Rumah Pena, Rumah Basri, Rumah P-nut dan Rumah...erkk...erkkk rumah Alamanda..
Seperti yang ditulis ramai para blogger, hari Sabtu kami berkumpul di Rumah Pena, untuk forum akademik dan ilmiah, inputnya sangat bagus, dan menambah pengetahuan, aku duduk di sofa dibelakang sekali, sebab aku bawa anak teruna aku yang akan ke hulu ke hilir, tak boleh duduk kerusi hadapan duduk belakang senang nak kontrol dia. Jangan ingat duduk belakang aku tak dengar apa diperkatakan ahli panel, aku dengar. Dan banyak benda yang aku bersetuju.
Selesai acara di sana, kami bergerak balik ke Putrajaya, Mat Jan ikut ke Putrajaya sebab perancangannya malam itu akan ke Poolside BBQ di rumah Basri. Masa dalam kereta sebelum bergerak pulang, aku tunggu dlm kereta, tunggu MJ layan peminat, tiba-tiba Salina datang bertanya, "akak, diaorg tanya, kalau ramai-ramai diaorg pergi rumah akak akak meraikan ke tak,? " boleh...boleh..no hal, tapi akak kena balik dulu sebab janji dengan Purbe nak ambik dia kat komuter Serdang sbl 6.30 ptg.
Lepas ambik Purbe, kami terus balik ke Putrajaya, darling dah sampai, diaorg borak-borak ngan darling aku bancuh air nescafe satu jag besar, tak lama kemudian, anak-anak dara tiba (Salina, Langsat, dan Nida), menjelang senja anak-anak teruna pulak tiba, (Zhouls, Superdiman, Nesloice dan Pak Bear). Meriah rumah aku. Lepas semua solat maghrib, kami bergerak menuju ke rumah Basri. Sesat barat kami mengikut ajaran sesat Purbe...he..he...
Lebih ramai geng kat sana. Habis selesai semua, kami terus balik, sesat jugak...
Esoknya, Ahad, ajak Salina dan Langsat makan tengahari kat rumah, aku masak rendang daging korban yang EP kasi, daging + paru+hati, limpa aku campur semua. Buat tomyam, goreng sayur, goreng ikan, sambal belacan dan ulam-ulam. berselera semua orang makan. Lepas makan semua mata kelat. MJ dah lentok atas sofa.
Pukul 5.30 macam tu, Nesloice sampai untuk join main boling, jam 6 baru kami gerak ke Alamanda. Sampai jer terus booking, dan kami main dua lane. 8 orang bersaing. Aku kena riak...walau tidak menang, tapi aku orang pertama strike. Ada bukti..nanti Purbe upload gambarnyer yer... Habis boling, terus solat maghrib dalam boling tu jugak. Aku tabiklah tokei pusat boling tu, dia sediakan surau untuk pelanggan dia. bagusla... Lepas tu semua org melepak minum-minum kat food court, Najmi dah ngantuk, sampai dia terlena kat bahu aku, dan aku selamba je, clearkan meja, lapik kepala dia dengan beg, dan dia pun lena atas meja. Orang lalu lalang mesti kata, "senangnya bela anak, atas meja makan pun boleh lena," itulah kelebihannya budak dilatih tidur dalam kebisingan.
Sejam lebih berborak situ, masing-masing dah lapar, paling lapar ialah Mat Jan. Aku ajak semua org balik makan kat rumah sebab banyak makanan siang tadi ada. Jadi semua lepak kat rumah, layan tengok The Apprentice. Masa ni semua dah penat, tak der kami makan hidang, semua orang makan buffet jer. Semua ambik nasi, lauk dan angkut makan depan TV. Aku suka sebab semua yang ada buat macam rumah sendiri, tak payah susah-susah aku melayan he..he.. Lepas semua dah balik, tinggal Mat Jan, Purbe dan darling masih berborak dan borak..
Esok Isnin, aku kerha half day, aku cadang nak tengok Gengster dgn MJ dan Purbe, aku call darling tanya boleh ke aku pergi dgn budak-budak tu, darling kata pergilah, dia izinkan, lagipun kami suami isteri mmg dah anggap budak berdua tu sedara mara lah kiranya. Jadi kami bertiga pun pi melayan Gengster. Lepas habis, kami makan-makan, jalan-jalan. Malam tu, Ep pulak belanja kami Briyani Gam Putra, habis layan Briyani, Ep kasi makan cempedak pulak. Habis satu rumah bau cempedak. Lepas EP balik, Darling dan budak berdua tu melayan boling. AKu tak ikut penat.
Sampai pukul berapa entah diaorg boling, darling riak dia dpt dua strike. Mat Jan kata, darling lagi riak dari dia, riak tahap dewa, MJ kena menuntut ilmu riak dari darling. Esoknya, kami ke Kajang, MJ ambik borang kerja kat MPK. kemudian kami ke Pusat Sains, Mat Jan hendak beli puzzle yang menyusahkan hidup semua orang kat rumah aku. dan kami melawat-lawat Pusat Sains, sebab aku ada kroni kat sana, kami semua masuk percuma. Kalau tak kena bayar 24 ringgit. Diaorg bertanya kat budak jual puzzle tu macam mana nak buat puzzle tu, ampeh, dua tiga kali tunjuk pun kami masih tak reti. Purbe siap amik gambar step by step.
Balik dari situ, terus hantar diaorg ke Pudu Jail...opsss..Puduraya. diaorg nak balik utara dah. dan kami terus balik rumah.
Seronok...bila berkumpul ramai-ramai, jiran-jiran aku mesti heran, ramainya sedara mara depa ni..hampir setiap minggu kereta nissan ep datang, tak pun kereta salina, ada jer...hampir setiap minggu meriah jer rumah kami. ada jer kawan-kawan cyber datang. kira macam rumah transitla.. seronok..
Masa sembang dengan darling, MJ dan Purbe, diaorg nak poya-poya, aku cakap pergilah, darling kata, tak cemburu, aku cakap..ermmm tak koser aku nak cemburu, MJ kata...ooo susah cemburu pun susah, tak cemburu pun susah. ha..ha..aku rasa siapa yang akan kawin dengan anak dara or anak teruna dari GJ mesti tak boleh yang jenis cemburu, sebab geng GJ ni banyak aktiviti dan bila beraktiviti, ada anak dara-anak teruna, ada laki orang, ada bini orang. Jadi kenalah paham kan? kena jadi macam isteri-isteri/suami-suami GJ yang ada sekarang. Sempoi rock jer. terutamanya isteri, sebab suami-suami GJ masih boleh menebeng kat kedai mamak pukul 1-2 pagi.
Aku - elok lagi menebeng dengan GJ kat kedai mamak 1-2 pagi, daripada pergi dangdut...he..he..
PAKAI TONGKAT DAH
1 day ago
0 Komen:
Post a Comment