Sim ingin membantu emaknya dan diri dia sendiri. So sekumpulan pelajar diketuai oleh Jag telah membuat pelbagai program untuk membantu Sim mengumpulkan dana sebanyak 50K. Duit yang terkumpul sekarang tak sampai 25k (sehingga episod semalam) mereka ada membuat FUTSAL, dengan sedikit yuran penyertaan, akan mengadakan jualan amal. dan mereka akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal pada 24 Mei nanti.
Mereka merayu-rayu penonton menyumbangkan derma bagi menjayakan misi mereka. Mereka ke hulu ke hilir merayu sumbangan dan derma. Mereka cuba membantu bukan darah daging mereka, malah bukan bangsa mereka. Kalau anda tidak punya wang yang banyak untuk menderma, 1 ringgit pun boleh derma. Kalau peminat Akademi Fantasia boleh habis beratus ringgit dengan AFUNDI, apalah salahnya menderma kepada adik Sim ni. Taipkan MISI1
Atau inginkan maklumat lanjut boleh hubungi 03-8922 1740 atau ketua mereka Jag 012-2411 874 atau Juliza 012-396 3871 email mereka misi_suarahati@yahoo.com apa salahnya menderma 1 ringgit or 5 ringgit or kalau mampu derma 10 ringgit 7-8 kali. Alhamdulillah bagi pihak diri aku sendiri aku sudah menitipkan sedikit dari kami anak beranak. sikit pun tak apa, janji niat kita ingin membantu. Sekarang time anak orang sakit, sedara mara orang sakit, esok-esok kalau sakit, anak beranak kita ke sakit, sedara mara kita sakit, tiada siapa pun yang ALlah gerakkan hati kita untuk membantu. Masa tu barulah kita terfikir kenapa kita sendiri bila tahu orang susah/sakit suatu masa dahulu tidak mahu membantu.
Kalau pun bukan orang yang kita bantu hari ni membantu kita di masa akan datang tetapi Allah mungkin gerakkan hati orang lain untuk membantu kita. Percayalah Allah itu MAHA ADIL. Tadi pun aku call Jag untuk bertanya maklumat lanjut mengenai perkara ini. Beliau berharap ada lah yang sudi untuk membangunkan satu website untuk mereka...so kepada mereka yang pandai mereka bentuk web canggih-canggih bila lagi hendak menyumbangkan bakat dan idea?? siapa berani sahut cabaran ini? sila email mereka dan sama-sama kita bantu mereka mengutip dana untuk anak malang ini. (tapi bgtaulah aku kalau korang dah create web canggih2 utk misi ni...aku ni buta it..tak reti nak buat canggih-canggih)
MISI SUARA HATI akan menemui anda setiap malam 8.30 malam di Astro Ria. Kepada geng-geng anti AF suatu masa dahulu yang berkobar-kobar menyarankan program tv realiti yang bukan hiburan, buktikan ada bersungguh-sungguh ingin membantu, bak kata iklan kitar semula..."jangan pandai cakap sajaaaa..."
Moga Allah permudahkan usaha mereka..amin....
aku seorang ibu,
aku punya anak...
aku rasa perit bila anak aku sakit...
aku mahu anak aku sihat..
aku gembira melihat anak aku sihat...
Aku seorang anak,
aku punya ibu
aku rasa sebak bila ibuku sakit..
aku mahu ibuku sihat...
aku bahagia melihat ibu sihat...
Tak semua dari kita ada anak...
tapi semua dari kita punya ibu...
apa kita rasa??
tepuk dada tanya selera...
(update jam 4 ptg jumaat 22/4/05)
Yadziz telah menyahut cabaran ini dan mebuat satu website
sila layari http://misi-suarahati.blogspot.com
dan Salina sedang membuat banner yang agung dan akan siap tidak lama lagik...
siapa ingin menyumbang idea sila berbuat demikian..
0 Komen:
Post a Comment