Seperti yang telah diuar-uar kan...last week aku kena menghadiri BTN di Ulu Kena* Perak. So pada 5hb malam tu kami terus balik ke Kedah, ambil Najmi kat rumah Mak Tok, kesian Mak Tok rindukan Najmi nanti, kemudian pada 7hb tu, dari Kedah terus babah hantarkan mama ke kem tempat berkursus. selesai pendaftaran, mama pun cari port katil yang baik semua, babah pun balik, elok dah kemas locker, seterika baju-baju tup-tup kami kena tukar tempat penginapan, dari kem B bertukar ke Kem A, alahai, naik bukit turun bukitlah kami berangkut barang-barang, bagi yg drive tu oklah, lelain angkutla..ampeh sungguh.
Malam tu ada taklimat, kemudian dibahagikan kumpulan, group yang aku hadiri ni hanya terdiri dari kumpulan pegawai dan penolong pegawai jer, so group aku adalah kombinasi pegawai dan penolong pegawai yang dari pelbagai organisasi, ada dari MPOB, MPSJ, Kimia, Mahkamah, Nuklear, Kompleks Sukan dll..so macam-macam gelagat ada, orang Kimia tu sebok kami bertanyakan dia kes-kes tumpuan, rogol, dll, orang mahkamah kami tanya kes-kes sensasi, dan rupanya majistret yg dari JB tu sebaya aku, budak law dari UIA, aku paling rapat dengan dia, kebetulan kami sati dorm dan katil sebelah menyebelah.
Dalam group aku, aku dan majistret tu paling lantang, dan kamu usik mengusik, abihlah balik nanti, "u kena ke kinabatangan, i kena ke lahad datu ler" dan kami gelak-gelak. Bila sessi LDK, bila fasilitator bertanya pendapat yang berbau politik kami berdua paling banyak songeh, aku memang tipikal yang kalau tak puas hati aku cakap je buat apa simpan-simpan. dan Isu paling panas ialah bila tiba bab DSAI. Org Kimia bercakap DNA itu sahih, lawyer bukak hujah dan fakta yang meragukan, aku jadi aji no moto jer. penambah perisa.
Tapi jangan risau aku sudah sain aku janji, aku sudah ikrar setia pada kerajaan, aku setia pada kerajaan, cuma kesetiaan kita jangan membuat tuli, kalau ada perkara kita rasa tidak betul kita kena utarakan, bukan main angguk kan? cuma orang selalu salah anggap, bila kita tidak bersetuju dengan beberapa perkara orang anggap kita anti kerajaan. Sama macam orang PAS, ada antara mereka taksub membuta tuli, Mat Sabu berceramah maki-maki pun dengar gelak tepuk tangan bukan main, tetapi aku kagum dengan Tuan Guru Nik Aziz, seorang pemimpin yang punya kelembutan. Kalau kita tengok dulu masa zaman Tun Hussein Onn, beliau memberikan kebebasan kepada media untuk mengkritik pemerintahan beliau supaya beliau boleh membaiki kelemahan pentadbiran beliau. Aku tak tau sejauh mana fakta itu benar sebab aku masih menyusu masa tu.
Sebenar politik menjadi sempit bila orang-orang bawah terlebih emosi. kalau sesiapa pernah hadiri persidangan di parlimen, kita boleh tengok, dalam parlimen bukan main mereka berhujah, mereka bantah membantah, tapi kat kantin nanti boleh tengok diaorang makan semeja, solat sebelah menyebelah. ok jer. Tak caya, pergilah tengok sendiri kat parlimen, bagi pegawai gomen memang tak boleh lari dari bertugas di parlimen. memang aku confirmkan, Karp*l Singh boleh duduk borak ngan ahli Parlimen BN yang lain. Lim Kit Sia*g boleh gelak-gelak dengan menteri dot.dot.dot pun...
So sepanjang kursus aku di sana aku rasa objektif kerajaan hantar kakitangan awam ke sana tercapai, benda ni terpulang pada diri masing-masing. Kalau dia rasa pengisian selama 5 hari tu boring, sia-sia maka jadi sia-sia, tetapi kalau dia enjoy dengan apa yang dia hadiri dia akan rasa kesannya. Aku rasa aku lebih positif, lebih menghargai keamaan dalam negara kita sekarang, lebih bertolak ansur dengan bangsa lain dan we are malaysian!!
apa pendapat anda?
Anda ada pengalaman anda? kongsikan bersama..
Wednesday, April 13, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment