Friday, February 18, 2005

Tension di pagi hari...


Semenjak dua menjak ni, Najmi asyik meragam, letih aku...letih dan letih...

Pagi tadi kemuncak aku angin dan malu, dan menyebabkan aku menangis macam budak kecil di awal pagi, malaikat nak masuk rumah bawa rezeki pun boleh berpatah balik kalau begitu. Puncanya dia hendak babah hantar dia ke sekolah naik motor, tapi babah masih mahukan mama menghantar kerana tak mau anak kena angin sejuk pagi dan tak ada helmet.

Dia meraung depan sekolah, meronta-ronta bila tak mau masuk sekolah, dia tarik tangan aku, dia meraung-raung, kalau ikutkan hati zalim hendak sahaja aku heret dia masuk sekolah dan biarkan dia dipujuk cikgunya, tetapi aku yang mengandungkannya aku lahirkan dia dengan susah payah, aku tak sampai hati nak biarkan anak aku masuk sekolah dengan hati yang kacau, dengan hati yang kecewa, aku tak sanggup dia rasa sengsara dan tidak dihargai.

Aku suruh dia masuk semula dalam kereta dan balik rumah, babah belum ke pejabat. Aku menangis, kecewa, malu dan rasa terkilan. Aku tinggalkan dua lelaki dalam rumah tu, dan aku terus ke pejabat, alang-alang aku dah lambat, aku singgah beli breakfast dulu. Aku harap dua lelaki kat rumah tu boleh selesaikan masalah mereka sendiri, itu urusan lelaki, aku tak mau masuk campur.

Mujur meeting pada pagi ini dibatalkan aku rasa lega, kalau tak aku tak tenteram mengenangkan anak yang aku tinggalkan dalam keadaan emosinya yang tidak begitu baik, aku nak Najmi gembira bila pergi sekolah. Aku on PC, aku bukak alunan ayat-ayat suci hati jadi sejuk. Sejuk sangat.

Ermmm terkenangkan, macam mana lah orang punya anak 7-8 orang or orang dulu-dulu anak berbelas orang. Tapi times change. Masa dulu tak sama macam masa sekarang. Mak-mak dulu tak terkejar-kejar nak naik bas, naik lrt, memandu pergi kerja. Tak perlu kejar punch card. Mak dulu-dulu bangun pagi buat sarapan, kemas rumah, memasak dan jaga anak jer.

Mak skrng dah la kena buat perkara-perkara yang sama macam mak dulu-dulu, malah ada extra lagi, hantar anak pergi sekolah, jemput anak balik sekolah, pergi kerja, pergi meeting, kena buat paper work, kena buat proposal, kena buat budget, kena jaga 4-5 orang staff kat bawah kita lagi. Itu belum bab kena bambu dengan boss.

Dan anak-anak sekarang pun bukan macam budak-budak zaman dulu, anak sekarang dah pandai layan astro, layan cartoon network memanjang, budak dulu main guli keliling rumah, naik polis sentri, main galah panjang. budak duduk dalam rumah saja, tentulah boring dan banyak pulak songehnya. Maknya pula tension, balik kerja penat, nak rileks-rileks, anak pula minta perhatian.

Ermm semua perlukan SABAR....

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino