmah disebalik itu, nasib dia mungkin berubah kerana peluang untuk dia berubah telah diberikan.

Namun aku kagum, sebagai anak muda, dia sanggup kerja membajak sawah bergelumang lumpur untuk menyara keluarga. Bukan memilih untuk keluar bekerja di Kuala Lumpur, atau pun mungkin ke Alor Setar atau Penang, mungkin dia fikir dia perlu tinggal dengan emaknya kerana hanya dia lah pengganti ayahnya kini. Berkatlah hidupmu Harizal.

Adik aku sendiri pun sendiri pun tak reti jaga mak abah aku walau dia anak lelaki sorang, dan dia adalah harapan mak abah untuk bergantung lepas abah sakit ni, tapi ampeh, jaga diri sendiri pun kena mak bapak tolong.

Dah lama tidak cerita pasal anak bujang aku.

Semalam sambil dia duduk lepak atas jamba* melepas hajat, sempat pulak dia menyanyi-nyanyi, mula-mula aku nak marah sebab dia menyanyi dalam jamban, tetapi aku dengar dia nyanyi-nyanyi lagu " circle itu bulat, triangle, segi tiga, empat segi la..bla..bla.." aku diam kejap, kemudian baru aku suruh dia diam dan selesaikan hajat dia dulu he...he...

Dah selesai dia selesai hajat, aku tanya dia apa dia nyanyi tadi, dia pun ulang sambil tangan lukis-lukis, ermm aku agak kat sekolah cikgu dia ajar bentuk-bentuk. tapi sayang buku tadika tak diberi bawa balik, kalau tak boleh aku ulang apa dia belajar sementara dia tengah suka.

Anak aku dengan kartunnya tak habih-habih, babahnya dengan sukan, sukan..sukan. pening aku dua beranak ni...ermmm bulan depan akademi fantasia, time mama le pulak. Najmi pun suka layan AF jugak. Banyak story kelakar dia buat, tiba-tiba aku blur pulak...nantilah kalau aku ingat aku update balik....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino