Friday, April 15, 2005

Anakku Najmi


Ya Allah si Najmi buat hal lagi pagi tadi...
Semalam dia meragam susah nak bangun pagi, ye lah malam sebelum tu dok layan movie kat HBO dengan babah dia cerita perang-perang ni..sampai pukul 12 malam. Geram betul...padahnya esok tu dia liat nak bangun pagi.

Pagi tadi pulak, bangun tu liat jugak ler, tapi belum tahap meragam-ragam, elok jer lepas tanggalkan baju dia nak pergi mandi dan gosok gigi semua, pakai baju hensem-hemsem dah, time aku suruh off tv dan ambik beg dia dah mula, katanya dia nak ikut aku pergi office. Alahai....dia dah start mencari pasal je nak meragam. Aku kata tak boleh boss mama ada nanti boss mama marah. Dia masih meraung, dan tiba masanya aku dah tak boleh handle dah, aku terpaksa panggil babah ynag tengah dok shaving kat bilik air tingkat atas. Babah turun dan pujuk-pujuk tetapi tak mau jugak. last-last aku buat tak peduli, masuk kereta, dia pulak nangis-nangis masuk kereta, dalam kereta memang aku marah..sampai kat taskanya pun dia meragam lagik, aku buat tak peduli, aku usung saja masuk taska dan biarkan dia dipujuk cikgunya.

Tak lama tu darling call, aku cakap aku tinggalkan jer dia. Then babah kata elok tu biar dia tahu kita tak boleh ikut semua kehendak dia. Sabar jer la..

Tapi aku notice budak Najmi ni, banyak benor soalannya...dulu-dulu aku berpegang kata-kata biarlah budak cerdik memang suka bertanya, tapi bila semua benda dia bertanya aku pulak jadi letih. Contohnya kalau tengok tv, dai sebok bertanya, pelakon ini siapa, ini siapa, kenapa dia pergi situ, kenapa mama dia marah dia, kenapa dan banyaknya kenapa...

Aku bawak dia pergi kedai, aku parking belakang lori, dia tanya, "kenapa lori tu ikat-ikat kayu tu? Kenapa lori tu kotor? kenapa driver lori tu parking kat situ? Kalau cakap dia parking situ sebab driver dia pergi makan, dia tanya lagi, "driver dia lapar ke mama?" aduh sayang....

dia lalu depan pokok yang baru ditanam, nampak ada kayu-kayu penyokong nak bagi pokok tegap pun dia tanya, "kenapa letak kayu kat pokok tu?" kalau kita jawab acuh tak acuh dia marah, "cakap la elok-elok, jawab betul-betullah mama," aduhhh

Semalam, kami kat bilik tv atas, aku gosok kain, dia sibuk dengan aktiviti mewarna buku-buku dia, entah macam mana kain yang gosok meleret dan menepis bekas color pencil dia, dan terjatuh. Dia merengus "ishhh mama ni, habih jatuh kaler kite" aku pun cakap, "itulah siapa suruh letak situ, kan dah nampak mama gosok kain ni," dia jawab "mama, gosoklah kat sana, kita yang duduk kaler kat sini dulu," kena sebiji.

Aku pun tak mau kalah dan cakap "sudah, kutip kaler tu dan duduk tepi dinding," then dia cakap "cakap sorry, mama tak sengaja, hah cakap," erkkk dia sudah dilatih say sorry if made any mistake now he is teaching me. Aku pun cakap "Sorry, mama tak sengaja," dia nampaknya berpuas hati dan senyum "hah macam tu lah mama, pandai mama ni, tengok babah kalau dia, dia cakap sorry tak sengaja, mama pun kena cakap macam tu," dua biji aku kena semalam. What a smart boy we have..syukur pada Tuhan.

And aku pun notice he will be following all his cousin, pandai metematik than art or other subject may be..aku selalu tidak memaksa dia belajar ABC or counting kat rumah, tapi bila dia sendiri bawa buku minta diajarkan, aku ambil peluang untuk ajar dia betul-betul, tak marah-marah sebab dia ikhlas nak belajar. Aku notice that dia lambat sikit kenal huruf abjad berbanding angka dan nilai kiraan. Dan dia boleh kira dengan bagus. Hopefully he will be ok like other cousins dia yang dah ambil SPM, PMR dan UPSR, semua dari mereka memang score A dalam math. Aku memang kagum dengan orang pandai metematik sebab aku sangat sangap metematik.

Dan ada beberapa buku sains pre school yang cousin dia kasi, (buku-buku tadika 3 tahun yg lepas) dia suka belek-belek dan dia sibuk bertanya, kenapa matahari tu panas (when he saw matahari dan kesan panas) kenapa awan tu biru, kenapa sayur tu kaler hijau kenapa carrot kaler oren. padahal karrot pun sayur jugak...kenapa hujun turun dari awan? ermm nampaknya mama pun kena cari buku sains juga. Yea I should. Anybody can explain?

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino